Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

29 February 2012

Sardin Goreng ...

Minggu sudah buat aiskrim goreng.
Pagi ni, mengambil konsep yg sama ... 
(p.s. seperti biasa saya suka 'improvise' ... hehe)
Tukar inti aiskrim kepada ... inti sardin.
Jadilah ianya Sardin Goreng ...
Petang nanti dah boleh goreng ... InsyaAllah.



Letak dlm plastik & simpan dlm 'freezer'.
Goreng dlm minyak yg panas bila nak makannya.

Teringat sardin goreng digerai dekat Taman Keramat awal tahun 80'an dulu.
Hangatnya sambutan masa tu sampai kena beratur nak belinya.
Sebabnya ... ianya menu/konsep baru yg diperkenalkan oleh gerai itu.
Inti sardin diletak atas sekeping roti, digulung & semat dgn 'toothpick', goreng.
Lepas tu spt biasa, banyaklah gerai lain menirunya ... 
Namun, ketika itu tiada yg dapat tandingi kesedapan sardin goreng gerai asal tu!!


27 February 2012

Kopi ... Milo's point of view

Kopi is a 'gurl'cat ... at her age, she should be a LADY!
But I digress ... 
If human call their boyish behaving females ~ tomboy.
Then Kopi is definitely ~ tomcat.
(p.s. I'm her big brother, trust me)
No point explaining tho' ... I let the pictures do the talking!

Sleeping like a lady?

Always messing around!

Tis a lady's face??

A lady's behaviour?

Wanna taste my punch?

Hey Bro Milo!! Can you do this?

But the humans think she's cute!! Bahh ...


=(^"^)=

I rest my case ... 

26 February 2012

Art Attack ... Amar's Box

Saturday morning ... 
Amar started a project ...
Fascinated, Muaz joined in ...
Enthralled ...  simply can't resist composing my own piece
Check-it-out: 
Amar's

 Muaz's


Mine .... hehe



 TARAA .... Our finished product!!
Amar's Box



We had so much fun playing with colors ... 
Bet ... there'll be more projects coming
~ Amar, Muaz ... count Mama in OK!
  (^_^

p.s. Should Mama get bigger boxes today? and ya ... new & bigger box of water colors too!

24 February 2012

Ciptaan NYA ...


Suatu pagi ketika Amar asyik dgn larian 'Awan Nano'nya ... (^_^)
Saya pula seronok dan teruja ambil gambar2 dgn kamera digital  lama saya
(Sony Cybershot 10.1 mega pixels je ...)
Sesungguhnya di antara rumput jalanan, semak2 dan belukar kecil keliling kita
Tersembunyi rahsia Yang Maha Pencipta ... MasyaAllah.




Juga sumber rezeki bg mereka2 yg mahu berusaha ...



"Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung2 yg kukuh, dan 
Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yg indah dipandang mata, 
utk jadi pelajaran dan pengetahuan bagi tiap2 hamba yg kembali (mengingati Allah)"
(Surah Al-Qaaf, Ayat 7-8)

23 February 2012

Menu ... Nasi Beriani Gham dan Aiskrim Goreng

Hari ni saya tiba2 teramat rajin memasak pulak!
(p.s. padahal nak 'show-off' dgn Mak .. hehe)
Saya masak Nasi Beriani Gham, Dalca Sayur dan sambal tomato. 
Ini lah dia ... tak sempat nak hias2 pun (^_^)


Alhamdulillah dapat 'thumbs-up' dari semua!!
Tak sangka sungguh senang nak buatnya. Saya hanya gunakan pes ini 


 Dalam periuk letrik, campur pes Nasi Beriani Gham Adami, 
ayam/daging (potong ikut suka), beras (cuci dulu ye) & air secukupnya.
Tambah 3 sudu makan minyak masak & kacau agar pes sebati.
Pastu tekan  je suis periuk letrik anda, masak macam biasa. 
Jika perlu, kacau sekali sekali. Itu je ...
Dalca tu ... macam buat kari, tapi guna perencah Dalca.
Sayur2 saya guna terung, karot, kacang panjang, putik jagung, cili hijau & kentang.
Saya guna daging, sbb nasi dah guna ayam.

Untuk pencuci mulut pula ~ Aiskrim Goreng!!
(Tinggal satu ni je ... mujur sempat amik gambar)


 Saya dapat resepi ni dari http://dzanariah.blogspot.com/. Cara buatnya pun senang juga.
Cuma perlukan aiskrim (perasa ikut suka) dan kepingan roti (digelek dulu utk padatkannya).
Letak sekeping roti, 1 skop aiskrim atasnya, dan sekeping roti lg atasnya.
Ambil acuan (saya guna cawan plastik) dan tekan mcm buat biskut.
Simpan roti2 aiskrim yg siap ke dalam plastik, ikat & simpan dlm 'freezer' semalaman.


Bila nak makan, goreng jer dlm minyak yg betul2 panas hingga warna keemasan.
Angkat, sejat & sedia utk dimakan. Sedap!!


Juga dapat 'thumbs-up'. 
Oh ... hari yg sungguh gembira!

p.s. Ini pula lebihan roti selepas projek 'Aiskrim Goreng'



Tak nak bazirkannya, saya pilih utk potong & keringkannya. 
Boleh juga buat puding roti bakar atau agar2 roti. 
Atau, keringkan & buat 'breadcrumbs' pun tak per.
Itu antaranya ... kegunaan lebihan roti.

22 February 2012

Rantau Panjang ... bahagiakan Mak

Adik ke KL, jadi semalam Mak bermalam di rumah kami.
Awal pagi tadi Mak ajak pergi Rantau Panjang. Ikut ajelah ... asal Mak gembira.
Kebetulan anak ke 4, Anas pulang bercuti ... maka dialah drebar kami.
(p.s. sedih sebab fulus tak begitu lebat ... kua kua kua ~ akhir bulan weh!).

Pukul 11.00 pagi - R.Panjang ibarat 'ana yg ampunya ...'  

OK ... bayar parking dulu!

Mak ... tak sabar2 nak shopping. Hehe ..

Anas ... rambang mata

Saya ikut Mak je ...

Haha ... banyak jugak Mak borong ye! 

Entahlah ... bagi saya macam ada sesuatu tak kena bila kunjungi Rantau Panjang pada hari biasa.
Terasa sunyi, sepi tak bermaya ... tak 'happening' cam jika datang pada hujung minggu atau musim cuti.
Saya rasa penjual2 di sini pun begitu juga. Ternanti2 hari minggu dan cuti sekolah bermula.
Tanpa pengunjung2 Rantau Panjang hilang serinya ...

Cakap Thai sikit ...
Sawad dee khrab (Selamat Sejahtera)
Khun chark naii? (Kamu dari mana?)
Chark Pinang (Dari P.Pinang)
Pai naii? (Pergi mana?)
Pai Rantau Panjang (Pergi Rantau Panjang)
Khorb chai (Terima kasih)
Phopkan eik (Jumpa lagi)
Dai (Boleh)
Mai Dai (Tak boleh)
(rujukan: Buku Poket Bahasa Thai Segera oleh A.Hamid Awangsuri)

21 February 2012

Memori Lama ...

Bila semakin berusia, Allah s.n.w. akan tarik balik nikmat yg diberikan sedikit demi sedikit ...
Melepasi angka 50 ... banyak dah yg DIA tarik. Fizikal dan mental. Yg paling ketara ...deria rasa, pendengaran dan penglihatan.
Otak pun semakin menurun fungsi memorinya. Kadang2 baru dok 'plan' apa nak tulis dlm blog. Cukup dgn sedikit 'distraction' atau buat benda lain dulu, opps! dah lupa apa yg dirancang tu. Puas memikirnya ... 90% hari yg sama, tak dapat 'recall'. Dan yg lucunya, kadang2 2 -3 hari lepas tu tiba2 ingat pula!! Cam memori komputer pula ... 'reboot' semula. Haha ...
Tapi ... yg herannya 'most of the time' saya boleh 'recalls' kisah2/cerita2/kenangan2 lama.
Sekarang nak 'testing' memori tentang sekolah2 lama saya ....
Hmmm ... let see
Darjah 1 : SK Perempuan P.Puteh, Kelantan (sempat 2 - bulan),  SK Nibong Tebal, Seb. Perai, P.Pinang  (sebab ayah kena kursus Maktab Perguruan Lembah Pantai 6 bulan, jd mak pilih tinggal di rumah ayahnya ~ mak orang P.Pinang) & SK Gaal, P.Puteh, Kelantan (setelah ayah habis kursus).
Darjah 2 : SK Gaal, P.Puteh, Kelantan ( ada sorang budak yg selalu menyakat saya!! Benci sangat dulu ... tapi sekarang dah jadi suami kita!! (^_^) ~ tak sangka!!)
Darjah 3 - 4 : SK Machang, Kelantan (kawan baik Maznah Hussein & W.Shahiran W.Mahyiddin ~ entah di mana mereka sekarang)
Darjah 5 -6 : SK Sungai Bagan, Labok, Kelantan (sekolah dlm estet getah. Kawan2 sekelas yg saya ingat ~ Siti Aklima, Azizah (sbb budak2 lelaki selalu usik nyanyi lagu P.Ramlee, Oh Azizah), Khalid Zakaria, Zulkifli - ketua darjah, Choo Siew Yan, Chu Geok Swan ~ itu antaranya)
Ting. Peralihan : SM Hamzah Machang (sekejap, kemudian dapat tawaran Kelas Peralihan Khas. Yg saya ingat cuma Zairon Mustaffa & sorang budak lelaki Cina, tak ingat nama. Sebabnya, saya anggap mereka seteru belajar saya, yg saya harus lawan & cuba atasi mereka setiap masa** tapi kami kawan baik.)
Peralihan Khas - Ting. 5 : SM Zainab, Kota Bharu, Kelantan (ramai yg dapat jumpa/hubungi semula melalui FB).
Kemudian saya ke Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu sekejap (Ting. 6 Sains) sebelum ditawarkan ke ITM, Dungun (sekarang UiTM) hinggalah tamat pengajian di sana juga.
Wah!! Masih OK lagi memori lama saya ... nampaknya memori semasa aje yg selalu 'trouble'nye ...
Tanda2 tipikal ... saya sudah tua!!!

** p.s. teknik saya motivasikan diri sendiri untuk dapat yg terbaik. Dlm hati saya saya akan 'target' mereka2 yg cemerlang. Dan saya buat azam mereka2 inilah lyg saya akan cuba atasi. Itulah cara saya belajar ... ia berkesan. Contohnya, setiap semester saya azam untuk 'beat' R.H.I.M. Mereka 4 orang  ini yg ada subjek pakar masing2 yg saya nak 'beat'. Alhamdulillah ... akhirnya, pada semester 6 saya berjaya 'beat' mereka semua dan hehe .. hingga hari ini mereka tidak tahu mengenai strategi saya tu!! SSHHH ....

19 February 2012

Rumah ... bulan ke 2 minggu ke 3

Memandangkan kerja2 bina tapak rumah sudah bermula, dan beberapa perkara utama berkaitannya perlu diselesaikan segera, maka suami ambil cuti 2 hari.
Yg pertama, urus bekalan letrik ke tapak rumah. Pihak TNB memaklumkan permohonan bekalan elektrik ke rumah kami itu adalah di bawah kategori 'rumah kedai'. Ini bermakna kami perlu bayar deposit RM1,000. Alasan, rumah dlm pembinaan tidak dikira rumah persendirian?!! Terkedu kami. Itu belum lagi kira kos pendawaian + upah pasang (anggaran RM600). Bila rumah siap, baru tukar kepada status rumah, yg depositnya cuma RM200 - RM300. Maknanya kami perlu tanggung lagi upah pasang & pendawaian ke rumah yg siap nanti. Lalu kami bincang dgn jiran sebelah, guna bekalan elektrik rumahnya, bilnya nanti kami bayar semua.
Bekalan air dari Air Kelantan belum sampai lagi ke kawasan kami (kaw. baru). Jadi, kena gali telaga sendiri. Semalam sempat tengok proses akhir kerja2 gali telaga/ 'boring' air bawah tanah. Semasa 'pam air' dipasang, air keluar dgn lajunya, jernih dan tidak berbau. Alhamdulillah.

Kerja2 bina tapak asas sedang giat berjalan.

Stesyen kerja2 memotong/bengkok besi/bina kotak 'framework'

Salah satu lubang yg telah dikorek
Amar yg paling seronok!
Buat rumah sendiri, satu pengalaman baru yg mencabar dan memenatkan. Banyak perkara yg kami perlu bincang dan fikir sebelum buat satu2 keputusan. Bermula dari pemilihan tukang rumah, kedai mana untuk dapatkan bekalan bahan2 binaan, nak beli atau sewa mesih pembancuh simen, bata merah ke bata putih, ... itu antaranya. Apapun, kami teruja dan bersemangat kerana ianya rumah kami dan sesiapapun tentunya mahukan yg terbaik. Kami tak putus doa agar urusan buat rumah kami ini berjalan lancar dan sentiasa dipermudahkanNYA. Amienn ..

p.s. (^_^) Saya gembira kerana suami libatkan saya dan sudah pasti tumpuan utama saya nanti adalah bahagian DAPURnya !!.

16 February 2012

Adik?

Otw balik dari ambil Muaz di sekolahnya.
"Mama! Muaz rasa nak adik lagi."
Mak oii ... hampir tersedak saya.
Kenapa tiba2 perkara ni yg anak remaja 15 tahun saya minta?
Sambil ketawa saya beritahu dia, "Bahaya."
"Bahaya? Habis mengapa Mama ketawa?"
Muaz, Muaz ...
Kan Mama ni dah tua ... dah 52.
(Dalam hati : Mana nak letak muka kalau termengandung lagi ... huhu)
Ingat tak masa Mama lahirkan adik, Amar? Masa tu Mama dah 43, dan ..
~ Mama 'tumpah darah' sebelum lahirkan dia.
~ Mama kena 'belah perut' (Ceaser lah tu ..) utk lahirkan dia. Anak2 lain semua cara biasa.
~ Pastu doktor kata, Adik ada masaalah pendengaran & paru2 pula (Alhamdulillah dah OK).
Itu antaranya ... kalau mengandung & beranak bila dah tua.
"Oh! Sebab itulah mata Adik masa tu cam 'alien' je .."
Ye ke?

p.s. Lupa pulak nak tanya Muaz kenapa tiba2 dia 'nak adik' lagi ... uhuk! uhuk!
p.s.s. Kalau beritahu Ayah dia, mesti dia pun ketawa juga (atau ... dia pun sama??!!) (o_o')

15 February 2012

Its Hard Being Bodyguards To Humans ...

First & foremost: 'Makan'

This job requires plenty of energy OK!

Then : 'Kerja'

Bodyguard 1 : Supervising Mama ...
Bodyguard 2 :  Supervising Amar reading ...

p.s. (-_-') "Makan gaji buta ..."

14 February 2012

Beg Plastik - tak boleh hidup tanpanya?

Seboleh mungkin saya cuba amalkan konsep 3R - Reduce, Reuse & Recycle.
Ini tempat/bekas saya simpan beg2 plastik tu (senang je, gantung kat belakang pintu ... hehe).


Memang banyak gunanya beg2 plastik terpakai ni, selain dari buat isi sampah.
Ha... tak payah beli 'pembalut lekat' (cling wrap) kalau nak buat 'proof' donut/roti.
Guna beg plastik (saiz yg sesuai), yg bersih  dan buat cam ni ...

Beg plastik ikat dgn getah je ...
Memang menjadi cara ni. Tak caya?
Nah buktinya. Donut bantal & donut sardin saya ...

Mmmm ... sedapnya!

La ni penggunaan plastik ini dah macam tak boleh elak, 'tok soh' (kata oghe Kelate) i.e. MESTI gitu.
Tapi yg sedihnya, amalan pembuangannya merata2 ~ yg tua yg muda, yg miskin yg kaya, yg 'educated' yg biasa2 ... senang cakap: SEMUA peringkat, tak kira pangkat & kedudukan. Majoriti orang kita!!.
NAK BUKTI?
Tengok aje depan sekolah atau lepas pasar malam, dalam longkang, tepi jalan hatta tepi tong sampah pun.
Pihak berwajib dah sedia tong2 sampah (kadangkala tak cukup kapasitinya ... maaf kata)
Tapi ... cam berat pula tangan & kaki nak carinya & buang bekas2 minuman, makanan & sampah  ke dalamnya.
Banyak kali dah lihat, elokje sampah dicampak melalui jendela kereta.
Janji kereta depa bersih!!!
Ada pula kata "kan ada orang dibayar gaji utk cucinya?"
Pulak dah. Gitu ke?
Tak takut ke?
Bila kat akhirat nanti Allah s.n.w tanya, lalu bumi jawab, "Si Fulan ni yg buangnya!!"
Eh! Apa pulak saya membebel pagi2 buta ni ...
Dah jadi macam Mak saya pula ... hehe
Apa pun, sama2lah kita cuba kurangkan cemari bumi kita yg dah sangat tua ni ....

13 February 2012

Teringin ...

Sudah lama saya teringin ...
(bukan 'teringin' lagu Shima tu ...)
Tapi teringin punya blog yg cantik, canggih dan meletup!!
Tapi ... dah buta komputer/IT, 'mimpi dalam mimpi' ajelah.
Bila tengok blog orang lain ... macam2 'gadgets', 'links', 'designs'
Meleleh air liur ..."Camner lah depa buatnya?"
Semalam dan hari ni, nekad nak 'try & error' blog saya yg tak seberapa ni ...
Belajar sendiri ... Alhamdulillah, dapat dah satu dua ilmu.
Hehe ... Hampa tengoklah nanti ...
Blog saya ni kelak!!

12 February 2012

Rumah ... bulan ke 2

Progres pembinaan rumah kami.

27/01/2012 - sebelum

31/01/2012 - selepas 'clearing'

11/02/2012 - selepas tambun tanah supaya rata

Stor - 'sinar banar', kata oghe Kelate (masih baru berkilat!)
 
Perbincangan - Pemilik, Abang Pemilik & 'Team' Tukang Rumah
Mudah2an segala urusan akan berjalan seperti yg dibincangkan/rancang. InsyaAllah.
Kami sangat teruja terlibat secara terus dengan proses pembinaan rumah kami ini.
Banyak yg kami pelajari. Nampak macam tak seberapa, tapi kos ditapak sahaja dah >RM10k.

Bila 'Bis Boss' melawat tapak ... ^_^



Tip: Kekalkan pokok2 yg tiada kena mengena dgn tapak rumah.
Boleh buat tempat berteduh, berehat ... Itu antara gunanya ....
(p.s. nanti boleh letak kereta bawahnya.)