Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

09 December 2011

Sura Gate - sentiasa dihati

Semenjak satu2nya anak perempuan kami bekerja di Dungun, dek kerana seringkali ke sana, perasaan ingin kembali menjejaki kampus lama ITM Sura Gate kian terasa (sebelum ini, sesampai di Dungun, ketika dlm perjalanan ke Kuantan,  saya akan minta suami ikut jalan pantai ... mulai Sura Gate & keluar ikut Sura Hujung. Tujuannya, untuk melewati kembali  ITM Dungun, Sura Gate &  memori2 sepanjang 3 tahun di situ, 07/78 - 05/8. Cukuplah memandang hanya dari kereta aje tinggalan kampus itu). Bila suami syorkan saya ziarahi sahaja alma matter saya ini, ianya ibarat 'Pucuk dicita Ulam mendatang'. Bukan tiada keinginan itu, tapi saya takut segala memori suka duka di sana akan terungkai & saya akan lebih terluka dan merindui masa2 yg telah lama berlalu itu... 
Tapi kita ini semakin tua, entah bila lagi peluang sebegini akan tiba. Maka pada 03 Januari 2011,saya dan suami telah ke sana. Pintu utama masuk ke ITM Dungun, Sura Gate dah tiada, mungkin lot kedai 7E itulah tempatnya dulu ... Kami masuk melalui pintu jalan pantai. Pengawal Keselamatan yg bertugas memberitahu bahawa sentiasa ada bekas2 pelajar UiTM Dungun, Sura Gate datang ke sini, seperti saya. Terasa spt rusa masuk kampung, kerana banyak yg berubah. Tetapi saat nampak rumah/hostel pertama saya masih utuh berdiri, sukar untuk digambarkan perasaan ini. Gembira, terharu, tidak percaya pun ada ... silih berganti. Tercegat berdiri bagai terpaku, dan tiba2 memori lama suka duka di sini bagi terungkai satu persatu, berebut2 menerjah keluar tanpa disedari. Disinilah ... situlah ... pot pet pot pet saya tak henti bercerita kepada suami kenangan2 itu seolah2 ianya kini di tayang di depan mata.


Hostel 348H saya ~ semasa semester I & II.
(kini ~ Taska Ulul Albab, Sek. Men. Imtiaz, Dungun)

"Jue, K.Yah, Irah ... ingat lg kejadian malam sblm exam kertas Ekonomi esok harinya? Ha ha ha ... mujur tak terbakar asrama tu. Cuma tilam Jue aje. Gara2 membaca guna lilin kerana sudah lepas masa study. Jue tingkat atas, kalau ikutkan mesti nampak api menjulang dari rumah Pak Guard. Tapi, sebelah bilik kami ialah garaj bas ITM, yg telah melindungi kejadian itu dari diketahui sesiapa, hatta rakan se rumah pun. Kami rahsiakan sebab takut ~ kena marah, kena denda ... Esok paginya kakak senior dr bilik sebelah ada bertanya mcm bau benda terbakar & mengapa bilik kami kecoh sgt semalam, tp kami sudah sepakat 'biar pecah diperut jgn pecah dimulut' ... hehe. Bagaimanapun tembelang kami pecah apabila makcik yg kemas hostel semasa cuti semester terjumpa tilam terbakar yg kami sorok dlm stor!!! Mujurlah kami hanya didenda ganti balik tilam yg terbakar & diberi amaran!!. Masih terbayang2 malam kejadian yg penuh drama tu ... bagaimana Jue terjun dari katil (rasanya sekitar 4 pagi waktu tu) & kejutkan kami. Saya dan Irah mengebas2 tilam terbakar dgn towels masing2 & K.Yah ibarat 'Wonder Girl'  mengangkat baldi besar yg penuh air (mcm x percaya sbb baldi tu besar sungguh!) & berjaya padamkan api itu dari merebak ... lepas itu kami terjelepok tepi dinding, dlm gelap, melayan perasaan gemuruh, takut & lega. Sepanjang kejadian tu tiada sepatah pun kata2 yg keluar dari mulut masing2. Mcm 'silent movie' gitu ...!! Dan kami duduki exam esok harinya mcm zombie (masih terkejut). Mujurlah saya, Irah & K.Yah ... lulus walaupun 'atas pagar', dan Jue terpaksa 'refer' semester berikutnya!"

Hostel 18 ~ Semester III & IV
(kini Rumah Warden Perempuan)


Ditangga inilah kami berposing sakan malam slps exam terakhir semester IV. Malam saya belajar bersolek ... haha. Tepi jendela tu lah letaknya meja study saya ... Di belakang hostel ini ialah surau tempat kami berterawih setiap Ramadhan. Jue, K.Yah, Irah & saya serumah lg. Rakan sekelas Zim, Yot, Dah, Aloha, Mathom, Zaidah , Wati pun ... & seorang junior, Wan Thurayya (budak Trg yg comel sgt!) Moga kalian sihat & bahagia kini . Aarghh ... how I missed you all &  those days! 

Selamat tinggal ITM Sura Gate ...'. Itulah yg saya ucapkan dalam hati, saat meninggalkan tempat yg penuh kenangan ini. Sedih (kerana entah saya dapat kembali lg ke sini), Gembira (kerana impian ke sini saya tercapai jua akhirnya) & Puashati (kerana dapat menjejaki kembali nostalgia lama di sini ...)

Nota:  Banyak bangunan2 asal dah tiada. Pun, bangunan pentadbiran, Hostel 6 (hostel tahun akhir saya), rumah warden, perpustakaan, pejabat Kesatria, antaranya masih tegap berdiri. Tetapi, rumah2/bangunan2 yg masih ada walaupun catnya baru, pun sudah usang, seperti saya juga ... semakin di makan usia. Entah bila akan rebah semuanya ... Bangunan2 kayu ini yg asalnya kuarters pekerja sebuah syarikat bijih besi, kemudian ITM Dungun, Sura Gate (1975 - 1998) sblm berrpindah ke kampus sendiri di Sura Hujung (kami panggil Sura Point) & terkini,  Sek.Men. Imtiaz Dungun. 

3 comments:

Anonymous said...

Salam pn. rindu plk ITM Sura Gate bila baca artikel pn. sya grad 1997, sebelum ITM Sura Gate ditutup. Banyak kenangan. Tapi masih belum berkesempatan berkunjung ke sana. tak tahulah rumah SG6 masih ada atau tidak. harap dapat ke sana suatu hari nanti.

muhaini said...

Jenguklah bila kelapangan. Pun jalan tepi pantai turut diancam hakisan, setiap kali datang musim tengkujuh. Bangga menjadi salah seorang warganya ... (^__^)

Yusmayati said...

Salamd dr akk.. Warga itm sura gate tahun 85.. Dss.. Wah kenangan terindah di sini.. Ti amo.. 😍