Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

24 May 2011

AMAR - budak yg suka t.kasih


"Mama, t.kasih buat adik roti, susu, milo!"
"Mama, t.kasih buat bekal kat adik!"
"Mama, t.kasih buat penkek. Lazat!!"
"Mama, t.kasih buat adik jemput pisang kegemaran adik!"
"Mama, t.kasih gosok baju adik!"


"Ayoh, terima kasih baiki rantai basikal adik!" 
"Ayoh, terima kasih belanja adik McD (^_^)" 

"Ayoh, terima kasih hantar adik & bebe sekolah!" 

"Ayoh, terima kasih beli bola kat adik!"
"Ayoh, terima kasih main badminton dengan adik!"

"Terima kasih" yg sinonim dengan Amar, anak bongsu berusia 8 tahun!! (Apakah kerana semasa mengandungkannya** saya sentiasa mengamalkan doa-doa ini?)

 Surah Al-A'raf ,ayat 189 -agar dikurniakan zuriat yg baik & bersyukur 
serta doa;

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didlm perutku, & sihatkanlah dia. 
Engkaulah yg menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yg tidak meninggalkan penyakit. 
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yg berada didlm perutku dgn rupa yg baik & tetapkanlah kedlm hatinya iman kpd Engkau & kepada RasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dr perutku dgn mudah & selamat.
Ya Allah, jadikan dia sihat yg sempurna, berakal & pandai, alim & beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkan badannya & baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya utk membaca Al-Qur'an & hadis dgn berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagimu Ya Allah, tuhan semesta alam"

Nota: 
** Semasa mengandungkannya, saya berusia 43 tahun. Risau yg amat sepanjang tempuh itu kerana memikirkan risiko ke atas kandungan akibat mengandung di usia lewat. Lantas, doa2 yg tak putus kpd Allah agar bayi dlm kandungan sihat, selamat & tidak cacat. Alhamdulillah!! Allah makbulkan doa saya.






Adik & Bebe (2005)

"Tak nak t.kasih dgn Bebe sbb tak bagi adik main game!!!"






No comments: