Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

08 April 2013

Amar ... rindu 3 hari 2 malam

Semenjak petang hari Khamis hinggalah Sabtu petang, Amar tak keruan.
Macam 'kucing hilang anak'! ... perkataan 'bosan' tak lekang dari mulutnya.
Makan tak lalu  ... main PS tak seronok ... tengok tv tak best ...
Buat itu tak kena, buat ini tak kena ... takde mood memanjang  ...
Semua gara2 Bebe dia, Muaz hadiri kem anjuran sekolahnya semenjak petang Khamis lalu ...
3 hari 2 malam yg amat menyiksakan, panjang dan membosankan buat Amar ... 
Bila Muaz tiada,  Amar cam patah sayap jer .... kesian sungguh
Yg paling lucunya, bila ditanya ... apa yg paling dia rindu pada Muaz ???
"Adik rindu Muaz marah kat Adik!"  ... (-_-')
.... nak gelak pun ada, kesia pun ya ... ada jugak orang rindu kena marah ...
p.s. katanya Muaz marah lg best dari Mama marah ... huhu
Apapaun, saat dapat panggilan dari Muaz minta amik dia disekolah petang Sabtu lalu .... Amarlah yg paling ceria dan gembira ... terlerai sudah rindu 3 hari 2 malamnya ... segalanya  indah kini ... hatta roti bakar yg terhitam legam pagi tadi ... haha!


No comments: