Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

22 April 2013

Jiran ...

Rumah baru, tempat baru ... jiran2 pun baru!
Syukur Alhamdulillah! Dek kenduri kawin doter Mama baru2 ni ...
Dapatlah kenali jiran tetangga  ...

Dan semasa pergi rumah ke rumahlah (jemput ke majlis kawin doter kami), kami kenali jiran  ... serta serba sedikit ehwal mereka. Di antara mereka, ada 2 jiran yg menyentuh hati kami.
Jiran A : Suaminya penghidap kencing manis akut. 3X seminggu, A perlu bawa suaminya utk rawatan dialisis (setiap rawatan makan masa 4 jam). Selain hantar dan temani suami setiap rawatan, A kena pastikan bekalan makanan @ kudapan semasa rawatan disediakan. Ia rutin yg berulang2, hingga akhir hayat suaminya. Pun A ceria, bercerita hal dirinya, suaminya dan 2 orang anaknya yg dewasa jauh di ibukota. Tiada cerita duka, negetif ... tiada ayat jemu, penat ...
Jiran B : Pasangan muda, lewat 30an agak Mama. Anak 8, yg sulung bari tingkatan 1. Masa ke rumah mereka, anak2 kecil berkeliaran, riang dan ceria bermain sesama mereka .... senyum malu bila salam dgn kami. Tidak kami jangka, di sebalik wajah2 ceria mereka ... ayahnya cacat dek kemalangan semasa hantar anak sulung ke tusyen 2011 lalu. Berjalan perlu dibantu, bercakap ... sepatah2 dan payah sekali. Si ibu, walaupun kecil molek, wajahnya berseri, tenang dan senyum sokmo, petah berbicara ... sesekali menegur lembut anak2nya ... pandang suami penuh kelembutan dan mesra ...
MasyaAllah!! Tabah dan sabarnya mereka semua. Moga Allah SNW lindungi, berkati, rahmati dan bahagiakan mereka dunia akhirat. Amiin .... Pun kami berpesan, jika perlu apa2 janganlah segan ... InsyaAllah ... kami hulurkan pertolongan!
Bersyukurlah dgn nikmat ... Bersyukur juga bila diuji ...

Nota:
Dlm buku 'Syarah Hadis 40 Imam Nawawi', jiran tetangga itu ada 4;
1. orang yg tinggal serumah dgn kita
2. orang yg rumahnya bersebelahan rumah kita
3. orang di sekitar 40 rumah yg terletak sekitar rumah kita
4. orang yg tinggal satu negeri dgn kita ...

Dan para ulama mengatakan, hak2 jiran adalah begini;
1. jika jiran Muslim dan kaum keluarga, dia miliki 3 hak - hak tetangga, hak Islam & hak keluarga
2. jika jiran Muslim dan bukan kaum keluarga, 2 hak - hak tetangga & hak Islam
3. jika jiran bukan Muslim, 1 hak - hak tetangga
- termasuk kesempurnaan iman menghormati, memperhatikannya dan tidak menyakitinya. Nabi SAW berpesan dlm hadis Muslim bahawa tidak akan masuk syurga, orang yg tetangganya tidak aman dari kejahatannya. Naauzubillah  ....

Begitulah indahnya ajaran Islam.

No comments: