Dulu2, masa saya kahwin ... tidak perlu pergi kursus perkahwinan. Pesan Ayah dan Mak,
"Habiskan belajar dulu, kerja, barulah fikir pasal 'berdua' ..."
Oh ya ... pandai masak & khatam Qur'an juga antara pra syaratnya (perempuan). Bagi jejaka pula, sebaik ada kerja, cukup belanja, dan ada calon pula ... maka, 'dunia ini ana yg punya ...' ha ha!!. Ketika itu, pendidikan mengenai berumahtangga tidak ditekankan sangat. Tetapi, kebanyakan pasangan lama, bahagia hingga ke anak cucu, hingga ke akhir hayat! Kenapa ya????
Mungkin kerana, kami dulu bila kahwin, niatnya ialah 'untuk selama2nya, ...' itu saja. Bak 'wedding vows' omputeh, 'for better or worst, for richer or poorer, in sickness and health, to love & to cherish, until death do us part'. Iaitu, susah senang akan tetap diharungi bersama. Itu pengharapan 'mutual' kami, walaupun tidak dizahirkan dgn kata2, perbuatan melakarkan semua ...
Maka, saat sebuah rumah tangga Muslim terbina, ianya bermakna segala urusan duniawi yg berkaitannya, apabila dilakukan sebagaimana ajaran agama, dgn niat yg baik & ikhlas pula, maka bertaburanlah biji2 ibadah & pahala untuk dikutip & dikumpul bersama. Rugilah mereka2 yg kini bergelar suami atau isteri mensia2kan peluang yg ada ...
"Dan antara tanda-tandaNya (Allah) ialah Dia (Allah) menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung (tenteram) kepadanya, dan dijadikaNya (Allah) antara kamu perasaan kasih (Mawaddah) dan sayang (Rahmah). Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." - Surah Al Rom, Ayat 21
(kad jemputan kawin kami, yg kami 'design' sendiri 28 tahun lalu ...) |
Teringin nak buat kad jemputan 'Ulangtahun Perkahwinan' pula .... (^_^')
2 comments:
NIce piece Muni, Think that me also kept a copy of our oldwedding invitation card at our house in Kota Bharu, but only lst nite heard the news from our neighbour and sis in law that our house was raided again by some "malaun" for the 4th time since we left it, entah apa ayang nak di cari, selongkar baju2 n barang2 lama and pinggan mangkuk ada la..Hope the card is still intact..
Zah, InsyaAllah ada. Selamat pulang ke Malaysia ...
Post a Comment