Tapi saya perlu ke KB utk membelinya jika setiap kali teringin nak makannya.
Hmmm ... hanya untuk beli 2 - 3 keping kek tu (yg agak mahal hanya utk memenihi keinginan saya, lainlah kalau mengidam ... haha), tak berbaloi rasanya.
Lagipun, hanya saya sorang aje yg sukakannya!! (Anak2 suka Kek Coklat. Hubby? Kek Buah. Manakala Kek Marble kesukaan semua!!).
Hmmm ... Maka dgn berpandukan resepi2 yg saya kumpul sekian lama, saya 'improvise' lagi (suka sangat 'modified' resepi orang!!). Bukan apa, nak resepi yg paling 'simple' utk membuatnya tetapi sedappp ...
Lagipun, dah lama saya ingin mencuba membuat sendiri kek ini. Semalam, cuba lagi (cubaan2 sebelumnya tidak menepati citarasa saya) dan inilah hasilnya ( kalau ada 'topping cream cheese' lagi sedap, tapi tak der stok 'cream cheese' pula dalam peti ais utk tujuan itu ...).
Siapa2 yg ingin cuba, silakan' dan tambah/kurangkan bahan2 yg perlu ikut kesesuaian/citarasa masing2. Inilah resepi Kek Karot saya .... |
KEK KAROT SEADANYA
2 biji telur (sederhana)
3/4 cawan minyak jagung
75 gm gula perang
75 gm gula kaster
1 - 11/2 cawan karot parut (perah air sedikit)
1/2 cawan pisang lecek (pastikan yg masak ranum)
50 gm walnut (cincang) *
2 susu makan susu segar/cair (saya tambah sendiri) *
Ayak Bersama:
125 gm tepung gandum
3/4 sudu teh baking powder
3/4 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam halus
1. Panaskan oven 170 C - 180 C.
2. Satukan minyak jagung & telur. Kacau sebati.
3. Masukkan telur, satu persatu & kacau sebati.
4. Masukkan bahan2 ayak, karot, walnut. Kacau rata.
5. Tuang ke dalam acuan kek/roti dan bakar +/- 45 minit atau sehingga kek masak.
Nota:
* tak wajib, boleh ganti dgn gajus/badam
~ Boleh juga tambah bahan2 berikut -
1/2 cawan @ kismis/nanas potong kiub
50 gm kurma cincang
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
p.s. Seperti kari, kek karot/buah akan jadi lebih sedap selepas sehari ...
(^_^)
SELAMAT MENCUBA
(tak cuba tak tahu, dah cuba ... saya tahu)
Saya boleh!!!
No comments:
Post a Comment