Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

05 December 2011

Ibarat Sekolah ...

Saya sedang membaca sebuah buku lama yg bertajuknya 'Rumah - Tangga Bahagia'. Buku ini adalah terjemahan dari buku "HAPPINESS for HUSBANDS and WIVES" karangan Harold Shryock, M.A., M.D. (tokoh ilmu 'anatomy' yg terkenal di Amerika Syarikat pada masa itu & merupakan Pensyarah & Ketua Penyelidik diMaktab Perubatan Lorna Linda, California, AS).
Buku ini dicetak & diterbitkan oleh MALAYAN SIGNS PRESS, Singapura. Tahun penerbitan tidak pula tentera, tetapi ada tandatangan Ayah bertarikh 06/02/1963 (mungkin hari dia beli). 
Antara petikan kata penerbit dlm ejaan Bahasa Melayu lama:
Terjemahannya buku ini kedalam bahasa Kebangsaan adalah berchorak bebas (free translation) tanpa lari daripada tujuannya, dan kandongannya disesuaikan dgn suasana, chorak  kehidupan pendudok & iklim Daerah Melayu Raya.


Saya belum khatam lagi buku ini, tetapi saya dapati ianya sebuah buku yg sangat menarik. Saya juga jenis yg bila baca buku, akan baca bab awal & bab akhir dulu. Kemudian barulah saya baca keseluruhannya. Suratkhabar pun begitu juga ... baca muka depan, pastu muka belakang, baru yg lain2. Mungkin buku ini juga macam buku "Men Are From Mars, Women Are From Venus" ... kita 'wait & see ok!'.
Sebuah perenggan pada bab akhir buku ini; Bab XXII Tetap Bahagia; membuat saya berfikir panjang ...
Saya petik sebagaimana kata2 & ejaan asalnya;

Sa-bagaimana telah berulang-ulang di-sebutkan bahwa kebahagiaan perkahwinan itu bukan-lah untok masa muda sahaja, akan tetapi ia-itu ada-lah untok sa-umor hidup. Maka sekali-kali jangan-lah suami-isteri merasa tiada penting lagi memelihara kebahagiaan perhubongan rumah tangga mereka bilamana telah tua dan tanggong-jawab terhadap anak-anak telah mereka laksanakan, bahkan sa-harus-nya lebeh lagi mereka itu mesti berhati-hati daripada di-masa muda-nya. Sa-umpama bersekolah, mereka itu dalam hidup berumah tangga telah meningkat derjah yang tertinggi, bagaimana sedeh-nya nanti bilamana dalam pepereksaan yang terakhir itu mereke tidak lulus. Sia-sia segala usaha dan pengorbanan mereka yang sudah-sudah, dan anak-anak serta chuchu-chuchu mereka turut merasa hina dan malu. Jadi kebahagiaan perkahwinan itu harus di-pelihara sampai maut datang memisahkan kedua suami-isteri itu.

 "Bangsa adalah kumpulan rumah2-tangga. Kemuliaan sesuatu bangsa bergantong kepada kebahagiaan rumah2-tangganya."
 Dr. Mohammad Hatta

No comments: