Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

15 September 2011

Gitu ye ... Kereta baru

Encik A baru membeli sebuah kereta baru.
Dia memuji2 kereta barunya yang serba 'tip-top' dan memuaskan hatinya.
Pagi petang dok tilik & bercakap pasal kereta yang baru dibelinya.
Memang dia rasa puas hati & berbaloi beli kereta tu.
Kereta lama dia nak berikan pada isterinya (isteri 'like'!).
Tak lah terkejar2 sangat setiap pagi & petang pergi hantar & ambil isteri!
Esoknya, Encik A merungut2 sebab kereta baru tak mau hidup walaupun berkali2 cuba.
Sudahnya terpaksa guna kereta yang lama jugak untuk ke pejabat!
Terpaksa pergi hantar isteri ke pejabat dia dulu jugak!
Mujur ada kereta lama ...
Mujur tak 'trade-in' masa beli yang baru tu ...
Kereta lama yang tidak pernah menghampakannya sejak dibeli 10 tahun yang lalu.
Dalam perjalanan, isteri A berkata, "Hmmm ... yg lama jugak le yg boleh di harap, tak pernah buat hal. Yang baru pulak, baru sehari jadi milik yg sah dah tunjuk peel sebenar!!! Macam orang jugak ye Bang?!!"
Encik A buat muka seposen je ...
Encik A faham ke maksud tersirat isteri Encik A tu?
Ha ha ha .... Oh kereta baru!!!

No comments: