Seorang bapa ingin menjodohkan anak lelakinya dengan anak kawan lamanya. Setelah lama bersembang, Pak Ya pun berkata," Ginilah Said, aku datang ni sebenarnya ada hajat. Aku ingin benar nak jodohkan anak aku dengan anak engkau Si Leha tu."
"Ooo ... Si Darwis tu ke?. Lama benar aku tak jumpa dia. Aku ni bukan apa Ya .. aku pun memang ada rancangan nak kahwinkan Si Leha tu. Tapi, alang2 nak kahwinkan anak, aku terus terang sajalah. Anak kamu tu kerja apa? Anak aku tu cikgu! Lepasan universiti!"
"Aku faham ... aku pun taklah berani datang kalau anak aku tu tak bekerja. Dia ada cakap, tapi pelik sangat bunyinya, tak reti aku menyebutnya. Yang aku faham, drebar!!"
Dipendekkan cerita, risikan Pak Ya telah ditolak dengan berhemah oleh Pak Said, dan Pak Ya pun tak kisah sangat sebab dia boleh terima alasan Pak Said. Cikgu dan drebar manalah sekufu ...!!
Pada suatu malam, Pak Said berceritalah perihal peristiwa di atas kepada Tok Imam. Dia risau Pak Ya terasa hati dan merajuk sebab dah seminggu dia tak nampak batang hidung Pak Ya kat surau dan kedai kopi feveretnya.
"Oh ... kau toksah risaulah Said. Ya ada beritahu aku, dia ke KL. Dia beritahu Darwis dapat lesen drebar. Dia cakap Darwis nak bawa dia naik kapalterbang pergi London. Darwis yang drebar!!"
Pak Said like > (~_~')
No comments:
Post a Comment