Nak cerita pasal HUJAN hari ni. Ehh ... bukan kumpulan HUJAN yg popular dgn lagu2 'Bila Aku Sudah Tiada', 'Pagi Yg Gelap', 'Ku Mahu Kau Tahu' tu (sedapkan lagu2 diaorang) tapi hujan yg saya maksudkan di sini ialah titisan-titisan air yg turun dari langit. Haa ... hujan yg buat kita berlari kerana takut basah. Hujan yg buat saya berlari tinggalkan cerita "Boys Over Flower" sebab teringat kain kat jemuran. Hujan yg mengingatkan saya lagu Allahyarham Sudirman, "Hujan yg turun bagaikan mutiara .....", lentuk habis kalau dengar masa hujan tengah turun (sambil `feeling' kat jendela ..) Haha ... bukan kes `frust' tapi kadang2 bagus jugak rasa lepaskan apa-apa yg sesak kat dada cara ni!! `Release tension' kata omputih (lain orang lain caranya).
Tiba-tiba rasa nak bercakap pasal hujan, bukan apa, kan sekarang ni cuaca tak menentu. Pagi hingga tengahari, mak oii ... `panas cering' kata oghe Kelate (panas terik la tu ..). Petang atau malam, biasanya hujan, petir dan kadang2 ribut. Musim tauke2 `aircond' senyum meleret ..!!
Petang semalam hujan lagi. Masa tu kami dikampung kawan, kenduri kahwin anak dia (cuti sekolah = kenduri kahwin). Terkandas sekejap di sana dek hujan lebat. Suasana hujan di kampung itu mengundang memori masa kecil2 dulu. `Main hujan' setiap kali hujan turun. Perkara biasa & macam pesta pulak sebab boleh dikatakan semua kanak2 kampung akan keluar `main hujan'. Main kejar2, mandi kat `celore'(saluran air dari atap rumah) rasa macam mandi bawah air terjun, dan `berkubang' dalam lopak air. Zaman dulu biasanya di bawah `celore' akan diletakkan `gelen'/bekas besar untuk menadah air hujan (yg akan digunakan nanti untuk menyiram bunga/sayuran*). Itulah tempat kami berlatih menyelam setiap kali hujan ... nanti kat sungai boleh `show-off' kepakaran menyelam!! Ahh .. sungguh bahagia kehidupan masa tu ... Sekarang, toksah nak mimpi nak biarkan anak2 buat macam tu.
"Mama, nak mandi hujan!"
"Tak payah! ... nanti demam"
Satu senario yang tipikal masa kini, lebih2 lagi kalau tinggal di kawasan perumahan di bandar. Mesti kena label `tak sayang anak' kalau beri anak2 `main hujan'. Anak2 sekarang kita manjakan sangat, itu bila kena hujan sikit, demam 2 - 3 hari. Tapi ... tak boleh salahkan ibubapa juga. Sebabnya air hujan sekarang tidaklah se `pure' air hujan dulu2. Silap haribulan, dahlah demam, satu badan gatal2 pulak!! Rasanya air hujan kat bandar2 besar tu tak lulus kualiti air JAS (Jabatan Alam Sekitar) untuk di minum secara `direct'.
Serius sikit:
Akibat dari pencemaran udara yg semakin serius, maka air hujan pun turut tercemar dengan gas-gas dari kenderaan, kilang, pembakaran terbuka & kadang2 debu dari letusan gunung berapi maupun kimia berbahaya seperti kebocoran dari loji nuklear diFukushima akibat tsunami baru2 ini. Inilah yg dikatakan hujan asid. Walaupun kajian menunjukkan hujan tercemar mempunyai PH antara 2 - 4, lebih kurang sama dgn PH jus limau nipis dan cuka, maknanya tiada kesan semasa. Tetapi kesan jangka panjang amat merisaukan. Air hujan yg tercemar akan meresap ke bumi dan mengalir ke dalam punca2 air yang seterusnya akan menyebabkan kandungan nutrien dalam tanah/air terjejas. Maka seluruh ekosistem akan turut menerima akibat apabila sumber utama air/makanan yg tercemar.
Fakta:
Buah dari pokok yg ditanam di tepi rumah dengan pokok yg di tanam dikebun ditepi hutan berbeza dari segi saiz & rasa.
Bangunan2 juga turut terjejas akibat hujan asid (contohnya Taj Mahal), inikan pula kita.
Bayangkan akibat dari pencemaran yang berlarutan,
terhadap tumbuhan, haiwan dan seterusnya kita manusia!!
Renungkanlah.
* Orang dulu2 dah lama amal konsep `rain harvesting'.
** Hujan juga menyebabkan saya terpaksa berkongsi satu payung (yg dipinjamkan oleh kawan saya yg `sporting') dgn si dia di suatu petang (yg tiba2 hujan) semasa dia menghantar kiriman dari ibu saya semasa dia balik kampung (kami sekampung) di stesyen bas Kelang (awal 80an ) ... kini dia suami saya. Romantik kan!
"RAIN DROPS KEEP FALLING ON MY HEAD ...... lalala ..."
2 comments:
hehehe.... ^_^ nok mandi uje plok tibo2~
mcm kat Bkt.Setongkol ko?? :D
Post a Comment