2 minggu menyepi .... kerana inilah .... hari yg satu ini
Sebelum, semasa dan selepas .... ia satu momen yg bersejarah buat kami, Rumah Biasa2 kami. Betapa kami mengejar masa menyiapkan sebelum hari yg satu ni. Dan bila ianya dapat disiapkan seperti yg dijangkakan, betapa pula kami kelamkabut berpindah ke rumah ini sebelum hari yg satu ni ... se awal mungkin agar dapat bersedia menyambut hari yg satu ni di kediaman sendiri. Dan DIA Maha Mendengar dan Maha Pemurah ... kabulkan doa kami ... syukur, Alhamdulillah.
Maka bermula dari tarikh menduduki Rumah Biasa2 kami, hingga selesai majlis hari yg satu itu ... kami bagai dlm mimpi. Tiada fikirkan yg lain, selain memastikan segalanya siap dan sedia untuk hari yg satu it ... Hari satu2nya doter kami diijabkabulkan dengan pilihan hatinya. Itulah hari yg satu yg Mama maksudkan ... Lalu pada 29/3, 30/3 & 31/3 ... berlansunglah Majlis pernikahan malamnya, majlis kesyukuran perkahwinan pihak kami keesokkan harinya dan majlis sambut menantu sebelah pihak besan hari berikutnya .... sungguh! Mama penat yg amat ... kami semua lelah .... tapi .... Alhamdulillah, syukur ... kesemua majlis berjalan lancar dan dipermudahkan NYA. Walau lelah, makan tak lalu, tidur tak lena sepanjang detik2 tersebut .... kegembiraan dan ukhwah yg terjalin, melenyapkan segala ... kini ...
Rumah Biasa2 kami, sunyi semula ... tinggal Mama terkedip2 sorang diri ... memutar memori indah yg berlalu itu .... kadang2 terasa sayu disebalik rasa 'relief' segalanya berlalu sudah!!! Melihat foto2 hari itu ... senyum sorang, siapalah yg tahu!!! Mama rindu kamu semua anak2ku ... cepatnya masa berlalu ... my baby is now someone else wife ... tiada yg Mama harapkan selain, dia menyayangi mu, menjaga mu dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Kini doa Mama adalah buat kamu berdua .... carilah ilmu berumahtangga ... agar kekal bersama hingga ke syurga! Amiien ...
Feeling pulak Mama nih ... huhu.
Itulah ... kenduri pernikahan doter Mama merupakan majlis pertama di Rumah2 Biasa2 kami .... ianya juga majlis 3 in 1 .... kenduri kawin dan kenduri naik rumah baru. Serta reunion sanak saudara dekat dan jauh ... juga rakan2 sekolah dan kolej Ayahnya dan Mama ... foto2 yg ditayang dlm FB menceritakan segalanya ... esp buat rakan2 yg tak dapat hadir sama ... kita masih spt dulu ... tetap mesra, nakal, riuh dan ria. Usia hanyalah angka ... (^_^)
Gitulah ... keadaan dah back to normal. Mama will be on air again ...with loads of things to share ... but 1st, am going to TM, nak lajukan tenet dari siput ke ribut ...hehe. Good to be back ...
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
07 April 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment