Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

07 February 2012

Kisah Haji ... di Madinah

Semasa menunaikan haji pada tahun 2004, saya juga tidak lepas dari pelbagai peristiwa pelik dan menarik selama berada di sana (Madinah & Mekah). Antara peristiwa yg paling saya ingat ialah ketika berada di Madinah. 
K.Ma uzur dan tidak dapat ke Haram (masjid). Kerana tidak mahu dia berseorangan dibilik, dia telah menumpang dibilik rakan haji yg lain, yg juga tidak dapat ke Haram. Semasa kami ke bilik berkenaan setelah selesai ibadah di Haram, suasana agak kecoh di bilik tersebut. Rupa2nya seorang Makcik tua, se bilik dgn mereka (yg datang dengan anak lelakinya), telah hilang di Haram. Puas mereka mencarinya tapi tak jumpa. Laporan juga telah dibuat kepada pihak pengurusan Tabung Haji.
Keesokan harinya, kami dimaklumkan bahawa Makcik berkenaan telah selamat dijumpai di luar lobi Hotel Al-Hakam yg kami inapi lewat tengah malam semalam. Kami bersyukur kerana Makcik itu selamat, dan cerita itu hilang begitu saja sehinggalah semasa di dalam penerbangan pulang ke Malaysia.
Dalam kapalterbang Saudi Air, saya dan suami berkongsi tempat duduk dengan seorang Makcik dari Negeri Sembilan. Anak lelakinya yg duduk agak jauh darinya telah berpesan kepada kami agar tolong tengok2kan ibunya. Sepanjang perjalanan, saya, suami dan Makcik seronok sekali berkongsi cerita dan pengalaman mengerjakan haji. Rupa2nya, Makcik inilah yg hilang di Madinah tempoh hari. 
Beginilah ceritanya;
Masa di Haram, Makcik yg paling tua dalam kumpulan tu. Mereka semua bercadang untuk ke Raudhah, tetapi memandangkan suasana yg sesak dan kecoh sedikit hari tu, Makcik dinasihatkan agar pergi hari lain. Mereka suruh Makcik tunggu di satu tiang hingga mereka selesai. Lalu Makcik duduklah disitu.
Setelah sekian lama menunggu, rakan2 Makcik tak datang2. (Rakan sebilik Makcik beritahu mereka berkali2 cari di tiang yg dijanjikan, tapi tetap tak jumpa Makcik). Kawasan Raudhah untuk kaum wanita akan ditutup dan pengawal minta Makcik pindah ke ruang kaum hawa. Makcik akur dan tunggu mereka lagi hinggalah selesai solat isya'. Makcik  nak pulang ke hotel tapi tak tahu jalan. 
Sedang Makcik tercari2 wajah2 yg dikenali, seorang wanita yg amat cantik berjubah putih menegur Makcik. Dia tanya Makcik sesat ke? Dia pandai cakap Melayu, tapi muka macam Arab. Makcik beritahu cerita Makcik dan tunjukkan dia kad pengenalan diri yg tentera nama hotel tempat Macik menginap. Dia pimpin Makcik keluar. Makcik rasa macam kaki tak pijak ke tanah masa berjalan dengannya. Sekejap saja dah sampai dihotel. Dia cakap inilah hotel Makcik. Dia tanya betulkah Makcik nak balik ke hotel. Dia jemput Makcik datang ke rumahnya. Dia kata Makcik ingatkan dia pada arwah ibunya. Makcik tiba2 rasa sayang sangat padanya. Dah lah cantik, bersopan santun pulak. Tapi Makcik beritahu dia, Makcik tak boleh ikut dia sebab nanti kawan2 Makcik risau. Dia faham dan sambil senyum dia ucap salam dan hilang dari pandangan Makcik, yg tinggal hanya bau yg sungguh wangi sekali. Makcik rasa macam bermimpi, dan cuma tersedar apabila orang dari Tabung Haji tanya Makcik, "Mengapa Makcik duduk sorang2 di sini? Mari kami hantarkan Makcik pulang ke bilik hotel". Bila diberitahu Makcik ditemani seorang perempuan tadi, mereka cakap mereka cuma nampak Makcik sorang je berdiri di situ. Sampai sekarang Makcik masih tertanya2 siapakah perempuan itu?
MasyaAllah. Itu antara kisah menarik saya semasa mengerjakan haji. 

No comments: