Mereka semua meluahkan 2 perkara yg sama. Pertama, gembiranya dapat menikmati kehidupan dikampung sendiri. Kedua, semua dah berkali2 memohon ditukarkan ke sini (negeri sendiri), tapi ianya tidak semudah yg dirangka. Kalau suami dapat, isteri pula sangkut (& sebaliknya). Jiran sebelah rumah, dah setahun suaminya ditukarkan ke Jeli. Manakala, isteri & anak2 masih di Segamat. Dah pelbagai usaha dibuat, tapi tiada rezeki. Beliau, isteri & anak2 agak tertekan dgn 'long distance relationship' ini dan mungkin, jika terpaksa, dia akan mohon ditukarkan semula ke Segamat jika permohonan isteri masih tergantung 2012 ini. Begitu jugalah jiran depan rumah. "Mungkin kena pakai kabel sebesar gajah kot!" selorohnya ... ???!!!!
Mungkin nanti ada di antara mereka yg akan putuskan seperti anak saudara suami (seorang guru). Mulai 2012, dia akan bercuti tanpa gaji selama 3 tahun. Dalam tempoh itu, dia amat berharap dapat uruskan pertukarannya sebab suaminya dah hampir 6 bulan bertukar ke sini. Jika gagal juga, maka dia akan ikuti pilihan yg saya ambil, berhenti kerja/pencen awal!!!
Bersabarlah wahai semua. Usaha & tawakkallah padaNYA. Ketahuilah, apa juga keputusan selepas itu, yakinlah DIA Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kita. DIA Maha Pengasih & Penyayang ... tidak mungkin ada yg lebih baik dari apa yg kita nikmati sekarang. Maka bersyukurlah dengan nikmat dariNYA. InsyaAllah, Allah SNW tidak mungkin mensia2kan hamba2NYA yg berusaha ke arah kebaikan ...
Bila soal keluarga, terutamanya anak2 yg menjadi pertaruhan, suami & isteri akan rela berkorban, apa saja. Bak lagu P.Ramlee,
"Berkorban apa saja ... harta ataupun nyawa ...
itulah kasih mesra ...sejati & mulia ..."
No comments:
Post a Comment