Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

15 December 2011

Berubah ...

Melihat Abby Fana berubah (Alhamdulillah ... memakai tudung, menutup aurat), teringat bagaimana saya, macam iklan biskut  'sekejap ada, sekejap tiada', dalam soal bertudung ini. MasyaAllah ...
Sebenarnnya, semasa di Tingkatan 5, saya bertudung setiap masa ke kelas. Ironinya (dek kejahilan saya), semasa aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah, saya pakai skirt (uniform) pula!!! Semasa di ITM, saya memakai tudung, juga semasa ke kelas. Bila aktiviti sukan, tudung melayang entah ke mana. Hipokritnya saya ketika itu ... (Moga Allah SNW ampunkan dosa saya membuka aurat ketika zaman kejahilan/munafik, dan dosa yg juga terpaksa ditanggung oleh kedua ibu bapa saya kerana saya di bawah tanggungan mereka ketika itu ... Aminn). Tahun akhir di ITM, tudung 'hilang' terus ... (Astagfirullah ...).
Bila bekerja, niat bertudung/menutup aurat dgn sempurna terbit kembali, tapi saya takut saya tidak kuat mengekalkan nya, dengan
~ Alasan, saya tidak mahu jadi hipokrit lagi ...
~ Alasan, kalau nak bertudung biarlah dah betul2 sedia & kekal ...
~ Alasan, tunggu kahwin ...
Begitulah saya beralasan! 'Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih'. Masih mahu berdalih2 dgn ketentuan dan hukum Allah SNW. Mujurlah teman2 se pejabat yg bertudung (K.Ani, Marsyitah, Rafeah ... moga Allah SNW merahmati mereka) sentiasa memberi sokongan dan dorongan bila saya luahkan niat hendak bertudung. Mereka nasihatkan saya agar niat sungguh2, niat kerana Allah SNW dan rasul NYA, Muhammad SAW. Period!

Episod menjelang hari memakai tudung ..
Hari pertama ... baju kurung & tudung sudah bergosok rapi. "Esoklah .." bisik hati + takut orang kata
Hari Kedua ... dah cuba pakai tudung, pandang cermin. "Esoklah ..." rasa malu pula menebal dihati
Hari Ketiga ... dah nekad ni. Masa nak pakai tudung dalam bilik air, tiba2 jatuh pula. Basah, tak sempat nak gosok yg lain ... nanti lewat ke pejabat (dlm hati berselangseli 'rasa mujur - rasa sesal')
Hari Keempat ... berjaya ke pejabat dgn imej bertudung. Perasaan ~ gugup + malu. Hari berakhir dgn rasa bangga pada diri sendiri, lebih selamat & terpelihara (itu yg saya rasa). Alhamdulillah ... masing terbayang reaksi pelbagai, rakan2 se pejabat;
"Wah ... ayu lah!"
"Alhamdulilllah ..."
"Eee ... tak panas ke?"
"You nampak tua lah ..."
"Tak sangka .."
"Tunang suruh ke?"
"Rambut tak busuk ke?"
Untuk berubah ke arah yg lebih baik bukanlah mudah, lebih2 lagi ketika itu (1983) memakai tudung adalah sesuatu yg asing & dikaitkan biasanya dengan ustazah, pelajar jurusan agama, hajjah, warga tua !! Maaflah ... tapi itulah realiti ketika itu. Alhamdulillah, dewasa ini, kesedaran bertudung (menutup aurat) jauh lebih baik. Tapi, yg sedihnya ... ramai yg bertudung hari ini tidak menepati konsep menutup aurat. Banyak yg  tersasar pula ... (ini cerita lain). Buat Abby Fana, Cat (Catriona Ross) dan Irma Hasmie, Alhamdulillah .... moga anda semua terus istiqamah memakainya dan menjadi contoh kepada peminat anda, kerana impak dakwah secara tak sedar anda sebagai selebriti sangatlah besar. Moga Allah SNW rahmati dan berkati hijrah kita ke arah kebaikan. InsyaAllah ...

No comments: