Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

21 September 2011

Penkek lagi ...

Rabu ialah Hari Penkek ... (rujuk posting saya Penkek Yum Yum, 21 Julai 2011)
Menu wajib bagi sarapan pagi rumah ini ...
Amar & Muaz akan pastikan mama dia tidak lupa !! 
(walaupun kadang2 mama dia yg buat lupa .. hehe)
Bulan Ramadhan lepas pun ... gitu juga
Sebab hari Rabu, maka sahur pun wajib dengan penkek!! (-_-')
Gitulah ... 4 kali Rabu, 4 kali sahur dengan penkek ...
Penkek ni sinonim dengan Madu/Sos Coklat/Aiskrim/'Mapple Syrup'.
Oleh itu ... sempena bulan penubuhan MALAYSIA,
Saya ambil peluang ini untuk MALAYSIAkan penkek.
Sama seperti Roti Tempayan, Capati, Roti Canai, Roti Bata ...
Jadi macam Roti Jala ... dimakan dengan KARI !!!
Kari Ayam ke, Kari Kambing ke hatta Kari Ikan sekalipun!!!

'VERDICT' : SEDAP HINGGA MENJILAT JARI .... 
CUBALAH!!


p.s. Kawan saya yg sorang ni suka sangat makan roti canai. Tapi dek kerana menetap di 'oversea' semenjak kecil, dia tak boleh makannya dgn kari + dhal, tapi dgn sos cili + sos tomato (cam makan McD/KFC/Pizza ...). Dlm kes ini, roti canai telah di 'western'kan!!  (~_~) . Saya tak pernah cuba ... & tak akan cuba!! "Too weird for me. Sorry mate!!"


No comments: