Petang tadi, dia tiba-tiba je muncul ... 5 minit sebelum Maghrib!!
Masa tu Muaz tengah tarik langsir selepas menutup jendela.
Dia jatuh melayang depan Muaz ... belakang kerusi Ayoh yg sedang berehat.
"Mama!! Ularrr .... !!!" jerit Muaz.
"Bang! Angkat kaki ... angkat kaki!!" jerit saya bila lihat ular tu menyusur laju ke bawah kerusi suami.
"Mana?" tanya suami dengan kaki terangkat tinggi ... (takut juga kena patuk nanti)
"Tu ... dah lari ke bawah meja Muaz!"
"Buka 'sliding door tu ...!" jerit saya lagi kepada suami yg terhendap2 tepi meja Muaz (dgn suratkhabar ditangan!)
"Hah ... dah keluar!!" beritahu suami.
"Betul ke? 'Confirm nampak dia keluar?" tanya saya lagi mencari kepastian.
"Iya ... Abang pasti" sambil cepat2 turun ke bawah untuk pastikan ular tu betul2 dah keluar.
Muaz awal2 dah turun ke bawah bila dengar suami cakap ular tu dah keluar.
Drama seram & mendebarkan ini berlaku dalam lebihkurang 5 minit jer ...
(tapi saya rasa macam lama sangat2 !!!)
Dan di mana saya sepanjang drama ni berlaku??
Di mana pulak Amar??
Hehe ... dua2 beranak ni terpacak kat atas kerusi !!!!
Kongsi satu kerusi ...!!!
Riuh rendah tu, dari atas kerusi lah ... uhukk uhukk!
Bukan takut, geli jer ....(-_-')
Rasanya ular tu lebih terkejut dan takut dari saya !!!!
Ular ke apa ye???
Bila, bagaimana dan kenapa ia berada di atas 'railing' langsir tu???
No comments:
Post a Comment