Suasana karnival memang terasa sebaik memasuki pintu pagar utama ...
~ bermula dengan cari tempat letak kereta (jenuh jugak berpusing)
~ ramainya pengunjung & gerai2 jualan & pameran
~ riuh rendah suasana di bahagian sukaneka
~ juga bahagian kupon, isi borang untuk cabutan bertuah ( kami 'target' TV Plasma 32" ... huhu x dapat!)
Sebaik YB SUK Negeri merasmikannya, suasana semakin meriah ...
Lama betul tidak merasa suasana begini.
Yang paling seronok ... belanja gunakan kupon!!
Anak2 dapat kupon RM10.00 setiap sorang untuk belanja!
Saya? Macam tauke kupon lak hari tu ... seronok!!
Nampak yg berkenan ... koyak kupon ... hulur.
Dah penuh barang ditangan, pos aje ke kereta ...
Pastu koyak lagi ... 'enjoy' sunggoh saya koyak kupon hari tu ... hahaha!
Ada 3 gerai pameran yang mendapat perhatian kami ...
~ Yg paling 'happening' - gerai Jab.Kesihatan
... ramai pengunjung sampai kena beratur utk dapatkan pemeriksaan kesihatan percuma, banyak risalah2 berkaitan kesihatan diedarkan
~ Yg paling 'informative', gerai JMG (Jab. Mineral & Geosains)
... anak2 seronok betul dpt lihat emas mentah, fosil lama, pelbagai sampel batuan logam & permata .. dapat lencana lagi. Terus pin kat baju ...
Nota; Petugas2 di kedua2 gerai sungguh mesra & profesional ... '2 thumbs-up'!!!
~ Yg paling tak 'mesra alam', gerai cermin mata!
... betul dia beri khidmat pemeriksaan mata percuma, tapi 'follow-up' utk promosi kedai diaorang cam takder lansung. Minta 'business card', tak bawa ... pastu kena tanya pulak kedai awak tu kat mana???
Ini komen saya untuk mereka:
Ada 3 pekerja, tapi promosinya ... 'almost nil'!!
Sepatutnya ada gimik 'attract' pelanggan
~ beri belon percuma utk kanak2 (kanak2 memang ramai hari tu ... ), sah mak ayah pun kenalah singgah kedai. Haa .. teruslah buat promosi
~ letak cam model biji mata ke, spek gergasi ke, gambar artis terkenal pakai spek ke ... ada unsur 'tarikan' gitu!
~ bagi yg buat pemeriksaan percuma tu, rekomenlah kedai awak. Edarlah kad diskaun yg berlambak saya nampak, yg bila minta baru beri ... huhu!
~ kan musim haji dah nak bermula, mesti ramai mak ayah pengunjung adalah bakal2 haji ...
>>>> promosilah spek utk warga tua (spek membaca tu ..). Cakaplah nanti terang mata nak baca Qur'an banyak2 kat sana ...,
>>>> dan bagi bakal2 haji yg muda sikit, promosilah spek hitam tu ... kat sana panas weh!! Spek hitam memang2 diperlukan ...
*** Dan yg paling peliknya, anak saya yg 14 tahun buat la pemeriksaan, (dan tak sangka mata dia sebelah kanan & kiri ada masaalah, patutlah dia asyik cakap pening kepala setiap kali amik dia dari sekolah!!). Macam tak caya diaorang takder pun nak rekomen buat spek kat kedai mereka, ada diskaun 50% untuk pelajar, blablabla ... tu semua saya yg dapat tahu bila minta kad diskaun yg saya nampak kat atas meja!!
Soalan cepumas saya:
1. Mereka ni nak jual ke tidak barangan mereka?
2. Kedai mereka ni dah mashyur dan maju sangat ke?
3. Ke mereka kena paksa kat tauke mereka??
"Open you eyes and see ..."
No comments:
Post a Comment