Masa anak2 masih kecil, dunia saya hanya berkisar mengenai mereka. Sayalah yg paling sibuk, setiap kali kami bercuti ke mana2 ~ melayan, memantau, mengawal, menghukum anak2 yg sedang lasak: berlari, memanjat, menyorok, mencuba, apa saja. Puas bermain, mereka berkelahi ... maklumlah budak2.
Maka saya kurang prihatin suasana sekeliling. Kalau berlaku apa2, saya hanya bertanya suami, "Apa? Kenapa? Bila? Mengapa?" (ha ha ..). Kini, anak2 sudah besar (Muaz & Amar) serta dewasa (abang2 & kakak mereka). Saya ada masa untuk memerhati & menikmati keadaan sekeliling saya. Mungkin juga faktor usia, menjadikan saya lebih peka.
Dan, ketika percutian keluarga ke Dungun, minggu lepas, peristiwa2 berikut menyentuh jiwa saya;
~ kami disambut dengan insiden kemalangan jalanraya sebaik memasuki daerah Dungun. Sebuah kereta dengan keempat2 tayar di atas, terperosok ke dalam parit yg dipenuhi air. Orang ramai sedang bertungkus lumus membantu sedaya upaya mengeluarkan mangsa. Polis dan ambulan baru tiba. Saya tidak tahu apakah nasib pemandu & penumpang kereta (jika ada), tapi saya doakan mereka selamat. Di atas jalanraya, seorang hamba Allah sedang dikiamkan oleh mereka2 yg datang membantu. Peristiwa begini membuat saya sedih. Tetapi saya juga gembira kerana dia meninggal hari Jumaat, ketika dalam perjalanan menuju rumah Allah (yg hanya beberapa meter saja lagi), untuk menunaikan solat Jumaat.
Innalillahhiwainnailaiihirojiunnn ... moga rohnya ditempatkan Allah bersama orang2 yg beriman.
~ kami ke Mesra Mall, tunaikan janji pada Amar & Muaz untuk main 'bowling' satu keluarga (ha ha ... bonus buat Amar kerana ada kedai Toys "R" Us). Sebaik selesai ber'bowling' azan Maghrib berkumandang. Surau yg disediakan penuh sesak dgn pengunjung, hingga terpaksa menunggu giliran untuk bersolat. Hati saya gembira kerana rata2 pengunjungnya orang muda2.
Alhamdulillah ... masih utuh rupanya tiang agama dipasak mereka!! Siapalah ibu bapa mereka ... beruntungnya!
~ seusai sarapan pagi Terengganu ~ nasi minyak, nasi dagang ~ kami bersiar2 dipesisir pantai Paka. Sebaik keluar dari kereta, tudung saya hampir terbang ditiup angin tengkujuh. Kuat sungguh ... Ombak besar bergulung memecah pantai. Warna air laut bukan lagi membiru, tetapi warna 'teh tarik'. "Mengapa?" soal Amar. Sebab arus laut yg kuat pada musim ini, akan mengheret pasir2 didasar laut bersama2nya menuju ke pantai, jelas Ayahnya. Sebab itu bahaya mandi laut musim begini. Arus laut yg kuat inilah yg menarik mangsa tanpa sedar dari bawah ke dalam laut.
Untuk buktikan kata2 Ayahnya, anak2 buat ujikaji ... ambil sebatang buluh panjang dan letak berhampiran gigi air. Sekelip mata, bila ombak tiba, batang buluh itu dibawa ketengah laut. Tercengang Amar & Muaz menyaksikannya!
MasyaAllah ... Subhanallah ... moga Amar & Muaz mendapat pengajaran darinya.
Saya sering tertanya2, bagaimanakah keluarga nelayan2 meneruskan kehidupan mereka setiap kali tengkujuh tiba? Semoga mereka tabah & kuat sebagaimana peribahasa,
"Jika takut dilambung ombak, Jangan berumah ditepi pantai"
No comments:
Post a Comment