Masa mengandungkan anak ke 3,
saya tinggal dgn budak2 bujang ... di Kg Baru.
(Sebab suami kena `transfer' ke K.Terengganu & anak2 .... kami hantar ke kampung, nenek mereka jaga!)
`Housemates' saya suka masak & salah satu kegemaran kami petang2,
sambil menonton `OSHIN' & kemudiannya `MAN IN THE NET' ....
ialah Jemput2 Susu ~ kiut, putih & manis macam tuannya
(dah x ingat nama & kerja kat mana masa tu ... huhu!)
Sebab terlalu sukakannya, saya minta resepi darinya.
Kini, ianya juga kegemaran anak2 ~ dari yg sulong hingga si bongsu.
Jemput2 ini jugalah pernah ...
menjadi makanan malam anak2 yg masih kecil,
ketika kami betul2 `muflis' ...
& terlalu malu utk pinjam duit dari sedara mara maupun rakan2 ...
(masa tu masih muda & ego pun tinggi, lg pun dua2 kerja pegawai ... malu!!)
Suatu ketika yg betul2 menyedarkan kami erti SUSAH,
erti LAPAR mereka2 yg tidak bernasib baik,
erti PENGORBANAN ... erti ZUHUD!!!
Kerana itulah saya ingin berkongsi resepi yg mudah,
tetapi sedap, mengenyangkan
dan amat bermakna buat kami!!
Terima kasih juga buat teman saya itu ...
Dan resepinya:
JEMPUT2 SUSU
100 gm tepung gandum (ayak)
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
secubit garam
air secukupnya
Gaul semua bahan hingga sebati.
Tudung & rehatkan 15 - 20 minit.
Panaskan minyak di atas api kecil.
Guna sudu teh (agar jemput2 kiut-miut) utk
masukkan adunan ke dalam minyak
(jgn banyak/padat sangat, nanti kurang garing)
Balikkan & bila timbul, balikkan sekali lagi
Biar sebentar & angkat.
(p.s.: jemput2 sepatutnya warna putih susu & bukan `golden', jd jgn goreng lama2!!
guna api kecil sebab susu mudah hangus!!)
Jgn lupa baca Basmallah masa mula2 nak buat - tip utk sedapkan makanan & dapat keberkatan!