"Perkahwinan adalah satu jalinan hubungan serta komitmen antara dua pasangan iaitu lelaki dan perempuan yg mempunyai seribu satu perbezaan." - HAMKA
Memang benar sekali ungkapan di atas. Dua insan dari dua acuan didikan dan kebiasaan, kini bersatu di bawah satu bumbung ... pasti berlaku pertembungan/perbezaan amalan dan pendapat ... lalu, anggaplah perbezaan itu sebagai pelengkap kepada kehidupan kekeluargaan yg bakal dibina bersama ... tahu komitmen dan tanggungjawab masing2 ... saling percaya dan memaafkan ... dan paling penting!! Banyakkan berSABAR dan DOA! SABAR dan DOA! SABAR dan DOA! agar ALLAH SNW kekalkan kebahagiaan dan keharmonian dlm rumahtangga. Pada setiap masa, esp bila masaalah melanda ... jgn jemu dan berputus asa dengan NYA. Itukan senjata kita, umat Muhammad s.a.w.
"Berdoalah kepadaku, nescaya aku perkenankan."
- Surah Al-Mukmin:60
p.s. jgn terpedaya sgt dgn cerita dongeng, 'and they live happily ever after', sebab yg selepas 'after' tu lah yg kena sungguh2 usaha dapatkan 'happily ever after' ... lalu kata2 hikmah HAMKA di atas. Mama dan Ayahnya yg dah 30 tahun kawin pun masih 'tergigit lidah', masih kdg2 'tak faham' ... itulah ... Biasanya, bila salah sorang sudah tiada, perbezaan, kekurangannya (krohh! krohh! ... hihi), rajuk marahnya ... itulah yg kita akan paling 'miss'nya ... syukurlah dan hargailah selagi masih ada bersama.
No comments:
Post a Comment