Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

02 February 2012

Hidangan Lengkap? ... Ayam Kunyit Malas


Anak2 suka masakan bergoreng
Ayah tak boleh masakan pedas2
Saya suka jika ada sayur2an sebagai iringan
Tapi ...
Kadang2 saya rasa malas nak masak 2 - 3 jenis hidangan 
Tapi ...
Saya akan terkilan jika tak dapat puaskan selera semua orang 
Lalu saya 'improvise' (spt biasa) satu masakan ~ bergoreng, tak pedas dan ada sayur2an!
Saya rasa ianya masakan lengkap. Saya puashati.
Alhamdulillah ... dah jadi kegemaran seisi rumah.
Bila saya rasa malas ... (kadang2 jer tau)!! cam semalam (~_~') ... huhu
Atau atas permintaan ramai ... hehe, saya masaknya.
Inilah dia ... hidangan lengkap(?!) dari saya, Ayam Kunyit Malas!



Bahannya2:

300 gm Ayam (isi, sayap, hati, pedal) - potong kecil2
2 ulas bawang putih 
Halia (angg. 0.5 cm)
Sebuk kunyit & garam secukup rasa
1 labu bawang besar - hiris
1 sudu makan sos tiram
Gula secukup rasa (jika suka)
1 - 2 sudu makan minyak masak (ikut suka)
1 batang daun seleri - potong ikut suka
3 tangkai kacang panjang - potong ikut suka
1 biji tomato - potong kiub

Nota ~ sila tambah:
Jika suka lebih sayur: bunga kobis, putik jagung, lada benggala (merah, kuning, hijau ~ serikan hidangan)
Jika suka pedas: cili merah, hijau ~ hiris, atau cili padi ~ ketuk
Jika suka masam: perahan jus limau nipis sebelum hidang.
Jika suka berkuah: lebihkan air

Cara Masaknya:

1. Tumbuk bawang putih & halia.
2. Gaul ayam, bahan tumbuk, serbuk kunyit & garam terus ke dalam kuali, biarkan sebentar (perap).
3. Masukkan 1 mangkuk air & rebus di atas api sederhana hingga ayam masak.
4. Masukkan bawang besar, sedikit gula (jika suka) & sos tiram.
5. Bila kuah agak pekat, masukkan minyak masak & sayur2an. Kacau & renihkan sebentar.
6. Bila sayur agak masak, angkat.

Silalah cuba. Kurang tambah ikut selera anda!!

No comments: