Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

05 May 2011

Kejar Mengejar ....

Lama dah tak main kejar mengejar
Tapi kali ni bukan kejar orang, tapi kejar bas!!
Tiket catit, bas bertolak 8.30 pagi .. Biasanya dari pekan RP
Anggaran kami pukul 9.00 pagi sampailah pekan PM.
Baru pukul 8.10 pagi ... relax la!!
Tapi, kali ni kami silap ... 
"Hello? Ini syarikat bas S ke? Boleh tahu pukul berapa sampai pekan PM?"
"Haa !! ... 8.30 tu dari PM?"
Apa lagi ... cuba bayangkan aksi dalam filem `Charlie Chaplin'
Gitulah kami ... cuma beza kami ada suara !!!
Hahahaha ... sekarang rasa kelakar, tapi masa tu masing-masing macam nak telan orang!!
Nak jadikan cerita .. 5 minit nak sampai, jalan pula tutup ..
Keretapi nak lalu ... huhu!!
Sebaik sampai stesyen ... bas yang nak dinaiki berlalu depan mata
Putih mata semua memandang ... terkedu sekejap!
Sekali lagi kelamkabut ... 
"Kejar bas tu ... !!!"
"Hello? ... kami terlepas bas S di pekan PM, boleh tahu pekan mana pula bas ni berhenti?"
"Ya!! .. tolong jangan jual `seat' tu, kami nak naik kat pekan TM, beritahu drebar ye!!"
"Hello? ... kami di pekan TM, bas berhenti kat mana?"
"Haa?!! ... tak berhenti di sini, berhenti pekan M? Padang bola. Wokeh ... kami ke sana!!"
Gitulah kami hari tu ... berkejar pula ke pekan M,  .. konvoi 2 kereta.
Yang belakang ikut je .. kejap2 telefon, konfius kenapa asyik tukar `bearing'??
Apapun,
Alhamdulillah ... kami sampai sebelum bas S sampai ... sempatlah melepas lelah!!
Lega bila bas S sampai dan anak menantu selamat menaikinya.
Dah selamat sampai KL pun ...
Agak2 berapa saman ekor kami dapat hari tu ? Huhu ...
(Terasa macam dalam ~Amazing Race~ pulak ... Haha)

Pengajaran: Sediakan Payung Sebelum Hujan !!



No comments: