Peristiwa2 berikut adalah yg saya alami sendiri semasa mengerjakan haji tahun 2004. Moga dapat menjadi panduan dan iktibar buat pembaca semua. Di Tanah Haram, jagalah hati dah lidah kita ....
Nyamuk
Suatu malam, semasa sedang menunggu solat isya' tiba2 entah mengapa terlintas persoalan ini di hati saya. Lalu saya zahirkan kepada rakan saya disebelah,
"Kat sini (Masjidil Haram) tak ada nyamuk ke?"
Belum sempat pun kawan saya jawab, sekoyong2 terbanglah se ekor nyamuk (agak besar jugak saiznya) di hadapan kami!! Hanya se ekor tu sahaja ....
Unta
Semenjak balik dari ziarah ke Jabal Rahmah di Arafah, saya agak teruja melihat unta2 yg ada di sana. Pada pandangan saya, unta2 itu sungguh comel dan suci. Terkilan juga kerana tak dapat merasa naik dan bergambar kenangan dgn unta memandangkan masa ziarah agak terhad dan padat. Bagaimanapun, pada hari terakhir melontar, sebaik selesai dan melangkah keluar dari bangunan melontar, nun di depan kami deretan unta2 yg dihias cantik, menanti mereka2 yg ingin bergambar (kadar bergambar disisi unta lebih murah dari jika bergambar di atasnya. Kalau ronda2 sekitar, harga lain pula). Pucuk dicita, ulam mendatang. Saya putuskan untuk bergambar di atas unta! Bukan senang rupanya untuk naiki unta, ada caranya. Melihatkan saya agak gementar, tuan unta mengisyaratkan agar suami saya naik dulu, bantu dan pegang saya. Mula2 suami agak keberatan, (sebelum ni dia ada beritahu saya dia tak mahu bergambar dgn unta, rasa macam pelancong je)*, tapi setelah disuruh oleh tuan unta dan saya, suami ikut saja. Dan tertunailah hajat saya untuk naik dan bergambar kenangan di atas unta. Tiba2 tanpa dijangka, tuan unta menarik tali untanya dan bawa kami ronda2 seketika. Syukurnya saya tidak terkira, dapatlah saya merasa bagaimana menunggang kenderaan utama dipadang pasir ini, sebagaimana Nabi s.a.w. kita. Terkejut sekali lagi sebab saya hanya dicaj bergambar saja. Rezeki saya ... MasyaAllah. "Syukran, syukran" ulang saya berkali2 dgn gembira pada tuan unta. Moga Allah sn.w. murahkan lagi rezeki dia ...
Donut
Setiap kali balik dari Masjidil Haram, saya akan pandang ke arah kedai yg menjual pelbagai jenis donut (cam Dunkin' Donut gitu ..). Teringin sekali untuk membelinya, tetapi dek kerana sentiasa berlaku kesesakan dikaunternya, saya batalkan saja hajat. Alasan, malas untuk berebut2. Di Mina, semasa dalam perjalanan ke tempat melontar saya terpandang macam 'outlet' donut tersebut disalah sebuah jajaran kedai yg disediakan di sana. Maka saya niat nak beli masa pulang dari melontar nanti. Sewaktu pulang, saya dan suami terpisah dari rakan2, tapi kami ikut saja petunjuk2 (merupakan pekerja2 Tabung Haji) yg pegang bendera Malaysia di sepanjang perjalanan pulang. Lalu saya bertanya kepada salah seorang petugas di mana letak 'outlet' yang jual donut. Jawapan dia mengejutkan saya, "Di sini tidak ada 'outlet' yang jual donut". Saya tetap yakin saya nampaknya, lalu mengikut gerak hati, saya teruskan perjalanan. MasyaAllah, seketika kemudian, tersergam 'outlet' itu dan pembelinya pun tidak seramai mana. Puas hati saya dapat pilih donut yg saya suka. Suami, seperti biasa, donut baginya adalah hanya yg ditabur gula ... Itulah kali pertama dan akhir makan donut di Mina. Lepas tu memang tak jumpa2 'outlet' tu walaupun lalui dan singgah dijajaran kedai yg sama. Kawan2 pun cakap sama, tak pernah lihat dan jumpa ...
Anak yg menangis
Semasa di Madinah, sering terdengar anak2 kecil menangis setiap kali waktu solat di Masjid Nabi. Terdetik dihati saya, mujur mereka tidak solat sebelah saya. Mesti tak kusyuk solat nanti. Saya juga yakin mereka tak akan duduk sebelah saya sebab 1) dah ada jemaah kiri dan kanan saya, 2) azan isya' pun sedang berkumandang 3) tentu mereka bukan sekitar saya sebab bunyi tangisan tu jauh juga. Begitulah konfidennya saya. Tiba2, sebaik selesai azan, dengan tak semena2 jemaah di kanan saya tiba2 keluar dari safnya. Dan dari jauh saya lihat kelibat seorang wanita hitam, dengan seorang bayi dikendongan dan seorang kanak2 perempuan kecil memegang jubahnya menuju ke arah saf kami. Hati saya cuak tapi tak dapat berbuat apa2. Sebaik imam angkat takbir, mereka 'parkir' ditempat yg masih kosong sebelah dikanan saya (heran juga sebab bila ada kekosongan, jemaah dibelakang akan cepat2 isinya). Sebaik saja si ibu angkat takbir, si anak kecil mula menangis, dan si kakak yg masih kecil spt maklum tugasnya, memujuk adiknya. Bermulalah mimpi ngeri saya. Jasad bersolat, tapi mata kejap2 jeling gelagat ibu dan anak2nya. Begitulah mereka bertiga, sekejap si ibu angkat anaknya. Nak rukuk dan sujud, letak semula, maka nangis baliklah anaknya. Dan saya? Memang tak kusyuk lansung walaupun usaha seboleh mungkin untuk tidak hiraukan mereka. Si ibu tenang sepanjang masa (mungkin dah perkara biasa). Sebaik selesai solat isya', si ibu sambil senyum, salam dengan saya, angkat anaknya dan terus berlalu pergi. Saya hanya terkebil2 memandang mereka ...
MasyaAllah. Itu antara kisahnya.
Sudah banyak cerita2 yg saya dengar dan baca sebelum ke sana, mengenainya. Dalam beringat2, saya diuji juga. Memang kita insan biasa, tak dapat elakkannya. Tetapi syukurlah saya dan suami hanya diuji dengan ujian2 yg mampu kami hadapinya. Alhamdulillah ....

Unta yg sungguh 'proud'. Wajah suami terlindung ... Adakah kerana 'masin' kata2nya?* |

No comments:
Post a Comment