Memandangkan kerja2 bina tapak rumah sudah bermula, dan beberapa perkara utama berkaitannya perlu diselesaikan segera, maka suami ambil cuti 2 hari.
Yg pertama, urus bekalan letrik ke tapak rumah. Pihak TNB memaklumkan permohonan bekalan elektrik ke rumah kami itu adalah di bawah kategori 'rumah kedai'. Ini bermakna kami perlu bayar deposit RM1,000. Alasan, rumah dlm pembinaan tidak dikira rumah persendirian?!! Terkedu kami. Itu belum lagi kira kos pendawaian + upah pasang (anggaran RM600). Bila rumah siap, baru tukar kepada status rumah, yg depositnya cuma RM200 - RM300. Maknanya kami perlu tanggung lagi upah pasang & pendawaian ke rumah yg siap nanti. Lalu kami bincang dgn jiran sebelah, guna bekalan elektrik rumahnya, bilnya nanti kami bayar semua.
Bekalan air dari Air Kelantan belum sampai lagi ke kawasan kami (kaw. baru). Jadi, kena gali telaga sendiri. Semalam sempat tengok proses akhir kerja2 gali telaga/ 'boring' air bawah tanah. Semasa 'pam air' dipasang, air keluar dgn lajunya, jernih dan tidak berbau. Alhamdulillah.
|
Kerja2 bina tapak asas sedang giat berjalan. |
|
Stesyen kerja2 memotong/bengkok besi/bina kotak 'framework' |
|
Salah satu lubang yg telah dikorek |
|
Amar yg paling seronok! |
Buat rumah sendiri, satu pengalaman baru yg mencabar dan memenatkan. Banyak perkara yg kami perlu bincang dan fikir sebelum buat satu2 keputusan. Bermula dari pemilihan tukang rumah, kedai mana untuk dapatkan bekalan bahan2 binaan, nak beli atau sewa mesih pembancuh simen, bata merah ke bata putih, ... itu antaranya. Apapun, kami teruja dan bersemangat kerana ianya rumah kami dan sesiapapun tentunya mahukan yg terbaik. Kami tak putus doa agar urusan buat rumah kami ini berjalan lancar dan sentiasa dipermudahkanNYA. Amienn ..
p.s. (^_^) Saya gembira kerana suami libatkan saya dan sudah pasti tumpuan utama saya nanti adalah bahagian DAPURnya !!.
No comments:
Post a Comment