Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

29 December 2011

Cobaaann ...

... boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu ... (Al-Baqarah:216)


Ia datang lagi. Masaalah!Cobaan!Dugaan!Musibah! (u name it) ...  
Asalnya sentiasa kecil, tetapi akibat disiram dgn petrol, marak & jadi lawan lah!! 
Puncanya ... dari sumber yg sama, cuma kes aje yg akan berbeza2. Begitulah setiap kali ...
Bila ianya melibatkan insan yg dekat dgn kita, saya jadi "Ditelan mati emak, diluah mati ayah". 
Saya bukan seorang yg bijaksana, dan saya paling tak suka jadi orang yg terpaksa "Menarik rambut dalam tepung" 
Faham2 ajelah dah tua2 ni, mata dah kabur, rambut yg nak ditarik, samar2 aje ... blurr!! 
Dgn memori 'sekejap ada, sekejap tiada', satu kerja pulak mencari spek membaca ... Haisshhh!!
Bila tak jumpa2, darah mudah naik & kalau saya cuba juga tarik rambut tu ...
Mau putus & berselerak tepung dikerjakan saya. Astagfirullah ...
Tapi .. disebalik setiap musibah yg terjadi, bila direnung balik, ada hikmah rupanya. 
Macam cari benda yg tersembunyi, kena perhati & teliti baik2, haa ... baru jumpa!!
Dlm kes kali ini, saya rasa hikmahnya adalah ...

1.  Allah rupanya hendak membuka ruang kepada kami agar berserah diri. Berdoa, mengadu, mengharap & memohon hanya pada Nya. Ada disebutkan dlm sebuah atsar** bahawa Allah beri cubaan pd hambaNya, lalu Allah berfirman pd para malaikat Nya; 

"Tujuannya adalah agar Aku mendengar suaranya."


Bukankah itu tandanya sayang & rindunya Allah untuk mendengar suara kita memohon, bercakap & mengadu pada Nya, sebab manusia bila senang lupa, bila susah baru sedar & ingat pada Nya!! MasyaAllah, Astagfirullah ...


2. Rupanya antara cara untuk redakan nafsu manusia yg cenderung melampaui batas. "Beri betis hendak paha". Alhamdulillah ... kami tersedar apa yg dimiliki sudah amat mencukupi ...


3. Untuk lebih mendekatkan hubungan persaudaraan (ada yg hampir putus). Alhamdulillah ... "Air ditetak tidak akan putus", "Walau jauh dimata, masih dekat dihati". Masih lebat buah simpati & masih ringan hulurkan bantuan. Ya Allah ... Engkau bangkitkan kesedaran kami untuk saling menyayangi, membantu & mendoakan ketika musibah melanda. Kami tidak bersendirian & tidak boleh sendirian rupanya ...


4. Musibah yg melanda rupanya kecil aje jika nak dbandingkan dgn anugerah/hikmah yg kami dapat darinya (spt di atas, itu antaranya ... tidak ternilaikan). Dissebaliknya pula Engkau  menjanjikan kami,

.... sesungguhnya hanya orang2 yg bersabarlah yg akan dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (Az-Zumar:10) 


Kami tenang kini. Kami faham ... Alhamdulillah!!!


p.s. Oh ya wahai kalian semua ... !!! Boleh tak cari 'Arbitrator' lain?? Kak Long kamu ini sudah semakin tua. (p.s2. mujurlah tiada penyakit darah tinggi, Alhamdulillah!! Kalau tidak kan tambah lagi masaalah ... Siapa nak urus makan pakai Abg Wan, Muaz & Amar nanti???) Kak Long rasa nak pencen awal, tak nak sambung 60 ... huhu!!

** atsar 
~  sama dgn makna Hadist
~ sesuatu yg datang dr Sahabat atau Tabi'in, baik berupa ucapan atau perbuatan

27 December 2011

Amar - budak yg suka t.kasih 2

Alhamdulillah ...
Amar masih istiqamah dalam bab 'berterima kasih'
Sekarang dia dah 'upgrade' terima kasih dia ...
Jika dulu dgn kata2, kini ditambah dgn perbuatan pula.
Sebelum makan,
"Terima kasih Mama, masak utk Adik"
Selepas makan,
"Mama! Adik dah basuh pinggan Adik"
Hari ini,
"Mama! Boleh Adik basuh semua pinggan kat 'sink'? Adik nak terima kasih sebab Mama masak utk Adik!! Kesian, mesti Mama letih ...."
Untungnya saya ... (^_^) 
Siapa kata anak lelaki tak boleh diharap?!!
Basuhlah Amar ... jgn pecah udah ...
(p.s. kalau pecah ada alasan nak beli set pinggan yg baru ... heh heh)

26 December 2011

Milo & Kopi ... what a day

Yesterday caught Kopi covered like this!!!


Whilst Kopi, the young cat, tirelessly snooped around,
Milo, the senior was caught sleeping soundly & snugly like this!!!


Soon, Kopi bored at having no 'sparring partner' decided  'if you can't beat them, just join them'.
So, at her favourite spot, she too was like ...


So yesterday was napping day. It was zzzzzzzzzzzz the whole day except for meals & nature calls. What a quite X'mas holiday ...
But as early as seven today,
As I was busy preparing breakfast, they were already up & chasing each other.
How do you tell cats that playing in the kitchen is dangerous!! 
I might spilled hot tea or coffee on them ... or worse
I might tripped on them and fall, face flat on the hot pan like the pancake I'm making!! (+_+)
(p.s. my kitchen has no door, so I cannot lock them out)
With ample rest yesterday & hearty meal this morning (courtesy of yours trully ... my mistake), now they are  fully alert & charged!! ... thus the boundless energy (~_~')
(p.s. finally succeeded in coaxing them to play outside ... thank you little bugs & birds)
Ahhh!! finally a hearty & peaceful breakfast for me ... 


                                               

21 December 2011

Ombak ...

Masa anak2 masih kecil, dunia saya hanya berkisar mengenai mereka. Sayalah yg paling sibuk, setiap kali kami bercuti ke mana2 ~ melayan, memantau, mengawal, menghukum anak2 yg sedang lasak: berlari, memanjat, menyorok, mencuba, apa saja. Puas bermain, mereka berkelahi ... maklumlah budak2. 
Maka saya kurang prihatin suasana sekeliling. Kalau berlaku apa2, saya hanya bertanya suami, "Apa? Kenapa? Bila? Mengapa?" (ha ha ..). Kini, anak2 sudah besar (Muaz & Amar) serta dewasa (abang2 & kakak mereka). Saya ada masa untuk memerhati & menikmati keadaan sekeliling saya. Mungkin juga faktor usia, menjadikan saya lebih peka. 
Dan, ketika percutian keluarga ke Dungun, minggu lepas, peristiwa2 berikut menyentuh jiwa saya; 

~ kami disambut dengan insiden kemalangan jalanraya sebaik memasuki daerah Dungun. Sebuah kereta dengan keempat2 tayar di atas, terperosok ke dalam parit yg dipenuhi air. Orang ramai sedang bertungkus lumus membantu sedaya upaya mengeluarkan mangsa. Polis dan ambulan baru tiba. Saya tidak tahu apakah nasib pemandu & penumpang kereta (jika ada), tapi saya doakan mereka selamat. Di atas jalanraya, seorang hamba Allah sedang dikiamkan oleh mereka2 yg datang membantu. Peristiwa begini membuat saya sedih. Tetapi saya juga gembira kerana dia meninggal hari Jumaat, ketika dalam perjalanan menuju rumah Allah (yg hanya beberapa meter saja lagi), untuk menunaikan solat Jumaat. 
Innalillahhiwainnailaiihirojiunnn ... moga rohnya ditempatkan Allah bersama orang2 yg beriman. 

~ kami ke Mesra Mall, tunaikan janji pada Amar & Muaz untuk main 'bowling' satu keluarga (ha ha ... bonus buat Amar kerana ada kedai Toys "R" Us). Sebaik selesai ber'bowling' azan Maghrib berkumandang.  Surau yg disediakan penuh sesak dgn pengunjung, hingga terpaksa menunggu giliran untuk bersolat. Hati saya gembira kerana rata2 pengunjungnya orang muda2. 
Alhamdulillah ... masih utuh rupanya tiang agama dipasak mereka!! Siapalah ibu bapa mereka ... beruntungnya!

~ seusai sarapan pagi Terengganu ~ nasi minyak, nasi dagang ~ kami bersiar2 dipesisir pantai Paka. Sebaik keluar dari kereta, tudung saya hampir terbang ditiup angin tengkujuh. Kuat sungguh ... Ombak besar  bergulung memecah pantai. Warna air laut bukan lagi membiru, tetapi warna 'teh tarik'. "Mengapa?" soal Amar. Sebab arus laut yg kuat pada musim ini, akan mengheret pasir2 didasar laut bersama2nya menuju ke pantai, jelas Ayahnya. Sebab itu bahaya mandi laut musim begini. Arus laut yg kuat inilah yg menarik mangsa tanpa sedar dari bawah ke dalam laut. 

Untuk buktikan kata2 Ayahnya, anak2 buat ujikaji ... ambil sebatang buluh panjang dan letak berhampiran gigi air. Sekelip mata, bila ombak tiba, batang buluh itu dibawa ketengah laut. Tercengang Amar & Muaz menyaksikannya! 
MasyaAllah ... Subhanallah ... moga Amar & Muaz mendapat pengajaran darinya.


Saya sering tertanya2, bagaimanakah keluarga nelayan2 meneruskan kehidupan mereka setiap kali tengkujuh tiba? Semoga mereka tabah & kuat sebagaimana peribahasa,

"Jika takut dilambung ombak, Jangan berumah ditepi pantai"

20 December 2011

Bersabarlah ...

Cuti sekolah makin sampai ke penghujungnya. Jiran2 saya majoriti kerjaya mereka ~ guru.Jadi, cuti sekolah meyaksikan rumah2 sekitar kami 'hidup' & berpenghuni. Tak lama lagi, rumah2 ini akan 'tidur' kembali ... sehinggalah cuti lagi!!! Rata2 jiran saya dalam lingkungan umur 30an - 40an. Masih muda, anak2 masih belum remaja, kecil2 belaka, yg paling tua berusia 12 tahun. Maka, kamilah 'orang tua' di sini.
Mereka semua meluahkan 2 perkara yg sama. Pertama, gembiranya dapat menikmati kehidupan dikampung sendiri. Kedua, semua dah berkali2 memohon ditukarkan ke sini (negeri sendiri), tapi ianya tidak semudah yg dirangka. Kalau suami dapat, isteri pula sangkut (& sebaliknya). Jiran sebelah rumah, dah setahun suaminya ditukarkan ke Jeli. Manakala, isteri & anak2 masih di Segamat. Dah pelbagai usaha dibuat, tapi tiada rezeki. Beliau, isteri & anak2 agak tertekan dgn 'long distance relationship' ini dan mungkin, jika terpaksa, dia akan mohon ditukarkan semula ke Segamat jika permohonan isteri masih tergantung 2012 ini. Begitu jugalah jiran depan rumah. "Mungkin kena pakai kabel sebesar gajah kot!" selorohnya ... ???!!!!
Mungkin nanti ada di antara mereka yg akan putuskan seperti anak saudara suami (seorang guru). Mulai 2012, dia akan bercuti tanpa gaji selama 3 tahun. Dalam tempoh itu, dia amat berharap dapat uruskan pertukarannya sebab suaminya dah hampir 6 bulan bertukar ke sini. Jika gagal juga, maka dia akan ikuti pilihan yg saya ambil, berhenti kerja/pencen awal!!!
Bersabarlah wahai semua. Usaha & tawakkallah padaNYA. Ketahuilah, apa juga keputusan selepas itu, yakinlah DIA Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kita. DIA Maha Pengasih & Penyayang ... tidak mungkin  ada yg lebih baik dari apa yg kita nikmati sekarang. Maka bersyukurlah dengan nikmat dariNYA. InsyaAllah, Allah SNW tidak mungkin mensia2kan hamba2NYA yg berusaha ke arah kebaikan ...
Bila soal keluarga, terutamanya anak2 yg menjadi pertaruhan, suami & isteri akan rela berkorban, apa saja. Bak lagu P.Ramlee,
 "Berkorban apa saja ... harta ataupun nyawa ... 
itulah kasih mesra ...sejati & mulia ..."

19 December 2011

Kek Alunan Kasih ...

Abe,
Tahu tak 28 tahun yg lalu, masa Mama mula mengandungkan Abe, Ayahlah yg paling sibuk bertanya, ketika masuk bulan ke 2 usia perkahwinan kami, "Tak rasa pening2, mabuk2 lagi ke?" (pandainya dia, mesti kakak2 kat ofis dia yg turunkan ilmu tu). Pastu, sibuk Ayah belikan mangga muda (konon2 untuk Mama), kemudian dia sediakan pencicahnya: kicap + gula + cili padi (org Kelantan kata ~ colek!). Dia ajak Mama makan, tapi Mama memang tak suka benda2 masam ni. Jadi Mama tengok sajalah Ayah makan, begitu berselera sekali. Boleh kata hampir tiap2 hari Ayah beli & makan colek, asam boi, jeruk buah2an. Mama? Tak teringin sedikit pun. Rupa2nya itulah antara tanda2 awal Mama sedang berbadan dua. Ayah yg mengidam dulu ... (^_^).
Mengidam? Hmmm ... Mama cuma teringin sangat nak makan buah durian belanda (tiba2 je padahal sebelum ini bukannya suka sangat buah ni!). Sampai sudah tak dapat ... agaknya sebab itulah masa kecik2 Abe asyik meleleh air liur je (agak2 aje). Kebetulan ketika itu, ada 3 orang yg status 'Mak Buyong' kat ofis Mama. Kami memang kuat makan, dan merupakan pelanggan tetap warong mamak kat Sg.Wang Plaza. Hari2 Mama tak jemu makan ketam goreng, dalca & sambal belacan. Patutlah anak Mama ni suka sangat kari ....
Yang peliknya, Mama tak boleh bau & pandang apa jua jenis masakan dari mee. Mama mesti rasa nak muntah kalau terbau atau terpandang. Pernah kawan semeja order mee bandung, Mama makan sambil pejam mata ... betul! Itu 'Dislikes' Mama. 'Likes' pula ialah susu, buah2an dan Coca Cola (bukan kempen tau ...). Pernah satu ketika, Ayah belikan Pepsi sebab kedai tu tak ada minuman kegemaran Mama. Mama merajuk panjang ... kecik hati & sedih (bila teringat, nak ketawa pula ...). Mujurlah Ayah diamkan & biarkan aje ... (p.s. tgh malam tu, Mama curi2 minum masa Ayah sudah tidur. Sedap pula ... hehe). Mama masih ingat bagaimana Mama akan lihat & tenung lama2 mereka2 cantik/hensem, yg berkulit putih mulus, agar anak Mama kelak pun gitu .. entah siapalah yg beri petua tu (^_^').  Itu antaranya ... kerenah & kenangan masa mengandungkan Abe.
Hari ini, genap usia Abe 28 tahun. Dah besar panjang, dah bermisai berjanggut (dan dah tinggi dari ayah pun ...). Tapi di mata & hati Mama, Abe tetap Abe, anak Mama. Kalau Abe sedih, Mama pun sedih, risau bila Abe sakit, gembira bila Abe berjaya, resah bila Abe diperjalanan, rindu bila berjauhan ...
Begitulah hati seorang ibu, sentiasa memikirkan anaknya, walaupun mereka sudah besar, sudah bekerja, hatta sudah berumahtangga, beranak cucu pun  ... akan fikirkan anaknya sehinggalah dia menutup mata.
Abe,
Mama gembira kerana tahun ini dapat sama2 rai Hari Lahir Abe, (setelah sekian lama, semenjak Abe dewasa). Terima kasih. Mama buatkan kek hari lahir khas buat Abe. Ia kek biasa, asal Kek Marble kegemaran Abe, tapi Mama ubah sedikit, jadikannya Kek Alunan Kasih.  


Selamat Hari Lahir buat anak sulung Mama... 
Mama doakan yg terbaik sentiasa buat Abe, dunia & akhirat!

18 December 2011

Kelainan ...

"Mama! Bila nak gi jalan2 ni? Abe & Anas dah balik!!!"
Maka, pagi Jumaat lepas kami satu keluarga bertolak ke destinasi percutian.
Kali ini kami mahu bercuti sama2, satu keluarga, seperti dulu2 ...
Hehe ... kalau sebelum ni ke pusat peranginan, taman tema, zoo, ibu kota ..
Kali ni kami ke Dungun.
Mengapa? Sebab puteri kami tak dapat bercuti, jadi kamilah ke sana.
Kami menginap di Felda KJ2, tempat puteri kami menyewa. 
Felda??? Dah dia kerja dgn syarikat yg buat lebuhraya, LPT tu ...

Jom solat Jumaat dulu ... setiba di Dungun
Selamat Datang ke Felda KJ 2
(hati2 dgn lembu2 pd waktu malam)
Bakal wakili negara????
Boleh ke?? He he ...
(Pusat Bowling Mesra Mall) 
Makan adalah wajib ... 
Pantai Paka ...Berangin wooo 
Awas Ombak Besar ... Lari!!
Walaupun percutian ini biasa2 aje, tapi kami bahagia kerana dapat menikmatinya bersama ... 
Amar & Muaz tak komen apa2 sebab mereka dapat apa yg mereka apa mahu.
Main 'bowling' & ke TOYS "R" US ... bersama abang2 & kakak mereka.
Saya? Ayahnya? Rasanya, kami yg paling gembira. Dapat bersama anak2 ...
Bila nak balik ... sedihnya!!! 
Nanti kami datang lagi ... hu hu
InsyaAllah.

15 December 2011

Berubah ...

Melihat Abby Fana berubah (Alhamdulillah ... memakai tudung, menutup aurat), teringat bagaimana saya, macam iklan biskut  'sekejap ada, sekejap tiada', dalam soal bertudung ini. MasyaAllah ...
Sebenarnnya, semasa di Tingkatan 5, saya bertudung setiap masa ke kelas. Ironinya (dek kejahilan saya), semasa aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah, saya pakai skirt (uniform) pula!!! Semasa di ITM, saya memakai tudung, juga semasa ke kelas. Bila aktiviti sukan, tudung melayang entah ke mana. Hipokritnya saya ketika itu ... (Moga Allah SNW ampunkan dosa saya membuka aurat ketika zaman kejahilan/munafik, dan dosa yg juga terpaksa ditanggung oleh kedua ibu bapa saya kerana saya di bawah tanggungan mereka ketika itu ... Aminn). Tahun akhir di ITM, tudung 'hilang' terus ... (Astagfirullah ...).
Bila bekerja, niat bertudung/menutup aurat dgn sempurna terbit kembali, tapi saya takut saya tidak kuat mengekalkan nya, dengan
~ Alasan, saya tidak mahu jadi hipokrit lagi ...
~ Alasan, kalau nak bertudung biarlah dah betul2 sedia & kekal ...
~ Alasan, tunggu kahwin ...
Begitulah saya beralasan! 'Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih'. Masih mahu berdalih2 dgn ketentuan dan hukum Allah SNW. Mujurlah teman2 se pejabat yg bertudung (K.Ani, Marsyitah, Rafeah ... moga Allah SNW merahmati mereka) sentiasa memberi sokongan dan dorongan bila saya luahkan niat hendak bertudung. Mereka nasihatkan saya agar niat sungguh2, niat kerana Allah SNW dan rasul NYA, Muhammad SAW. Period!

Episod menjelang hari memakai tudung ..
Hari pertama ... baju kurung & tudung sudah bergosok rapi. "Esoklah .." bisik hati + takut orang kata
Hari Kedua ... dah cuba pakai tudung, pandang cermin. "Esoklah ..." rasa malu pula menebal dihati
Hari Ketiga ... dah nekad ni. Masa nak pakai tudung dalam bilik air, tiba2 jatuh pula. Basah, tak sempat nak gosok yg lain ... nanti lewat ke pejabat (dlm hati berselangseli 'rasa mujur - rasa sesal')
Hari Keempat ... berjaya ke pejabat dgn imej bertudung. Perasaan ~ gugup + malu. Hari berakhir dgn rasa bangga pada diri sendiri, lebih selamat & terpelihara (itu yg saya rasa). Alhamdulillah ... masing terbayang reaksi pelbagai, rakan2 se pejabat;
"Wah ... ayu lah!"
"Alhamdulilllah ..."
"Eee ... tak panas ke?"
"You nampak tua lah ..."
"Tak sangka .."
"Tunang suruh ke?"
"Rambut tak busuk ke?"
Untuk berubah ke arah yg lebih baik bukanlah mudah, lebih2 lagi ketika itu (1983) memakai tudung adalah sesuatu yg asing & dikaitkan biasanya dengan ustazah, pelajar jurusan agama, hajjah, warga tua !! Maaflah ... tapi itulah realiti ketika itu. Alhamdulillah, dewasa ini, kesedaran bertudung (menutup aurat) jauh lebih baik. Tapi, yg sedihnya ... ramai yg bertudung hari ini tidak menepati konsep menutup aurat. Banyak yg  tersasar pula ... (ini cerita lain). Buat Abby Fana, Cat (Catriona Ross) dan Irma Hasmie, Alhamdulillah .... moga anda semua terus istiqamah memakainya dan menjadi contoh kepada peminat anda, kerana impak dakwah secara tak sedar anda sebagai selebriti sangatlah besar. Moga Allah SNW rahmati dan berkati hijrah kita ke arah kebaikan. InsyaAllah ...

14 December 2011

Kopi ... terima kasih

Hello!! Saya Kopi ...
Dah sebulan saya dengan keluarga yg baik ni (^_^)


Ini abang angkat saya yg hensem & macho, Milo



Mula2 Abang Milo marah saya
Tapi sekarang dah OK. Hari2 kami main bersama
(lepas Mama beri makan laa .. t.kasih Mama)

Terima kasih Muaz & Amar kerana ambil saya yg hodoh ni ..
Malam tu di depan kedai 7E ... tak tahulah nasib adik saya ...
(kami dibuang di situ, dia hilang entah ke mana ...)  
Syukur kerana dapat kasih sayang dari mereka sekeluarga

Ini saya main dengan Abang Milo


Kadang2 saya main sendiri ...


Eeee ... kalau abang Muaz & Amar yg ini balik,
rimas betul, suka buli saya ... 
Nama dia Anas!


Apapun, saya bahagia ...
Terima kasih semua!!!
=^-^=

12 December 2011

Muse ...

Its raining non-stop outside. Maybe 'banjir', the second round, will be here ...
Milo & Kopi, after a hearty breakfast & lengthy grooming session, were chasing each other ...
What a rackets they made ... but,
Its chilly & quiet now, coz the two cats had tire & sleeping in their favourite spots
And the kids are at their grandma's (again!!!), & hubby is at work!!
So, I rummaged through my old diaries, and in the 1979 one, I found this ..... 

If I could hoard the tumbling moments
as my life goes by
I would lock them
and every moments
in time-tight vaults
that every day
I could bask
in the warm glow of yesterdays
and feel again
the naked freshness 
of moment past ...
of used tears ...
and finished laughter ...
That I need never again have to feel sad
on facing the morning after ...
(-_-)

11 December 2011

Rumahtangga 1 - Apakah hala tujunya?

Cuti sekolah maknanya kenduri kahwin, ia seakan sinonim. Semalam, dua rakan saya bergelar ibu mertua ... Seorang dapat menantu lelaki, seorang lagi dapat menantu perempuan. Dan semestinya pengantin baru ini  tak perlu susah2 membeli perkakasan dapur seperti set pinggan mangkuk, barangan elektrik, cawan & gelas serta yg seumpama kerana,  itulah hadiah2 yg paling banyak mereka terima. Jadi, saya pilih beri hadiah yg berbeza, hadiah buku berkaitan alam rumahtangga. Moga2 mereka berdua dapat manafaat darinya, itu doa & pengharapan saya ...
Dulu2, masa saya kahwin ... tidak perlu pergi kursus perkahwinan. Pesan Ayah dan Mak,
"Habiskan belajar dulu, kerja, barulah fikir pasal 'berdua' ..."
Oh ya ... pandai masak & khatam Qur'an juga antara pra syaratnya (perempuan). Bagi jejaka pula, sebaik ada kerja, cukup belanja, dan ada calon pula ... maka, 'dunia ini ana yg punya ...' ha ha!!. Ketika itu, pendidikan mengenai berumahtangga tidak ditekankan sangat. Tetapi, kebanyakan pasangan lama, bahagia hingga ke anak cucu, hingga ke akhir hayat! Kenapa ya????
Mungkin kerana, kami dulu bila kahwin, niatnya ialah 'untuk selama2nya, ...' itu saja. Bak 'wedding vows' omputeh, 'for better or worst, for richer or poorer, in sickness and health, to love & to cherish, until death do us part'. Iaitu, susah senang akan tetap diharungi bersama. Itu pengharapan 'mutual' kami, walaupun tidak dizahirkan dgn kata2, perbuatan melakarkan semua ...
Maka, saat sebuah rumah tangga Muslim terbina, ianya bermakna segala urusan duniawi yg berkaitannya, apabila dilakukan sebagaimana ajaran agama, dgn niat yg baik & ikhlas pula, maka bertaburanlah biji2 ibadah & pahala untuk dikutip & dikumpul bersama. Rugilah mereka2 yg kini bergelar suami atau isteri mensia2kan peluang yg ada ...

 "Dan antara tanda-tandaNya (Allah) ialah Dia (Allah) menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung (tenteram) kepadanya, dan dijadikaNya (Allah) antara kamu perasaan kasih (Mawaddah) dan sayang (Rahmah). Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." - Surah Al Rom, Ayat 21

(kad jemputan kawin kami, yg kami 'design' sendiri 28 tahun lalu ...)
Teringin nak buat kad jemputan 'Ulangtahun Perkahwinan' pula .... (^_^')

09 December 2011

Sura Gate - sentiasa dihati

Semenjak satu2nya anak perempuan kami bekerja di Dungun, dek kerana seringkali ke sana, perasaan ingin kembali menjejaki kampus lama ITM Sura Gate kian terasa (sebelum ini, sesampai di Dungun, ketika dlm perjalanan ke Kuantan,  saya akan minta suami ikut jalan pantai ... mulai Sura Gate & keluar ikut Sura Hujung. Tujuannya, untuk melewati kembali  ITM Dungun, Sura Gate &  memori2 sepanjang 3 tahun di situ, 07/78 - 05/8. Cukuplah memandang hanya dari kereta aje tinggalan kampus itu). Bila suami syorkan saya ziarahi sahaja alma matter saya ini, ianya ibarat 'Pucuk dicita Ulam mendatang'. Bukan tiada keinginan itu, tapi saya takut segala memori suka duka di sana akan terungkai & saya akan lebih terluka dan merindui masa2 yg telah lama berlalu itu... 
Tapi kita ini semakin tua, entah bila lagi peluang sebegini akan tiba. Maka pada 03 Januari 2011,saya dan suami telah ke sana. Pintu utama masuk ke ITM Dungun, Sura Gate dah tiada, mungkin lot kedai 7E itulah tempatnya dulu ... Kami masuk melalui pintu jalan pantai. Pengawal Keselamatan yg bertugas memberitahu bahawa sentiasa ada bekas2 pelajar UiTM Dungun, Sura Gate datang ke sini, seperti saya. Terasa spt rusa masuk kampung, kerana banyak yg berubah. Tetapi saat nampak rumah/hostel pertama saya masih utuh berdiri, sukar untuk digambarkan perasaan ini. Gembira, terharu, tidak percaya pun ada ... silih berganti. Tercegat berdiri bagai terpaku, dan tiba2 memori lama suka duka di sini bagi terungkai satu persatu, berebut2 menerjah keluar tanpa disedari. Disinilah ... situlah ... pot pet pot pet saya tak henti bercerita kepada suami kenangan2 itu seolah2 ianya kini di tayang di depan mata.


Hostel 348H saya ~ semasa semester I & II.
(kini ~ Taska Ulul Albab, Sek. Men. Imtiaz, Dungun)

"Jue, K.Yah, Irah ... ingat lg kejadian malam sblm exam kertas Ekonomi esok harinya? Ha ha ha ... mujur tak terbakar asrama tu. Cuma tilam Jue aje. Gara2 membaca guna lilin kerana sudah lepas masa study. Jue tingkat atas, kalau ikutkan mesti nampak api menjulang dari rumah Pak Guard. Tapi, sebelah bilik kami ialah garaj bas ITM, yg telah melindungi kejadian itu dari diketahui sesiapa, hatta rakan se rumah pun. Kami rahsiakan sebab takut ~ kena marah, kena denda ... Esok paginya kakak senior dr bilik sebelah ada bertanya mcm bau benda terbakar & mengapa bilik kami kecoh sgt semalam, tp kami sudah sepakat 'biar pecah diperut jgn pecah dimulut' ... hehe. Bagaimanapun tembelang kami pecah apabila makcik yg kemas hostel semasa cuti semester terjumpa tilam terbakar yg kami sorok dlm stor!!! Mujurlah kami hanya didenda ganti balik tilam yg terbakar & diberi amaran!!. Masih terbayang2 malam kejadian yg penuh drama tu ... bagaimana Jue terjun dari katil (rasanya sekitar 4 pagi waktu tu) & kejutkan kami. Saya dan Irah mengebas2 tilam terbakar dgn towels masing2 & K.Yah ibarat 'Wonder Girl'  mengangkat baldi besar yg penuh air (mcm x percaya sbb baldi tu besar sungguh!) & berjaya padamkan api itu dari merebak ... lepas itu kami terjelepok tepi dinding, dlm gelap, melayan perasaan gemuruh, takut & lega. Sepanjang kejadian tu tiada sepatah pun kata2 yg keluar dari mulut masing2. Mcm 'silent movie' gitu ...!! Dan kami duduki exam esok harinya mcm zombie (masih terkejut). Mujurlah saya, Irah & K.Yah ... lulus walaupun 'atas pagar', dan Jue terpaksa 'refer' semester berikutnya!"

Hostel 18 ~ Semester III & IV
(kini Rumah Warden Perempuan)


Ditangga inilah kami berposing sakan malam slps exam terakhir semester IV. Malam saya belajar bersolek ... haha. Tepi jendela tu lah letaknya meja study saya ... Di belakang hostel ini ialah surau tempat kami berterawih setiap Ramadhan. Jue, K.Yah, Irah & saya serumah lg. Rakan sekelas Zim, Yot, Dah, Aloha, Mathom, Zaidah , Wati pun ... & seorang junior, Wan Thurayya (budak Trg yg comel sgt!) Moga kalian sihat & bahagia kini . Aarghh ... how I missed you all &  those days! 

Selamat tinggal ITM Sura Gate ...'. Itulah yg saya ucapkan dalam hati, saat meninggalkan tempat yg penuh kenangan ini. Sedih (kerana entah saya dapat kembali lg ke sini), Gembira (kerana impian ke sini saya tercapai jua akhirnya) & Puashati (kerana dapat menjejaki kembali nostalgia lama di sini ...)

Nota:  Banyak bangunan2 asal dah tiada. Pun, bangunan pentadbiran, Hostel 6 (hostel tahun akhir saya), rumah warden, perpustakaan, pejabat Kesatria, antaranya masih tegap berdiri. Tetapi, rumah2/bangunan2 yg masih ada walaupun catnya baru, pun sudah usang, seperti saya juga ... semakin di makan usia. Entah bila akan rebah semuanya ... Bangunan2 kayu ini yg asalnya kuarters pekerja sebuah syarikat bijih besi, kemudian ITM Dungun, Sura Gate (1975 - 1998) sblm berrpindah ke kampus sendiri di Sura Hujung (kami panggil Sura Point) & terkini,  Sek.Men. Imtiaz Dungun. 

07 December 2011

Bila nak gi jalan2 ??

Walaupun cuti sekolah dah lama bermula, kami masih belum berkesempatan membawa Amar & Muaz jalan2 ... Cuti2 Malaysia. Kita merancang, tapi Allah SNW yg menentukan. Asyik ada aje halangan & rintangan. Pujuk mereka yg Allah SNW nak beri yg 'best' sekali. Jadi kena sabar dulu ya Amar & Muaz.
SABAR ITU PAHIT TAPI BUAHNYA MANIS!!
Sekurang2nya Amar dah belajar satu peribahasa cuti ni ... hehe
Apapun, mari kita saksikan kegembiraan mereka berdua bila bercuti ...





(Nampak tak Muaz & kakaknya belakang plak Memorial tu?)


Itu sebahagiannya ...

Bila anak2 dah besar (i.e. abang2 & kakak mereka), susahnya nak berjalan2 satu keluarga macam dulu2. Yg boleh dilakukan bila 'revisited' tempat2 yg pernah dilawati dulu2 hanyalah bercerita, bercerita & bercerita  dgn penuh nostalgia pada Amar & Muaz. Suka pulak mereka berdua mendengar cerita abang2 & kakak mereka masa dulu2 ... & kami pun tak pernah jemu untuk 'flashbacks, flashbacks & flashbacks' selagi ada 'request'!!! 

06 December 2011

Kek Karot Seadanya ...

Kek kegemaran saya ... Kek Karot Secret Recipe!!!
Tapi saya perlu ke KB utk membelinya jika setiap kali teringin nak makannya.
Hmmm ... hanya untuk beli 2 - 3 keping kek tu (yg agak mahal hanya utk memenihi keinginan saya, lainlah kalau mengidam ... haha), tak berbaloi rasanya.
Lagipun, hanya saya sorang aje yg sukakannya!! (Anak2 suka Kek Coklat. Hubby? Kek Buah. Manakala Kek Marble kesukaan semua!!).
Hmmm ... Maka dgn berpandukan resepi2 yg saya kumpul sekian lama, saya 'improvise' lagi (suka sangat 'modified' resepi orang!!). Bukan apa, nak resepi yg paling 'simple' utk membuatnya tetapi sedappp ...
Lagipun, dah lama saya ingin mencuba membuat sendiri kek ini. Semalam, cuba lagi (cubaan2 sebelumnya tidak menepati citarasa saya) dan inilah hasilnya ( kalau ada 'topping cream cheese' lagi sedap, tapi tak der stok 'cream cheese' pula dalam peti ais utk tujuan itu ...).


Siapa2 yg ingin cuba, silakan' dan tambah/kurangkan bahan2 yg perlu ikut kesesuaian/citarasa masing2. Inilah resepi Kek Karot saya ....
KEK KAROT SEADANYA

2 biji telur (sederhana)
3/4 cawan minyak jagung
75 gm gula perang
75 gm gula kaster
1 - 11/2 cawan karot parut (perah air sedikit)
1/2 cawan pisang lecek (pastikan yg masak ranum)
50 gm walnut (cincang) *
2 susu makan susu segar/cair (saya tambah sendiri) *

Ayak Bersama:
125 gm tepung gandum
3/4 sudu teh baking powder
3/4 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam halus

1. Panaskan oven 170 C - 180 C.
2. Satukan minyak jagung & telur. Kacau sebati.
3. Masukkan telur, satu persatu & kacau sebati.
4. Masukkan bahan2 ayak, karot, walnut. Kacau rata.
5. Tuang ke dalam acuan kek/roti dan bakar +/- 45 minit atau sehingga kek masak.

Nota: 
* tak wajib, boleh ganti dgn gajus/badam 
~ Boleh juga tambah bahan2 berikut - 
1/2 cawan @ kismis/nanas potong kiub
50 gm kurma cincang
1/4 sudu teh serbuk kayu manis

p.s. Seperti kari, kek karot/buah akan jadi lebih sedap selepas sehari ... 
(^_^)
SELAMAT MENCUBA
(tak cuba tak tahu, dah cuba ... saya tahu) 
Saya boleh!!!

05 December 2011

Ibarat Sekolah ...

Saya sedang membaca sebuah buku lama yg bertajuknya 'Rumah - Tangga Bahagia'. Buku ini adalah terjemahan dari buku "HAPPINESS for HUSBANDS and WIVES" karangan Harold Shryock, M.A., M.D. (tokoh ilmu 'anatomy' yg terkenal di Amerika Syarikat pada masa itu & merupakan Pensyarah & Ketua Penyelidik diMaktab Perubatan Lorna Linda, California, AS).
Buku ini dicetak & diterbitkan oleh MALAYAN SIGNS PRESS, Singapura. Tahun penerbitan tidak pula tentera, tetapi ada tandatangan Ayah bertarikh 06/02/1963 (mungkin hari dia beli). 
Antara petikan kata penerbit dlm ejaan Bahasa Melayu lama:
Terjemahannya buku ini kedalam bahasa Kebangsaan adalah berchorak bebas (free translation) tanpa lari daripada tujuannya, dan kandongannya disesuaikan dgn suasana, chorak  kehidupan pendudok & iklim Daerah Melayu Raya.


Saya belum khatam lagi buku ini, tetapi saya dapati ianya sebuah buku yg sangat menarik. Saya juga jenis yg bila baca buku, akan baca bab awal & bab akhir dulu. Kemudian barulah saya baca keseluruhannya. Suratkhabar pun begitu juga ... baca muka depan, pastu muka belakang, baru yg lain2. Mungkin buku ini juga macam buku "Men Are From Mars, Women Are From Venus" ... kita 'wait & see ok!'.
Sebuah perenggan pada bab akhir buku ini; Bab XXII Tetap Bahagia; membuat saya berfikir panjang ...
Saya petik sebagaimana kata2 & ejaan asalnya;

Sa-bagaimana telah berulang-ulang di-sebutkan bahwa kebahagiaan perkahwinan itu bukan-lah untok masa muda sahaja, akan tetapi ia-itu ada-lah untok sa-umor hidup. Maka sekali-kali jangan-lah suami-isteri merasa tiada penting lagi memelihara kebahagiaan perhubongan rumah tangga mereka bilamana telah tua dan tanggong-jawab terhadap anak-anak telah mereka laksanakan, bahkan sa-harus-nya lebeh lagi mereka itu mesti berhati-hati daripada di-masa muda-nya. Sa-umpama bersekolah, mereka itu dalam hidup berumah tangga telah meningkat derjah yang tertinggi, bagaimana sedeh-nya nanti bilamana dalam pepereksaan yang terakhir itu mereke tidak lulus. Sia-sia segala usaha dan pengorbanan mereka yang sudah-sudah, dan anak-anak serta chuchu-chuchu mereka turut merasa hina dan malu. Jadi kebahagiaan perkahwinan itu harus di-pelihara sampai maut datang memisahkan kedua suami-isteri itu.

 "Bangsa adalah kumpulan rumah2-tangga. Kemuliaan sesuatu bangsa bergantong kepada kebahagiaan rumah2-tangganya."
 Dr. Mohammad Hatta

02 December 2011

Rindu ...

"Rindu itu adalah,
Anugerah dari Allah, 
Insan yg berhati nurani, 
Punyai rasa rindu ..."
(antara lirik nasyid Hijjaz - Rindu)

Semenjak cuti sekolah bermula, Amar & Muaz berada dikampung nenek mereka
Bukan mereka berdua aje ... sepupu2 mereka dari Kuantan juga ada sama ...
Dini, Asyraff, Syasya & Huda ... baya mereka
Mesti riuh rendah rumah Mak ... dapur pun tak berhentilah berasap (kata2 zaman dulu ...)
Dan setiap hari yg berlalu ... membuaklah rasa rindu saya pada mereka
Telefon sudah .... tapi rindu masih membara!!
Lalu saya kenangkan gelagat2 mereka yg menghiburkan saya ... 'feeling' kata omputeh!
Yang terkini, Amar dah mula rajin membasuh pinggannya sendiri (macam abangnya, Muaz)
Tapi ... Amar akan mewar-warkan hasil kerjanya, setiap kali ... begini;
"Mama! Tengok! Bersih menciutkan!!" sambil menggayakan aksi spt Chef Wan dalam iklan pencuci pinggan.
Ha ha ha ... tak sangka aksi Chef Wan begitu mengesankan Amar.
Chef Wan rupanya masih mampu menarik peminat dari generasi Z.
Terima kasih banyak2 Chef Wan ...