Sesungguhnya 2009 tahun kedukaan dan juga kegembiraan. Mengingatinya ... lelah terasa. Bagaimanalah kami upaya hadapinya ... Maha Suci Allah ... tidak diberi NYA dugaan dan kurniaan melainkan ada hikmah dalamnya ... yg tersurat & tersirat. Syukur juga dengan kurniaan 'mudah lupa' dari NYA, jika tidak pasti kami berterusan lemas dalam kedukaan dan kegembiraan yg berpanjangan. Tahun rentetan peristiwa yg menuntut banyak pengorbanan rasa, masa, harta dan kudrat kami.
Mac - Ayah tercinta meninggal dunia, strok kali ketiga pada usia 71 tahun. Kali ini faktor usia tidak meyebelahinya. Seminggu kami dikampung, ulangalik ke hospital ... adik beradik semua balik, bergilir2 jaga Ayah hinggalah dia menghembuskan nafasnya.
Mei - Anak kedua pula menyusul, pada usia muda, 25 tahun. Hanya demam biasa penyebabnya. Tapi dua minggu sebelum itu dia telefon saya beritahu dia mimpi arwah datuknya datang ziarahi dia. Bagaimana datuknya mengusap dgn penuh kasih sayang kepala dia, yg diletakkan diribaan datuknya. Memang dia rapat dgn datuknya. Dia cakap dia rindu sangat pada datuknya dan dia mahu ikut datuknya ke sana ... Rupanya itu semua petanda. (Sehingga kini saya sedih bila ingati saat2 pemergiannya, apatah lagi utk bercerita ... pasti bergetar & berdebar dada).
Ogos - 2hb. suami tiba2 dapat arahan bertukar ke Kelantan (ianya memang kami idamkan, tp bukanlah secepat itu) walhal dia baru setahun pindah ke pejabat diSeberang Jaya . Maka tinggallah saya dgn anak kelima & keenam di Kepala Batas (anak kelima akan duduki UPSR September nanti). Tuhan saja Maha Mengetahui perasaan dan hati saya ketika itu. Luka dan rindu kehilangan ayah dan anak masih belum reda, kini terpaksa berpisah pula dgn suami. Memang saya 'stress' sangat dalam tempoh 2 bulan pertama perpisahan itu (anak & suami) ... hingga perlu mengambil ubat penenang. Hanya dengan mengingatiNYA saya dapat bertahan, mengubat lara dan duka dgn ayat2 suci Kalam Allah. Juga kerana memikirkan Muaz dan Amar yg masih anak2. Saya kuat kerana mereka!
3hb.- Dan Allah Maha Pengasih, dapat berita anak keempat, Anas dapat buat praktikum di Seberang Jaya hingga akhir tahun. Alhamdulillah ... Kemudian,
8hb. - Konvo anak ketiga (our only doter). Saya gembira kerana kami sekeluarga dapat berkumpul bersama ... suami, Abe, K.Cik, Anas, & kami bertiga. Terubat segala rindu. Pun begitu ... kami juga sedih kerana Angah tiada bersama berkongsi kegembiraan satu2nya adik perempuan dia.
8hb. - Konvo anak ketiga (our only doter). Saya gembira kerana kami sekeluarga dapat berkumpul bersama ... suami, Abe, K.Cik, Anas, & kami bertiga. Terubat segala rindu. Pun begitu ... kami juga sedih kerana Angah tiada bersama berkongsi kegembiraan satu2nya adik perempuan dia.
November - 19hb., Alhamdulillah, Muaz (anak kelima) berjaya cemerlang dlm UPSR. Pemergian dua insan tersayang menyebabkan dia banyak 'bercuti' dari hadiri kelas. Ketika saya berjumpa Guru Kelasnya, beliau mengatakan Muaz semakin pendiam tetapi tetap ok dalam pembelajaran. Rupa2nya dia lebih cekal dan kuat dari apa yg kami jangkakan. Kami tidak dapat menduga kesedihan dia kerana dia tidak pernah tunjukkannya (atau mungkin saya yg tidak peka kerana terlalu tenggelam dlm kedukaan saya sendiri).
22hb.- kami akhirnya pindah ke Kelantan. Pada hari perpisahan, ramainya jiran2 yg datang ucap selamat tinggal. Mereka kata inilah suasana perpisahan yg paling meriah! (Ya ... saya masih rindukan suasana di sana).
Disember - Bulan kelamkabut ... bulan 'unpack' barang2, daftar anak2 ke sekolah baru, bulan anak sulung, Abe kawin, 19hb. (sebelah perempuan) dan 25hb. (sebelah kami). Memang saya dan suami bagai 'lipas kudung', hilang segala kedukaan dek lelah berkejar ke sana sini. Majlis Kesyukuran perkahwinan Abe diadakan dirumah neneknya dikg kerana rumah sewa kami masih macam 'tongkang pecah!'. Berada di kampong halaman sendiri ada hikmaynya. Kehadiran dan pertolongan saudara maralah penyelamat segala ... kami amat2 menghargainya. Syukur juga kerana hari tersebut cuaca elok hingga ke petang walaupun ketika itu musim tengkujuh.
Begitulah Allah SNW mengatur perjalanan hidup hamba2NYA ... ianya amat jelas jika kita memikirkannya. Tetapi menjadi sempit dan susah jika kita berkeluh kesah dengan sedikit rintangan. Bersedih dan berduka adalah lumrah dan fitrah manusia bila menerima ujian kematian atau kegagalan atau penindasan. Pun begitu usah putus asa dengan DIA ... pasrah dan reda! Pasti ada jalur cahaya dihujungnya ....
Allah SNW berfirman;
... boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah:216)