Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

24 May 2011

Buli ... Buli balik??

Buli ialah sebahagian dari alam persekolahan. Kat mana2 ada pembuli & yg dibuli
Biasanya pembuli ini ;
- berbadan besar
- ber`geng'
- bermasalah dlm pembelajaran/dirumah
& yg di`buli' biasaya ..
- berbadan kecil
- budak baru
- suka bersendirian/kaki buku
-`old school' (dulu2 kitaorg gelar `belia')
-ada kelebihan (pandai/`pet' guru/cantik/kaya ....)


Dan anak2 saya juga tidak ketinggalan, menjadi MANGSA PEMBULI!! Dari yg pertama, hinggalah yg bongsu. Bagaimanpun, anak2 tidak lg dibuli setelah;


Yg pertama - dpt BLACK BELT teakwando!
Yg kedua - minta kebenaran kami nak tumbuk balik `pembuli'!! 
(`of course' kami larang** walaupun dlm hati ..." gomo kelate gomo!!! hehe")
** rasanya pembuli tu kena sbb lps tu senyap jer pasal kena buli ....
Yg ketiga - tak der kes kena buli (sbb perempuan, pastu garang pulak tu ...)
Yg keempat - peramah & pandai mengambil hati & baik dgn guru2
(walaupun mula2 pindah sek ada kena `warning' sikit2 tp `settle' selepas jd Ketua Kelas)

Yg kelima - masih kena buli sbb `kecil'. Minta dia bersabar & jgn lawan balik sbb bila baligh***, `confirm' pembuli tu duduk bawah ketiak dia (mcm abang2nya dulu jugak...)
*** kes lambat baligh, (biasanya bg keluaga WH lps ting.3), lps tu kwn2 jd `kenit': HA!HA!HA!
Yg keenam, BONGSU (manja la ...) - Jadi asyik kena buli!!


"Mama! Budak yg buli adik tu memang besar & gengster kat kelas adik!!"
"Mama!! budak lain pun dia belasah jugak!!"
(bahasa budak2..hmm)
"Mama, td budak kelas lain tolak adik!!"
"Mama, girl A tulis surat I LUV U & beri kat girl B,
 pastu kata adik tulis. Girl B tu tampar adik, cakap adik `gelenyar (gatal)' .." sob!sob!
"Mama!! cikgu malas doh nak dengar benda2 ni ..."
"Pengawas pun sama ..."


MAMA: semestinya perasaan KESIAN, MARAH, GERAM!!! bercampuraduk tapi ... tak nak ajar anak balas balik. Tu kira 2 X 5 dgn pembuli la...!! Jadi kepada Yg keenam, saya;
1) ajar doa pendinding utk di amalkan setiap pg 
2) adik beritahu pembuli, berdosa buli/fitnah orang! 
3) tunjukkan kepakaran adik dlm melukis & hadiah kat kawan2 yg tak buli adik. Mesti dia jeles! Kalau dia suruh lukis kat dia, beri syarat: JGN BULI SAYA LAGI!! baru saya lukis BEN10, TRANSFORMER, ULTRAMAN & BOBOBOY kat awak!!


# Bagi Yg keenam, `so far so good' ... ketiga-tiga saranan di atas berjaya membuahkan hasil. Budak yg selalu buli dia kini peminat setia lukisan `adik' & girl A sudah minta maaf dgn `adik', girl B pun!!


# Bagi Yg kelima, susah sikit sbb sek.menengah ... pastu kawan sekelas; malas nak ngadu sbb dia salah satu dr hanya 6 budak lelaki dlm kelas dia yg berjumlah 30 org, dia sebenarnya ok cuma musim2 tertentu aje (dia beritahu selalu kena buli kat abg2 dia) & bulinya taklah serius sgt., dia boleh sabar/tahan lagi!!

ANAK-ANAKKU, MOGA MENJADI INSAN BERGUNA
KEPADA AGAMA, KELUARGA & NEGARA!
AMIINN ..... 

Ingat pesan Rasulullah s.a.w. yg bermaksud:
"Sesiapa yg memperbaiki hubunganya dgn Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubunganynya dengan manusia"
(Hadis riwayat al-Hakim)

4 comments:

Wan Meiji said...

hahaha..... mama ingat lg sumo ni. thx mama sbb take care all of us mase kitrg tgh mbesar. LOVE U SO MUCH

muhaini said...

huhu ... rasa mcm mama yg kena buli!! (~_~)

Unknown said...

lucky anak2 mama n ayoh semua pandai melukis ^__^

muhaini said...

t.kasih! gene arwah tok wan mengalir ke anak cucu!!