Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

19 September 2011

Pelangi & Sarang Semut

2 resepi yang dah lama saya teringin nak cuba 
~ Puding Pelangi & Biskut Sarang Semut.
Jadi minggu lepas, dengan semangat membara ...
Saya pun buatlah Puding Pelangi pada sebelah pagi, dan
Biskut Sarang Semut pada sebelah petangnya!!
Inilah hasilnya ....

Puding Pelangi saya yang tak macam pelangi ... macam cat tumpah aje!!
Nak makan pun takder selera ... 


dan Biskut Sarang Semut yang saya rasa lebih sesuai dinamakan Biskut Telur Kerengga!! 


Memang sah tak serupa dengan visual yang saya lihat dalam majalah dan blog kawan saya!!!
Konon2 nak 'suprise'kan suami petang tu .... 
Hu Hu ... 
Kini Puding Pelangi saya sedang jadi bahan ujikaji dalam peti ais (kajian pertumbuhan kulat ) dan ...
Biskut di atas akan jadi habuan kawan-kawan Amar besok!
(kenapalah dipanggil Sarang Semut ... rupa cam Telur Semut adalah!!)
Untuk Amar bawa sempena Jamuan Raya sekolah dia besok ...
Budak2 bukannya tahu kan!! (harap Amar tak beri pada cikgu2 dia ...)

p.s. Saya tak sekali2 mengalah & akan cuba lagi. Puding Pelangi ~ kena pergi berguru dgn Ticer Hani & dan dalam kes biskut tu ... saiz pemarut tu aje yg ada, kena beli saiz yg lebih sesuai. He he!

No comments: