Tu yang doktor sering nasihatkan ... baik untuk jantung, tulang dan metabolisma
Tapi ... saya ni jenis yang memang kurang senaman
Dari muda sampai lah la ...
Tapi ... Saya rasa saya adalah juga buat senaman
Tapi senaman saya bukan seperti yang disyorkan oleh pakar2 senaman tu
Senaman yang biasa2 ... yang semua orang kadang2 buat tanpa disedari ...
Itu rasa saya. Pendapat saya.
Masa muda2 senaman saya ialah ...
~ berjalan ke/dari pejabat dari/ke stesyen bas setiap hari
~ berjalan2 dari pasaraya ke pasaraya & 'window shoppings' di dalamnya
~ kejar bas mini
~ kejar anak2 yg masih kecil
~ 'multi-taskings' buat kerja rumah selepas balik dari kerja : masak, basuh kain, kemas rumah, etc
Dah tua2 ni, saya rasa senaman saya ialah ...
~ guna besin basuh secara 'manual' (walaupun suami beli yg 'automatic'), jadi terpaksalah ulang alik buka & tutup air. Saya ada cara nak buat 'alarm' penentu aras air dah penuh & tak 'overflow' tp kadang2 terlupa ... (kdg2 betul2 lupa, kdg2 tertidur, kdg2 asyik FB .. hehe, naiklah bil air bulan tu).
~ pastikan rumah ada laman rumah yg luas & tidak berturap, supaya rumput2 boleh tumbuh untuk saya cabut sambil menghirup udara segar setiap pagi (pastikan rumput dicabut secara berperingkat agar sentiasa ada 'supply' rumput untuk dicabut!)
~ bela kucing. Makin kucing membesar, makin kerap dia nak makan (jadi perlu ulang-alik ke dapur) & ajak kita main ... main kejar2 dlm rumah pagi2 ... (bukan ada orang nampak & tahu pun!!)
~ mencuba resepi2 baru & yg dah lama saya nak cuba. Berpeluh2 den kat dapur ... kan bagus tu, keluarkan peluh!! (pastikan jgn menitik ke dalam resepi yg dicuba udah ..)
~ kalau perlu ke kedai, saya 'parking' kereta jauh sikit, jadi kenalah jalan sikit ... tu pun senaman jugak!!
~ kalau boleh & ada rezeki, biarlah ada anak2 lagi kat rumah ( bayi ke awal belasan tahun sesuai sangat), melayan mereka buat kita sentiasa 'alert', ketawa dengan telatah2 mereka bagus untuk jantung & hilangkan 'stress', cuba untuk sentiasa 'up-date' dengan dunia mereka, cergaskan otak & supaya kita 'in sync' dgn dunia mereka, dan kita pastinya akan cuba jadi sesihat mungkin utk berada disisi mereka selama mungkin ... huhu!!
Sekarang saya tengah 'exercise' otak ... tulis blog sambil main 'game' kat FB.
Itulah cara saya ... (^_^)
LAIN PADANG LAIN BELALANG!!!
No comments:
Post a Comment