Hanya pada Raya Korban ajelah dapat merasa dapat daging percuma. Buka sedikit woo ... berkilo2. Mama time Raya Korban ni memang pastikan freezer 3/4 kosong ... gerenti penuh lepas tu dgn daging dan tulang lembu, hehe (^_^). Itu yang seronoknya tinggal diKelantan, dan tak heranlahlah dari pagi hingga petang raya tu, kejap2 ada je jiran, saudaramara, budak2 datang rumah hantar daging korban. Ibarat tukar2 daging korban gitu sebab boleh katakan setiap rumah pasti ada yg buat korban, sekurang2nya satu bahagian. Cam rumah Mak Mertua Mama, tumbang sekor lembu tiap2 tahun ... bahagian anak menantu aje. Belum lagi cucu, cicit, ciat (anak cicit Mak) yg berjumlah 130 orang (and counting ... hehe). Kalau semua pakat nak korban, naiya ... sapalah nak uruskannya. Sekor pun hampir tengahari baru selesai .. huhu. Sebab itulah kena ambil giliran nak korban, kena booking awal!! Antara aksi kerja2 melapah daging korban ...
Kesian anak2 Mama (yg tengah tu anak sedara) kena proses yg eeeiiiuuw ... haha |
Dan sinonim juga dengan Raya Korban diKelantan ni, pastinya bermula tengahari hingga malam, bahkan keesokan harinya pun ... ada saja jemputan2 makan. Menu utama ... apalagi kalau bukan daging!!! Gulai, kerutuk, singgang, kerabu, air asam, kerabu, goreng, bakar ... antara resipi utama. Memang meriah sunggoh suasana ditempat korban ... diluar rumah kaum Adam sibuk melapah daging. Dalam rumah pula, kaum Hawa sibuk mengupas bawang halia dan masak nasinya. Pastu gotongroyong masak ... kalau keluarga besar, macam kenduri rasanya. Masak kat luar ... periuk besar, kawah gulai semua keluar. Dan kalau malas nak masak, bahagi2kanlah aje daging tu. Simpan sikit buat makan dan tunggu orang jemput makan ... hehehe (^_~)!! Ni bukan kempen atau promosi atau gimik ya. Ia realiti dan kalau nak merasa, kenalah datang sendiri ke Kelantan untuk lihatnya.
Berbalik pada Mama ... maaf, panjang pulak intro ... (-_-'), sebab orang Kelantan kurang gemar masak rendang time raya, dan ianya faberet Mama. Kenalah masak sendiri ... kebetulan ada lagi ketupat palas yg bakal besan Mama beri (lebihan Muaz dan Ayahnya makan cicah nise (gula melaka) cair). Mama tambah pulut kukus ... just in case tak cukup! Hehe ... Jom kita lihat resipi rendang yg Mama selalu buat.
RENDANG DAGING
Bahan-bahannya:
1 kg daging - potong ikut suka
3 cawan pati santan
Air secukupnya utk empukkan daging
Bahan2 kisar;
3 btg serai
6 cm halia
6 cm lengkuas
7 biji bawang merah
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
12 tangkai cili kering (tambah jika suka pedas)
Bahan2 lain;
10 helai daun limau purut/ 3 helai daun kunyit
2 - 3 kpg asam gelugor
kerisek (Mama tak guna ..)
garam gula secukup rasa
1. Masukkan daging, santan, air dan bahan2 kisar kedalam periuk.
2. Masak hingga mendidih - kacau sekali sekala.
3. Masukkan bahan2 lain dan masak lagi hingga daging empuk
dan santan pekat. Kecilkan sedikit api dan biarkan agar daging mesra
dgn perencah. Masak hingga agak kering dan pecah minyak. Angkat.
PULUT KUKUS (tanpa santan)
1/2 kg beras pulut
2 kpg asam gelugor
1 helai daun pandan
1. Cuci beras pulut dan rendam 2 - 3 jam bersama asam gelugor.
(Mama rendam semalaman. Jika mahu kuning, gaulkan sedikit kunyit debu)
2. Toskan beras pulut dan panaskan air kukusan.
3. Alas kukusan dgn kain net, letak beras pulut ... ratakan agar sekata masak.
Guntingkan daun pandan ke atasnya.
4. Kukus 15 - 20 minit.
5. Angkat, buang daun pandan dan tuang pulut ke dalam besen.
Renjis2kan air dan kacau agar sebati. Renjis air lagi, kacau ..
ulang hingga pulut nampak agak basah. Tuang 1 sudu makan minyak
masak, kacau rata agar pulut tak melekat bila masak
6. Kembalikan pulut ke dalam kukusan dan kukus lagi 15 - 20 minit
(atau wap keluar). Angkat dan sedia untuk dihidang.
p.s. jika pulut masih tak berapa masak, ulang proses 5 & 6 tanpa
perlu masukkan minyak lagi hingga puashati pulut masak elok!
Mama tak gunakan santan sebab rendang tu dah guna santan pekat, taklah muak dan yg penting ... nak kurangkan kolestrol. Dah berusia ni ... kena beringat sangat. Ni pun kira dah langgar arahan doktor 2X ... 1) Jangan makan daging, dan 2) Elakkan guna santan dlm masakan ... huhu. Maap lah Puan Doktor, hamba tak tahan dugaan raya ... lepas ni hamba pantang. Sunggoh!!
~ Sendiri buat sendiri tanggungla ... agaknya itulah jawapan Puan Doktor .. huhu (~_~')
p.s. Hubby suka makan pulut + kelapa parut gaul garam + ikan kering goreng. Cam arwah Abah (Al-Fatihah).