Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

25 April 2013

Mahu beli rumah di Kelantan???

Dah lama tak up-date progress terkini Rumah WM. Target siap rumah2 ni ialah sebelum Raya Aidiladha  ... InsyaAllah. Pun menurut Project Supervisor aka hubby Mama ... dah ramai yg merisik khabarnya .... dalam dan luar negeri Kelate ni!! Banglo setingkat (single-storey) dan satu setengah tingkat ni agak2 Mama, mengikut pada harga semasa dgn keluasan tanahnya, pasarannya dlm lingkungan RM350,000- R400,000. Ianya terletak dlm 'Golden Triangle P.Puteh' ... banyak plus pointsnya ... berdekatan pasar borong, hospital, sekolah, stesyen minyak, gelanggang futsal ... itu antaranya.
Rata2 yg bertanya tu dari luar Kelate ... anak Kelate maupun bukan oghe Kelate ... mungkin bagi mereka harga sebegitu masih murah jika mereka bandingkan dgn harga rumah di KL dan kawasan sewaktu dgnnya ... Rumah 4 bilik, 3 bilik air ... ruang makan, ruang tamu dan ruang famili serta masih ada laman yg selesa ... OK lah tu!!
Pun tuan empunya projek rumah ni, abang ipar WM ... tetap dgn pendirian ... akan jual hanya bila rumah siap sepenuhnya. Reasoning beliau: tak mau bakal tuan rumah kacau ... nak renovate situ dan sini, nak kemasan begitu begini, nak cat warna pelangi2 gitu .. haha ... Hoh! Tentu lari timing siap dan budget nanti .. + sakit kepala n hati ... jika pembeli yg satu tu ... mak oiii! ... cerewet dan banyak songeh!! Dah banyak kes begini ... Kalau jual yg dah siap (minus the grills ... hampa pilihlah sendiri .. nak yg  biasa2 ka, yg stainless ke, yg wrought-iron ke ... terpulang!!) senang cerita! Pastu .. ikut suka tuan rumahlah nak renovate camner  ... whole responsibilities now is yours!!! Make sense kan!

Sehingga 22/4/13 : Banglo setingkat. Yg sebelah tu 1 1/2 ...

Pun bagi yg berada diluar Kelate dan bukan oghe Kelate, syarat nak beli rumah di Kelantan bolehlah rujuk di blog ini
Wah!! Promosi nampakk!! Hehe  ... manalah tau dapat komisyen dari WM! Bolehlah Mama melancung ke luar negara  .... kui kui kui


No comments: