Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

29 September 2011

Status ... ???

Wahai kaum wanita ...
Isteri terutamanya ...
Baik awak cek apa status awak ...
Dalam hp suami ...
Ye lah ... bila dah lebih 2 dekad kawin,
Agak2 nama kita kat atas sekali?  atau ....?
Pastu ... tempat 'name' tu, apa dia beri?
'sayang?, my wife? my love? atau ... org rumah!!!'

Ye lah ... belum kawin,
~ semua lawa, indah belaka ... 
Lepas kawin,
~ musim bulanmadu, macam disyurga ...
Dah dapat anak, 
~ yg pertama, ahhh .. lambang cinta kita!!
~ yg ke dua & seterusnya ... emaknya, abahnya!!!
Dah bermenantu, bercucu,
~ opahnya, atuknya ... 
~ opah sibuk dgn cucu, atuk dgn warga masjidnya ...

Hah ... dah cek ke belum status anda??
Saya? ... Hehe, saya buat sendiri!
Saya letak nama saya ... paling  a t a s  sekali!!
Dan 'Name'? Pun saya sendiri yg beri ...
Puashati !! (^_^)


Berserah ...

Saya tahu & yakin, Allah adalah segala2nya.
Dialah tempat mengadu & tempat memohon. 
Cuma ... dalam kehidupan sehari2,
Saya ambil mudah & senang dalam banyak perkara ...
'Take life for granted'!!
Semalam ...sebelum turun dari rumah untuk mengambil anak, 
Tergerak hati saya untuk doa pada NYA, 
~ Minta dipermudahkan segala urusan ...
~ Minta diberi kesabaran & ketenangan pada saya ...
(dah tua2 ni asyik cepat naik darah & tak sabar ...)
Alhamdulillah ... sesampai disekolah anak, sedang elok dia baru keluar dari sekolah!
(tiada siapa perlu menunggu ... Kebetulan???)
Kami terus ke pasaraya ... banyak benda nak beli.
Sesampai dipasaraya, waktu puncak ...'parking' penuh!!
Semasa menunggu, kereta yg 'parking' belakang saya keluar ... belum sempat saya undur
Petak tu telah diambil sebuah kereta yg baru sampai ..
"Mama! Kenapa biarkan kereta tu ambil 'parking' kita?"
"Biarlah ... dah rezeki dia dapat dulu. Sabar, kita tunggu kejap lagi!"
Belum habis perkataan tu keluar dari mulut saya,
MasyaAllah ... 3 buah kereta di depan saya keluar serentak dari petak 'parking' masing2 ...
(kini saya ada 3 tempat 'parking' untuk dipilih ... Nasib???)
Saya pilih yang terdekat ... 
Subhanallah ... masih ada baki 30 minit masa 'parking' dimeter petak yg saya pilih ...
(saya hanya perlu masukkan 20 sen lg, utk tambah masa ... Mujur???)

Saya yakin ini bukan satu kebetulan, nasib ataupun kemujuran ... 
Saya yakin ini adalah ketentuan dari NYA. 
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.  
Peristiwa ini mungkin kelihatan kecil & biasa2, 
tetapi amat bermakna bagi saya. 
SUBHANALLAH ... ALHAMDULILLAH... ALLAHUAKBAR!!
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hambaNYA.
 Moga saya tidak berserah padaNYA ... hanya disaat saya memerlukan sahaja.

28 September 2011

Milo 110909 ... Me!!


Weh!! Susah jugak cari idea ni ..


Apa? Tak pernah tengok kucing hensem ka??


 Tadi cam burung 'landing' sini ...


Muaz! Amar! Balik ...dah maghrib!!


Gendang gendut, tali kecapi ...
Kenyang perut ... senang hatizzzZZZzzzZZZZ

26 September 2011

Tetamu tak diundang ...

Petang tadi, dia tiba-tiba je muncul ... 5 minit sebelum Maghrib!!
Masa tu Muaz tengah tarik langsir selepas menutup jendela.
Dia jatuh melayang depan Muaz ... belakang kerusi Ayoh yg sedang berehat.
"Mama!! Ularrr .... !!!" jerit Muaz.
"Bang! Angkat kaki ... angkat kaki!!" jerit saya bila lihat ular tu menyusur laju ke bawah kerusi suami.
"Mana?" tanya suami dengan kaki terangkat tinggi ... (takut juga kena patuk nanti)
"Tu ... dah lari ke bawah meja Muaz!"
"Buka 'sliding door tu ...!" jerit saya lagi kepada suami yg terhendap2 tepi meja Muaz (dgn suratkhabar ditangan!)
"Hah ... dah keluar!!" beritahu suami.
"Betul ke? 'Confirm nampak dia keluar?" tanya saya lagi mencari kepastian. 
"Iya ... Abang pasti" sambil cepat2 turun ke bawah untuk pastikan ular tu betul2 dah keluar.
Muaz awal2 dah turun ke bawah bila dengar suami cakap ular tu dah keluar.
Drama seram & mendebarkan ini berlaku dalam lebihkurang 5 minit jer ...
(tapi saya rasa macam lama sangat2 !!!)
Dan di mana saya sepanjang drama ni berlaku??
Di mana pulak Amar??
Hehe ... dua2 beranak ni terpacak kat atas kerusi !!!! 
Kongsi satu kerusi ...!!! 
Riuh rendah tu, dari atas kerusi lah ... uhukk uhukk!
Bukan takut, geli jer ....(-_-')
Rasanya ular tu lebih terkejut dan takut dari saya !!!!
Ular ke apa ye???
Bila, bagaimana dan kenapa ia berada di atas 'railing' langsir tu???



Macam tak nak jual ...

Hujung minggu lalu ke Hari Terbuka @ Raya pejabat suami.
Suasana karnival memang terasa sebaik memasuki pintu pagar utama ...
~ bermula dengan cari tempat letak kereta (jenuh jugak berpusing)
~ ramainya pengunjung & gerai2 jualan & pameran
~ riuh rendah suasana di bahagian sukaneka
~ juga bahagian kupon, isi borang untuk cabutan bertuah ( kami 'target' TV Plasma 32" ... huhu x dapat!)
Sebaik YB SUK Negeri merasmikannya, suasana semakin meriah ...
Lama betul tidak merasa suasana begini.
Yang paling seronok ... belanja gunakan kupon!!
Anak2 dapat kupon RM10.00 setiap sorang untuk belanja!
Saya? Macam tauke kupon lak hari tu ... seronok!!
Nampak yg berkenan ... koyak kupon ... hulur.
Dah penuh barang ditangan, pos aje ke kereta ...
Pastu koyak lagi ... 'enjoy' sunggoh saya koyak kupon hari tu ... hahaha!
Ada 3 gerai pameran yang mendapat perhatian kami ...
~ Yg paling 'happening' - gerai Jab.Kesihatan
... ramai pengunjung sampai kena beratur utk dapatkan pemeriksaan kesihatan percuma, banyak risalah2 berkaitan kesihatan diedarkan
~ Yg paling 'informative', gerai JMG (Jab. Mineral & Geosains)
... anak2 seronok betul dpt lihat emas mentah, fosil lama, pelbagai sampel batuan logam & permata .. dapat lencana lagi. Terus pin kat baju  ...
Nota; Petugas2 di kedua2 gerai sungguh mesra & profesional ... '2 thumbs-up'!!!
~ Yg paling tak 'mesra alam', gerai cermin mata!
... betul dia beri khidmat pemeriksaan mata percuma, tapi 'follow-up' utk promosi kedai diaorang cam takder lansung. Minta 'business card', tak bawa ... pastu kena tanya pulak kedai awak tu kat mana???
Ini komen saya untuk mereka:
Ada 3 pekerja, tapi promosinya ... 'almost nil'!!
Sepatutnya ada gimik 'attract' pelanggan
~ beri belon percuma utk kanak2 (kanak2 memang ramai hari tu ... ), sah mak ayah pun kenalah singgah kedai. Haa .. teruslah buat promosi
~ letak cam model biji mata ke, spek gergasi ke, gambar artis terkenal pakai spek ke  ... ada unsur 'tarikan' gitu!
~ bagi yg buat pemeriksaan percuma tu, rekomenlah kedai awak. Edarlah kad diskaun yg berlambak saya nampak, yg bila minta baru beri ... huhu!
~ kan musim haji dah nak bermula, mesti ramai mak ayah pengunjung adalah bakal2 haji ...
>>>> promosilah spek utk warga tua (spek membaca tu ..). Cakaplah nanti terang mata nak baca Qur'an banyak2 kat sana ...,
>>>> dan bagi bakal2 haji yg muda sikit, promosilah spek hitam tu ... kat sana panas weh!! Spek hitam memang2 diperlukan ...
*** Dan yg paling peliknya, anak saya yg 14 tahun buat la pemeriksaan, (dan tak sangka mata dia sebelah kanan & kiri ada masaalah, patutlah dia asyik cakap pening kepala setiap kali amik dia dari sekolah!!). Macam tak caya diaorang takder pun nak rekomen buat spek kat kedai mereka, ada diskaun 50% untuk pelajar, blablabla ... tu semua saya yg dapat tahu bila minta kad diskaun yg saya nampak kat atas meja!!
Soalan cepumas saya:
1. Mereka ni nak jual ke tidak barangan mereka?
2. Kedai mereka ni dah mashyur dan maju sangat ke?
3. Ke mereka kena paksa kat tauke mereka??

"Open you eyes and see ..."

25 September 2011

Exercises ... My Way

Dah tua2 ni ... kena banyakkan senaman
Tu yang doktor sering nasihatkan ... baik untuk jantung, tulang dan metabolisma
Tapi ... saya ni jenis yang memang kurang senaman
Dari muda sampai lah la ...
Tapi ... Saya rasa saya adalah juga buat senaman
Tapi senaman saya bukan seperti yang disyorkan oleh pakar2 senaman tu
Senaman yang biasa2 ... yang semua orang kadang2 buat tanpa disedari ...
Itu rasa saya. Pendapat saya.

Masa muda2 senaman saya ialah ...
~ berjalan ke/dari pejabat dari/ke stesyen bas setiap hari
~ berjalan2 dari pasaraya ke pasaraya & 'window shoppings' di dalamnya
~ kejar bas mini
~ kejar anak2 yg masih kecil
~ 'multi-taskings' buat kerja rumah selepas balik dari kerja : masak, basuh kain, kemas rumah, etc

Dah tua2 ni, saya rasa senaman saya ialah ...
~ guna besin basuh secara 'manual' (walaupun suami beli yg 'automatic'), jadi terpaksalah ulang alik buka & tutup air. Saya ada cara nak buat 'alarm' penentu aras air dah penuh & tak 'overflow' tp kadang2 terlupa  ... (kdg2 betul2 lupa, kdg2 tertidur, kdg2 asyik FB .. hehe, naiklah bil air bulan tu).
~ pastikan rumah ada laman rumah yg luas & tidak berturap, supaya rumput2 boleh tumbuh untuk saya cabut sambil menghirup udara segar setiap pagi (pastikan rumput dicabut secara berperingkat agar sentiasa ada 'supply' rumput untuk dicabut!)
~ bela kucing. Makin kucing membesar, makin kerap dia nak makan (jadi perlu ulang-alik ke dapur) & ajak kita main ... main kejar2 dlm rumah pagi2 ... (bukan ada orang nampak & tahu pun!!)
~  mencuba resepi2 baru & yg dah lama saya nak cuba. Berpeluh2 den kat dapur ... kan bagus tu, keluarkan peluh!! (pastikan jgn menitik ke dalam resepi yg dicuba udah ..)
~ kalau perlu ke kedai, saya 'parking' kereta jauh sikit, jadi kenalah jalan sikit ... tu pun senaman jugak!!
~ kalau boleh & ada rezeki, biarlah ada anak2 lagi kat rumah ( bayi ke awal belasan tahun sesuai sangat), melayan mereka buat kita sentiasa 'alert', ketawa dengan telatah2 mereka bagus untuk jantung & hilangkan 'stress', cuba untuk sentiasa 'up-date' dengan dunia mereka, cergaskan otak & supaya kita 'in sync' dgn dunia mereka, dan  kita pastinya akan cuba jadi sesihat mungkin utk berada disisi mereka selama mungkin ... huhu!!

Sekarang saya tengah 'exercise' otak ... tulis blog sambil main 'game' kat FB.
Itulah cara saya ... (^_^)

LAIN PADANG LAIN BELALANG!!!

24 September 2011

Seronoknya ...

Ini cerita Amar:

Semalam kami ke Hari Terbuka/Raya pejabat Ayoh di KB.
Ayoh beri kupon RM10.00 sorang satu untuk belanja


Adik guna kupon tu sampai habis. Adik beli
~ wafer ... RM2.50
~ susu kotak ... RM1.50
~ sosej RM1.00
~ belon ini ... RM5.00


Bebe asyik beli air ... 3X. 
Mocha Ice Blended, 100 Plus, Air Anggur ...
Dia beli sate ikan panggang ... RM2.00
Dia nak beli belon jugak ... tapi malu!!!
(hihi ... masa nak balik dia suruh Adik beli yg Upin )

Sebelum balik rumah kami singgah kedai mainan
Kedai ni jual mainan 'best2'
Pening Adik nak pilih mana satu ...


Adik beli guna 'duit raya' separuh, 'duit kumpul' separuh!!
Mama kata ... yang separuh lagi simpan kat bank,
Untuk masa depan Adik ...
Bebe beli 'marker pens' untuk projek dia!
Adik rasa sangat bahagia hari ini.
Tapi Adik sedih jugak sebab Mama cakap tahun ni dah tak boleh beli mainan lagi ... tahun depan pulak!!
Tak sabar nak naik Darjah 3 ... 

21 September 2011

Penkek lagi ...

Rabu ialah Hari Penkek ... (rujuk posting saya Penkek Yum Yum, 21 Julai 2011)
Menu wajib bagi sarapan pagi rumah ini ...
Amar & Muaz akan pastikan mama dia tidak lupa !! 
(walaupun kadang2 mama dia yg buat lupa .. hehe)
Bulan Ramadhan lepas pun ... gitu juga
Sebab hari Rabu, maka sahur pun wajib dengan penkek!! (-_-')
Gitulah ... 4 kali Rabu, 4 kali sahur dengan penkek ...
Penkek ni sinonim dengan Madu/Sos Coklat/Aiskrim/'Mapple Syrup'.
Oleh itu ... sempena bulan penubuhan MALAYSIA,
Saya ambil peluang ini untuk MALAYSIAkan penkek.
Sama seperti Roti Tempayan, Capati, Roti Canai, Roti Bata ...
Jadi macam Roti Jala ... dimakan dengan KARI !!!
Kari Ayam ke, Kari Kambing ke hatta Kari Ikan sekalipun!!!

'VERDICT' : SEDAP HINGGA MENJILAT JARI .... 
CUBALAH!!


p.s. Kawan saya yg sorang ni suka sangat makan roti canai. Tapi dek kerana menetap di 'oversea' semenjak kecil, dia tak boleh makannya dgn kari + dhal, tapi dgn sos cili + sos tomato (cam makan McD/KFC/Pizza ...). Dlm kes ini, roti canai telah di 'western'kan!!  (~_~) . Saya tak pernah cuba ... & tak akan cuba!! "Too weird for me. Sorry mate!!"


20 September 2011

Raya dan Raya Lagi ...

Berlalu sudah Ramadhan yang mulia ...
Tibanya Syawal disambut gembira ...
Meriahnya Raya dan Rumah Terbuka ...
Raya 6 pun tak kurang hebatnya!!

Setiap tahun pendekar2ku sakan bergaya ...
Bersongkok, Bersampin pelengkap Baju Melayu ...
Melangkah gembira ke Pejabat/Sekolah mereka ...
Beraya penuh segaknya gitu!!

Inilah pendekar2ku ...

Tekalah siapa yang paling sibuk ...
Menyediakan persalinan malam sebelumnya, untuk esok ...
Menyediakan juadah, kek & biskut raya untuk mereka bawa bersama ... 
He He ... maaf tiada hadiah bagi yang berjaya teka!!



19 September 2011

Pelangi & Sarang Semut

2 resepi yang dah lama saya teringin nak cuba 
~ Puding Pelangi & Biskut Sarang Semut.
Jadi minggu lepas, dengan semangat membara ...
Saya pun buatlah Puding Pelangi pada sebelah pagi, dan
Biskut Sarang Semut pada sebelah petangnya!!
Inilah hasilnya ....

Puding Pelangi saya yang tak macam pelangi ... macam cat tumpah aje!!
Nak makan pun takder selera ... 


dan Biskut Sarang Semut yang saya rasa lebih sesuai dinamakan Biskut Telur Kerengga!! 


Memang sah tak serupa dengan visual yang saya lihat dalam majalah dan blog kawan saya!!!
Konon2 nak 'suprise'kan suami petang tu .... 
Hu Hu ... 
Kini Puding Pelangi saya sedang jadi bahan ujikaji dalam peti ais (kajian pertumbuhan kulat ) dan ...
Biskut di atas akan jadi habuan kawan-kawan Amar besok!
(kenapalah dipanggil Sarang Semut ... rupa cam Telur Semut adalah!!)
Untuk Amar bawa sempena Jamuan Raya sekolah dia besok ...
Budak2 bukannya tahu kan!! (harap Amar tak beri pada cikgu2 dia ...)

p.s. Saya tak sekali2 mengalah & akan cuba lagi. Puding Pelangi ~ kena pergi berguru dgn Ticer Hani & dan dalam kes biskut tu ... saiz pemarut tu aje yg ada, kena beli saiz yg lebih sesuai. He he!

18 September 2011

Cerita Lucu 5 - Drebar

Seorang bapa ingin menjodohkan anak lelakinya dengan anak kawan lamanya. Setelah lama bersembang, Pak Ya pun berkata," Ginilah Said, aku datang ni sebenarnya ada hajat. Aku ingin benar nak jodohkan anak aku dengan anak engkau Si Leha tu."
"Ooo ... Si Darwis tu ke?. Lama benar aku tak jumpa dia. Aku ni bukan apa Ya .. aku pun memang ada rancangan nak kahwinkan Si Leha tu. Tapi, alang2 nak kahwinkan anak, aku terus terang sajalah. Anak kamu tu kerja apa? Anak aku tu cikgu! Lepasan universiti!"
"Aku faham ... aku pun taklah berani datang kalau anak aku tu tak bekerja. Dia ada cakap, tapi pelik sangat bunyinya, tak reti aku menyebutnya. Yang aku faham, drebar!!"
Dipendekkan cerita, risikan Pak Ya telah ditolak dengan berhemah oleh Pak Said, dan Pak Ya pun tak kisah sangat sebab dia boleh terima alasan Pak Said. Cikgu dan drebar manalah sekufu ...!!
Pada suatu malam, Pak Said berceritalah perihal peristiwa di atas kepada Tok Imam. Dia risau Pak Ya terasa hati dan merajuk sebab dah seminggu dia tak nampak batang hidung Pak Ya kat surau dan kedai kopi feveretnya.
"Oh ... kau toksah risaulah Said. Ya ada beritahu aku, dia ke KL. Dia beritahu Darwis dapat lesen drebar. Dia cakap Darwis nak bawa dia naik kapalterbang pergi London. Darwis yang drebar!!"

Pak Said like > (~_~')



15 September 2011

Gitu ye ... Kereta baru

Encik A baru membeli sebuah kereta baru.
Dia memuji2 kereta barunya yang serba 'tip-top' dan memuaskan hatinya.
Pagi petang dok tilik & bercakap pasal kereta yang baru dibelinya.
Memang dia rasa puas hati & berbaloi beli kereta tu.
Kereta lama dia nak berikan pada isterinya (isteri 'like'!).
Tak lah terkejar2 sangat setiap pagi & petang pergi hantar & ambil isteri!
Esoknya, Encik A merungut2 sebab kereta baru tak mau hidup walaupun berkali2 cuba.
Sudahnya terpaksa guna kereta yang lama jugak untuk ke pejabat!
Terpaksa pergi hantar isteri ke pejabat dia dulu jugak!
Mujur ada kereta lama ...
Mujur tak 'trade-in' masa beli yang baru tu ...
Kereta lama yang tidak pernah menghampakannya sejak dibeli 10 tahun yang lalu.
Dalam perjalanan, isteri A berkata, "Hmmm ... yg lama jugak le yg boleh di harap, tak pernah buat hal. Yang baru pulak, baru sehari jadi milik yg sah dah tunjuk peel sebenar!!! Macam orang jugak ye Bang?!!"
Encik A buat muka seposen je ...
Encik A faham ke maksud tersirat isteri Encik A tu?
Ha ha ha .... Oh kereta baru!!!

13 September 2011

When I'm All Alone ....

When you're alone at home ... especially after the merry Raya
The full-house, the laughter, the chaos & all .... 
Now that things are back to their normal routines ...
Suddenly ... 
How empty this house feels!
And ... 
The eerie silence in the morning
... makes this old heart of mine ache! 
... makes me want to turn-back the clock!
To yesterdays ...
when the kids are young ... AND everyone's at home


The chaotic mornings ... when going to schools
The war-like afternoons ... when they fight for the drumsticks & wings!
The quite nights ... when everyone doing their school-works
(So cute a sigh ... when they're lying flat on their stomachs!!) 
The occasional fights & tears
The kiss & heal cuts & bruises
The goodnite prayers ... all reciting together in harmony!
The 'salam' kisses before departing to schools ...
Sigh! The list goes on & on ...


Slowly, the smile on my lips gets wider ...
Yet ... my eyes waters, my nose runny!
But ... my heart is lighter.
For I know that ...
I can always unfold the cherished the moments ... 
Over & over again
When my weary old heart ... 
Ache ...
For my beloved sons & daughter!!!


Muahhhh !!! Mama Sayang Kamu Semua ... 

12 September 2011

Ada apa dalam peti ...

"Senangnyer dalam hati .... La la la"
Pagi2 ... dok sorang2 ... sambil 'spring cleaning' peti ais ... sambil nyanyi!!!
(p.s. senang hati sebab PC dah OK ... tak boring sgt dok sorang2 rumah!!)
Mak oii !!! ...macam2 ada ...
Ha ha ha ... kueh mueh/lauk pauk Ramadhan lalu !!
(konon2 simpan ... tak nak membazir ... ada dah berkulat!!)
Meh nak 'list-down'
~ akok salor 2 kpg & akok gedik, 1/2 ... hmmm masih elok!! Yum Yum.
~ ni ape ye? cam gulai ayam jer? ... kalau makan ni 'sure' cerah masa depan!!
~ he he ... lebihan doh tart nanas & jem nanas. OK ... keep the jem!
~ lebihan laici, dalam tin - dah kering & kecut! (sayangnya ...)
~ 2 keping puding karamel yg tak menyelerakan lagi (kesian, agaknya dok sumbat itu & ini .. terperosok ke belakang. Tu yg 'miss' ... memang dok rasa ada lagi puding karamel ... hu hu)
~ solok lada & sare masih dlm plastik masing2. Tak sanggup nak buka!!!
~ ehh! ni mihun zaman bila ni???
~ cili kisar & bawang kisar yg dah 'expire' sebab semacam jer bau!!
~ bahagian sayur!! ok semua, cuma daun bawang & daun sup aje yg dah tak nampak rupa asal!!
~ Ya Allah ... oren raya cina pun ada lg! dah kecut semacam ... hmmm!
(sedapnya akok gedik)
~ bahagian 'feezer' - aik!! 60% lengang ...

Kejap lagi nak ke kedai ... beli apa yg patut.
Hmm ... apa menu berbuka hari ni ye? Baru nak 'start' puasa  ... orang lain dah raya sakan! (-_-')

p.s. rajin ni sebab peti ais tu dah bunyi semacam ... macam demam kura2!! 
PC mogok tak per, jangan peti ais mogok!! 

11 September 2011

Peringatan ... jgn bertangguh!

10 akhir Ramadhan ... tetiba je PC kesayangan 'crash'!!
Sebelum ni ... dah banyak kali dia bagi 'reminder' tapi tuan dia (sayalah tu)
degil ... pentingkan diri sendiri ... takut 'patah kaki' kalau hantar dia untuk rawatan!! Asyik bertangguh ... guna 'self-repair' aje ...
Padan muka ...
Cam 'ibu kucing hilang anak' ... cam 'orang buta hilang tongkat'
Waa !! ... I miss my FB friends & news, bloggers & blogging ...
Itulah perasaan saya ...
Nak hantar kedai 'kokse2' (yg tak biasa), risau jugak sebab ...
~ banyak gambar2 yg kita 'load' kat 'desk-top' tu ... !!
p.s. walaupun kita tak 'famous', gambar2 pun entah ape2 ... tp tetap bahaya kan!! 
Doktor PC (family friend) pulak siang hari kerja pejabat ....
Malam bulan puasa ... faham2 ajelah!!! bulan beramal ...
Seminggu lepas raya baru berkesempatan gi hantar ...
Hantar malam, petang esoknya dah siap ....
Doktor PC cakap, " PC kena serangan awal darah tinggi je ... !!!"
Terima kasih Doktor PC ... nanti saya kirim Kek Coklat ye ... (^_^)


~ Sebenarnya ada hikmah PC tu rosak 10 akhir Ramadhan ... hu hu!!