Tahu tak 28 tahun yg lalu, masa Mama mula mengandungkan Abe, Ayahlah yg paling sibuk bertanya, ketika masuk bulan ke 2 usia perkahwinan kami, "Tak rasa pening2, mabuk2 lagi ke?" (pandainya dia, mesti kakak2 kat ofis dia yg turunkan ilmu tu). Pastu, sibuk Ayah belikan mangga muda (konon2 untuk Mama), kemudian dia sediakan pencicahnya: kicap + gula + cili padi (org Kelantan kata ~ colek!). Dia ajak Mama makan, tapi Mama memang tak suka benda2 masam ni. Jadi Mama tengok sajalah Ayah makan, begitu berselera sekali. Boleh kata hampir tiap2 hari Ayah beli & makan colek, asam boi, jeruk buah2an. Mama? Tak teringin sedikit pun. Rupa2nya itulah antara tanda2 awal Mama sedang berbadan dua. Ayah yg mengidam dulu ... (^_^).
Mengidam? Hmmm ... Mama cuma teringin sangat nak makan buah durian belanda (tiba2 je padahal sebelum ini bukannya suka sangat buah ni!). Sampai sudah tak dapat ... agaknya sebab itulah masa kecik2 Abe asyik meleleh air liur je (agak2 aje). Kebetulan ketika itu, ada 3 orang yg status 'Mak Buyong' kat ofis Mama. Kami memang kuat makan, dan merupakan pelanggan tetap warong mamak kat Sg.Wang Plaza. Hari2 Mama tak jemu makan ketam goreng, dalca & sambal belacan. Patutlah anak Mama ni suka sangat kari ....
Yang peliknya, Mama tak boleh bau & pandang apa jua jenis masakan dari mee. Mama mesti rasa nak muntah kalau terbau atau terpandang. Pernah kawan semeja order mee bandung, Mama makan sambil pejam mata ... betul! Itu 'Dislikes' Mama. 'Likes' pula ialah susu, buah2an dan Coca Cola (bukan kempen tau ...). Pernah satu ketika, Ayah belikan Pepsi sebab kedai tu tak ada minuman kegemaran Mama. Mama merajuk panjang ... kecik hati & sedih (bila teringat, nak ketawa pula ...). Mujurlah Ayah diamkan & biarkan aje ... (p.s. tgh malam tu, Mama curi2 minum masa Ayah sudah tidur. Sedap pula ... hehe). Mama masih ingat bagaimana Mama akan lihat & tenung lama2 mereka2 cantik/hensem, yg berkulit putih mulus, agar anak Mama kelak pun gitu .. entah siapalah yg beri petua tu (^_^'). Itu antaranya ... kerenah & kenangan masa mengandungkan Abe.
Hari ini, genap usia Abe 28 tahun. Dah besar panjang, dah bermisai berjanggut (dan dah tinggi dari ayah pun ...). Tapi di mata & hati Mama, Abe tetap Abe, anak Mama. Kalau Abe sedih, Mama pun sedih, risau bila Abe sakit, gembira bila Abe berjaya, resah bila Abe diperjalanan, rindu bila berjauhan ...
Begitulah hati seorang ibu, sentiasa memikirkan anaknya, walaupun mereka sudah besar, sudah bekerja, hatta sudah berumahtangga, beranak cucu pun ... akan fikirkan anaknya sehinggalah dia menutup mata.
Abe,
Mama gembira kerana tahun ini dapat sama2 rai Hari Lahir Abe, (setelah sekian lama, semenjak Abe dewasa). Terima kasih. Mama buatkan kek hari lahir khas buat Abe. Ia kek biasa, asal Kek Marble kegemaran Abe, tapi Mama ubah sedikit, jadikannya Kek Alunan Kasih.
Selamat Hari Lahir buat anak sulung Mama...
Mama doakan yg terbaik sentiasa buat Abe, dunia & akhirat!
2 comments:
T_^ tq mama...u re the best !!! (air liur still meleleh lg. muhaha~)
Bergenang air mta.... Luhurnya kasih seorang mama~
Post a Comment