Hidup ini sentiasa berdepan dengan pilihan. Pilihan nak pergi ke tidak, nak beli yg itu ke yg ini, dan macam2 lagi. Tapi, bila berdepan dengan pilihan yg melibatkan masa depan, kerjaya & keluarga ... Membuat pilihan menjadi begitu sukar & memeningkan. Mungkin juga menakutkan ... kerana takut tersalah pilih.
Tapi ... sekiranya kita sandarkan pertimbangan kita itu pada Allah. Memohon kepadaNya agar diberi ilham supaya dapat membuat pilihan yg paling baik, InsyaAllah ... apa jua pilihan yang dibuat nanti, buatlah dengan sepenuh keyakinan bahawa, "Inilah yg terbaik buat kita ... selepas segala pertimbangan ... selepas mengadu padaNYA".
Itulah yang saya lakukan setiapkali berdepan dgn masaalah membuat pilihan. Selepas itu, saya akan melangkah dengan penuh yakin dan apa jua yg berlaku selepas itu, adalah ketentuanNYA. Saya hanya perlu buat & usaha sebaik mungkin!!
Sepanjang 52 tahun kehidupan saya ini ... berikut adalah peristiwa2 yg saya anggap begitu signifikan dan kadangkala ada juga saya fikir, apakah jika saya ambil keputusan yg sebaliknya ... bagaimanakah hasilnya kini??? (MasyaAllah ... saya tahu "Berkalau2" itu tidak elok, tapi kadang2 fikir juga. Bukannya menyesal dgn pilihan yg dibuat cuma 'terfikir'! He he ..)
1) Tingkatan 6 atau ITM
~ saya pilih ITM kerana saya rasa Ting.6 Sains teramat susah, nak2 Add Maths (mmg KO) dan,
~ ramai kawan2 pilih ke U atau ITM
2) Sambung belajar atau Terus Kerja
~ saya tolak tawaran sambung Ijazah di ITM, Shah Alam kerana belum disahkan dalam jawatan (baru kerja). Kalau nak belajar lagi, maknanya kena berhenti kerja. Sayang $$$, lagipun saya dah niat nak balas jasa ibu bapa serta tolong adik2.
3) Tempahan bekalkan 200 bungkus nasi berlauk setiap pagi - Terima atau Tidak!
~ saya tolak kerana >> saya dah kerja, ada anak kecil & mengandung anak ke 2 (tgh mabuk2)
~ saya tiada peralatan utk menampung tempahan sebegitu banyak, setakat 20 bungkus bolehlah!
(p.s. maklumat disebarkan oleh kawan suami yg setiap pg order nasi berlauk dr saya. Mula2 saya bekalkan utk suami aje, dari sebungkus jd 3, esoknya 6 ... pastu naik 10 bungkus. Saya seronok .. tp bila kena bekal 200 bungkus??!! Hmm .. bila fikir balik, kalau saya terima tawaran tu, berhenti kerja & hanya buat nasi berlauk kat KL tu ... tentu dah kaya raya skrg. Uhuk ... Uhk ...)
4) Ke Pej. Hutan, JPJ atau Pej. Kewangan Negeri (semua di Kuantan)
~ inilah pilihan 3 jabatan yg ditawarkan kepada saya semasa saya minta tukar ke Pahang.
~ saya pilih yg akhir
(sebenarnya kawan2 pejabat lama yg pilih utk saya - dgn alasan pejabat inilah paling sesuai dgn prinsip & peribadi saya??!!). Pilihan yg tepat! Terimakasih kawan2 terutamanya En. Hamzah & En. Rosdi (di manakah mereka berdua skrg?? yg pastinya dah pencen ...).
5) Tunggu 40 atau Berhenti Kerja Sekarang
~ Suami ditukarkan ke Kelantan. Semakan senarai pertukaran bg jawatan saya ke Kelantan menunjukkan saya digiliran ke 16 .... saya andaikan pada no begini, saya kena tunggu sampai pencen baru boleh tukar!
~ jika saya pilih berhenti kerja pd usia 40 (i.e. opsyen pencen 40), saya perlu bertahan dgn 4 orang anak ( yg 1 & 2 dlm fasa meningkat remaja), bekerja & buat segala2nya sendiri bg tempoh 4 tahun lg ... satu situasi yg menyeramkan!
~ maka saya dgn nekadnya pilih berhenti kerja!
(tanpa pencen stlh > 13 thn berkhidmat, tanpa ada $$$ sendiri lagi ... dan paling seram, kemungkinan suami berubah hati ... huhu).
Mengimbau pilihan2 yg telah saya buat, saya pasrah dan puashati dengan pilihan saya itu. Yang paling berbaloi ialah pilihan yang akhir ... berhenti kerja demi keluarga. Melihat anak2 membesar di depan mata! Walaupun ada juga sedikit terkilan ~ bab sambung belajar ~ tapi saya redha. Saya yakin Allah kurniakan rezeki saya setakat Diploma sahaja, sebab sudah 3X saya usaha sambung belajar, iaitu:-
~ sebaik selepas Diploma, saya dpt tempat di Ohio University, USA. TOEFL dan lulus, saya duduki peperiksaan biasiswa, pun lulus. Tapi bukan rezeki saya, surat menyatakan saya dapat biasiwa itu lewat seminggu, tiada rayuan kerana tempat terhad! Berkecailah harapan saya, & hanya putih mata melihat rakan2 ke sana.
~ yg saya nyatakan di 2 di atas.
~ selepas disahkan dlm jawatan, saya memohon melanjutkan pelajaran ke UKM. Permohonan berjaya! Selepas itu, usaha urus dapatkan macam2 biasisiwa, ditolak. Usaha dapatkan macam2 pinjaman, juga ditolak. Bagaimana mungkin saya sambung belajar tanpa dana tambahan (utk yuran, buku2 & sara hidup - tambang etc) kerana saya kena cuti tanpa gaji, suami pun lulusan Diploma juga (ketika itu), anak dah nak masuk 3 (sdg mengandung anak ke 3), adik2 masih belajar, dan duduk di KL. Saya tangguhkan kemasukan setahun, dgn harapan dapat usahakan biasiswa/pinjaman. Hinggalah tamat tempoh lanjutan, pun tiada berita baik, maka dengan berat hati saya lepaskan niat untuk belajar lagi!! Rezeki belajar saya hanyalah setakat ini. Saya sudah berusaha. Saya yakin DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat saya. Maka saya redha!!
(p.s. suami pulak sambung belajar, bila keluar tawaran pengajian luar kampus. Masa tu saya dah berhenti kerja. Suami pun hampir 'give-up' kerana beban kerja, $$$ dan faktor masa + umur. Alhamdulillah ... rezeki dia & kami, berjaya dapat genggam ijazah dan capai cita2nya utk jadi seorang Jurutera. Skrg tgh usaha jadi Jurutera Professional. )
Dan saya? Saya yakin dengan Sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud;
"Wanita yang tinggal dirumah bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama-samaku didalam syurga"
Apa lagi yang saya inginkan?
Inilah pilihan saya ... untuk menjadi hamba, isteri, anak dan ibu yang solehah.
InsyaAllah!