Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

04 November 2023

Boikot

Cerita boikot ni dah lama
Ia bermusim ...
Ia juga ibarat 'panas2 tah! ayam'
Ia juga ada benarnya bak kata mantan PM kita  ... 'Melayu mudah lupa!'
Gini la  ....
Apa yg tak perlu dlm senarai harian, mingguan, bulanan hatta tahunan kita  ...
Apa yg rasa waswas/syubhah ...
Apa yg tak jejas dan memudaratkan kalu tak makan/guna/pakai/pergi ...
Ada solusi/produk lain yang boleh gantinya ...
Maka  ...
Abaikan! Tukar! Ganti!
Tepuk dada, tanya selera (fulus juga).
Ia jihad dengan diri sendiri sebenarnya. Melawan keinginan dan nafsu!!
Memang payah  ... pun ia pilihan diri sendiri.
Jangan buat kerana orang buat!
Jangan boikot sebab orang boikot!
Buat sebab kita tahu, mampu dan mahu.
Biarlah sekecil mana pun. Asal berterusan.
Lillahhi Ta'ala ...

Btw  ....

Yang Mama hangin/frust/geram satu je.
Tiap kali ada kempen boikot kan  ....
ROKOK/ VAPE yg jelas difatwakan HARAM mengapa tak masuk dalam senarai boikot?!!!
🤔





31 October 2023

My heart is heavy and broken

Theirs  ... only Allah knows

But Allah said  ...

'He doesn't burden a soul more than it can bear'

Allahu akbar 

These people of the blessed land

They really have unwavering faith and trust in Allah's decree

They are the strongest ummah

The best of people, blessed and choosen to protect Al Aqsa

O Allah  ...

Help and protect them

Ease their pain and suffering

Grant the souls of fallen Palestinian matyr and the highest Jannah

Hasbunallah wanikmal wakil 

Nikmal maula wanikman nasir

😭🤲💌

15 October 2023

Reverse Bucket Lists

When you're past 60, having a Bucket Lists motivates you. But looking back, it also helps to list down your life achievements, the opposite of Bucket List. A reminder you did good.

 .... the Reverse Bucket Lists!!

So here goes my life achievements prior age 60 (me choose to start from college life, because this is where I start having my 'target list').

1. Beat M, I, R (the top students in my class) and achieved a Dean's List.

2. Support my sibblings in their studies.

3. Became a Scrabble Champion at my office, have my name engraved on the championship trophy for that year, and beating the English speaking seniors was an accomplishment indeed. I was 24 then.

(p s. I'm from a Malay medium school but starts playing Scrabble at the age of 10 and read the Children's Encyclopedia at my English teacher's  house. Later I started reading the dictionary 🤣, then move on to the Reader's Digest). 

4. Received 'Anugerah Perkhidmatan Cemerlang' twice and bestowed a 'PKT' medal by the Sultan of Pahang in 1993. (Do your very best and honesty is my working policy).

5. Family comes first. Stopped working at the age of 37.

6. A Hajjah at the age of 44.

7. A mother-in-law at the age 50.

8. A grandmother at the age of 56.

9. A home in a good neighbourhood.

Guess, the above achievements are plausible enough for me. I'm a simple person, with simple needs.

A Bucket Lists?!!

Insyaallah   ... 🤲💪😊

Receiving my 'pingat' from Tengku Mahkota Pahang (then).
Baginda is now Yang Di-Pertuan Agong ke 16)


21 September 2023

Just because ...

Just because  ...

Today  ... me didn't push the rice cooker 'cook' button

Yesterday  ... me boiled fish became grilled fish

The day before  ... me remember washing dirty laundry in the morning. Why is the hanger empty at 3.00 pm?

Oppss!! 😅😅. 

Guess these are parts of the over sixty-packages.

p.s. The kids are worried, especially the 'yesterday' occurrence which happened often. Time to invest in pot with timer for my 'ike rebus' 😁 


20 September 2023

Mr. Cool ... its ok not to be ok

Yesterday morning, around 10 am, Mr Cool (my fifth son, who just started working July this year) called his father. Telling him he's not feeling well and asking his dad to recommend a doctor.
Alhamdulillah,  just mild flu and cough plus slight fever. The doctor asked him whether he wants one day or two days MC (Medical Leave).
Mr Cool said, an MC for today would be OK!
When he told me about it, as a mom I spontaneously said, he should have asked for 2 days MC. Its your right because you're not well.
You know what Mr Cool told me?
"Mama! I just need to take the given medication and rest. One day is enough."
(Dalam hati, "Muaz, Muaz  ... ada orang sanggup beli MC nak!").
I didn't say it loud because as former worker, I'm proud of him. Proud for putting his job as top priority and not taking advantage.

p.s. Mr Cool looks ok when he left for work this morning.
Still needs to take his medicines.
And Mama thinks sometimes its ok not being ok or cool my dear son.

Moga anak2 Mama sentiasa dalam perlindunganNya. Aamiinn ❤️

14 September 2023

Mata ...

Sejak awal tahun perasan mata macam tak terang fokusnya  ... dua2; jauh dan membaca; terutama mata sebelah kanan. Tak selesa jika lama2 fokus pada satu2 aktiviti  ... membaca, tengok henpon, tengok tv, tengok pemandangan ... itu antaranya. Satu lagi, 'floaters' juga makin ketara.

Pagi semalam, ke Rosmadi Optometrist dipekan kami. Buat pemeriksaan mata dan saraf. Saraf dan salur darah sekitar mata ... OK. 'Floaters' pula tidaklah serius dan disebabkan oleh faktor penuaan, bukan sebab lain. Alhamdulillah. 

Cuma  ... 'power' kacamata naik lagi, terutama sebelah kanan. Patut la  ... 'Power' membaca dan 'Astigmatism' juga naik, sedikit!!! 

Masaalah pertama  ... tempoh siap kacamata untuk 'lens' dan 'power' baru ialah SEMINGGU!. Maka berkira2 lah Mama samaada nak buat kacamata baru (maknanya 'frame' baru) atau guna yg sediaada. Jika guna yg sediaada, maknanya tak ke mana2 la jawabmya seminggu tu. Mustahil  .... haha!! 

Masaalah kedua  ... biasanya untuk buat kacamata baru, 'lens' akan lebih mahal dari 'frame' sebab nak yg ringan, anti calar, anti silau, anti biru, auto gelap bila tengah panas  .... fuhhh!! Napok gayo kena tunggu pencen Ayahnya masuk dulu lah 😅

p.s. layanan ke dua2 staff sangat  professional dan baik.  Mama dan Ayahnya memang 'regular customers' mereka.

24 July 2023

Tak menjadi

Begitulah  ....

Bila lama tak mem'baking' *, kek cawan yang dibuat untuk program baca Yaasin Persatuan Hawa taman kami Jumaat lepas tak berapa menjadi. 

Program pukul 3 petang. Pukul 1.30 baru kelam kabut nak buat! Sebab konsep 'potluck'. Mula2 ingat nak beli jerr. Hari Jumaat, kueh2 cepat habis bila pergi lambat dan nak kuantiti banyak. Itu yang 'U-turn' buat sendiri. 

Begitulah juga dengan aktiviti persatuan. Program2 yang dibuat selalunya kurang meriah kehadirannya. Majlis kali ini pun sama  ... muka sama. Yang prihatin akan maklum dalam grup wassap persatuan tak dapat hadir. 

Husnuzon pesan Pengerusi. Sebab cuti hujung minggu di sini. Tentu masing2 ada hal yang tak dapat dielakkan dan lebih utama  ...

Tugas kita sebagai AJK, buat aktiviti demi ukhwah dan kebajikan hawa taman ini. Kita dipilih, maka jalankan tugas seikhlas hati. Siapa hadir dan tidak hadir  ... itu pilihan masing2. Kita sudah laksanakan sebaik mungkin amanah yang diberi. Selebihnya serah pada Allah snw.

Itulah ceritanya bila berpesatuan. Selaku salah sorang AJK, lelah terubat bila aktiviti/program yang direncana berjaya dan dapat sambutan. 'Down' jugak lah bila sambutan tidak seberapa. Tapi bila ingat pesan Pengerusi  ... Insyaallah akan usahakan selagi khidmat diperlukan, selagi daya  ...


antara yg hadir ... tuan rumah yg berdiri tu.

Ini pula antara juadah jamuan hari tu. Mi kari dan nasi himpit serta air, tuan rumah yang sedia. Ahli2 pula bawa kek, kueh mueh.


Yang dijangka hadir dalam 30 orang. Yang hadir separuh aje. Maka dapatlah tapau balik aneka juadah yang berlebihan 😅. 

p.s. * maaf campur aduk BM dan BI, Manglish dan orang Malaysia berpisah tiada. Alasan menyedapkan hati sendiri.

13 July 2023

Tikus Baiki Labu

Hadoiii! Lucu la sangat  ...

Malu pun ye 🫣

Al kisahnya  ...

3 hari lepas, terdapat gangguan 'wifi' diseluruh daerah Mokcik ni.

Tapi keesokan harinya, gangguan dah pun dibaikpulih sepenuhnya (sumber dari jiran2 sekitar).

Yang hairannya, Rumah Biasa2 kami masih tak ok!

Yang terjejas  ... Amar! Mr Cool! (sejenis yang bercakap, ketawa, nepik sorang2 malam2 buta sampai 2, 3 pagi dalam bilik masing2 depe laptop.

p.s. .... rata2 melalui temubual Mokcik dan geng2, itulah gaya hidup budak2 sekarang!! Kalau zaman dulu la  .... dah di cop tak betul sebab cakap sorang2 malam2 😅😅  ... kannn!)

Mokcik ada la jugak terpalit. Neflix!! 🤭.

Back to the story.

Ayahnya pun hubungilah talian aduan wifi berkenaan, buat laporan semalam.

Pagi ni (sebentar tadi), datanglah 2 orang 'technicians'. Tak sampai 5 minit, dia dah berjaya 'on' balik servis wifi tu. 

Tahu apa yang dia betulkan?

Dia lihat belakang 'router' wifi tu, zapp! zapp!, tekan butang tepi tu. Wallaa!! Siap! Berkelip2 comei lampu wifi tu. 

Sambil dia tilik belakang 'router' tu, dia tanya, 

"Mokcik ada buat cubaan baiki sendiri ke?"

"Ada! Mokcik suruh anak cabut 'wires' kat belakang tu, 'on' 'off' dan 'try n error'. Tak jadi jugak, Mokcik suruh dia 'restore' balik ke tempat asal".

"Oorrr! Silap cucuk jerr Mokcik. Saya dah betulkan! 2 minit lagi, ok la"

Mama ketawa, dia pun ketawa!! 

Haha! Huhu!!!

🥴🫣😅

Itu jerrr. Hadoii!!

Akibat memandai sendiri, 2 hari takder wifi.

Bila ditanya berapa caj? Dia cakap tak apa! Terima kasih laa anak oiii (kalau dia 'goreng' dan minta bayaran, bukan pun Mokcik tahu).

Moga bertambah murah rezeki. Aamiinn 🤲.

Itulah kisah hari ini.

Pengajarannya: 

Jangan cuba nak memandai2  dan jadi seperti tikus membaiki labu  .... 🫣





05 July 2023

HOBI

Melukis, antara aktiviti masa lapang Mama dari kecil. Arwah Ayah lah yang memupuk kesukaan ini. Dia suka melukis, dan 4/6 adik beradik Mama suka melukis.

Pun, ia menjadi tidak relevan bila mula bekerja, berkeluarga dan sering berpindah randah.  Tolong anak-anak dalam subjek Lukisan mereka, itu sahaja.

Wabak Covid 19 dan PKP mengubah segala. Dek tidak banyak pergerakan luar dan aktiviti terhad, medsos (FB, IG) menjadi tumpuan. Maka hobi yang sekian lama terpendam, tercungkil kembali  .... Melukis dan jahitan sulaman!!

Alatan yang terperok dalam simpanan dicari. Sukanya masih ada lagi. Benang DMC memang tak jejas kualiti. Seingat Mama sisa dari tahun 80an dan yang dibeli diPasar Karat Ipoh (2007), ketika menetap di sana (RM0.50 selembar benang dijual. Mama borong sedozen 😅 sebab memang mahal kalau beli dikedai 'embroidery').

Bila minat, usia bukan penghalang. Walau hasil cuma biasa2, hati gembira dan puas. Tenang pun ya. 'Me Time' dan terapi diri cara Mama.

Ini antara hasilnya;

Sulaman:


Lukisan:



p.s. ini pula dilukis oleh bongsu Mama. Mama 'kidnap' dari status wassap dia.  'Deep' makna dan mesej tu  ...






01 July 2023

Tuai hasil

Nanas  ... antara buah2an kegemaran warga Rumah Biasa2.

Kebiasaannya, bila buah yang dibeli, elok dan manis leting isinya  ... jambul nanas akan ditanam sekitar ruang yang ada dikeliling rumah.

Depan, kiri, kanan, belakang rumah  ... akan ada kelibat pokok nanas 😁.

Lepas tanam, biar je gitu. Siram bila perlu. Baja? Seingat Mama la  ... tak pernah! Tapi ada la sekali sekali letak sisa sayur, kulit bawang, kulit telur dan daun2 kering sekitar. Omputeh kata 'mulching'. Rasanya lah.

Biasanya dalam 2, 3 tahun dapatlah hasilnya. Lambat nanas ni nak rasa hasilnya. Tapi memang berbaloi  ... bangga semacam bila tuai dan makan buah hasil tanam sendiri 🤭😅.

Minggu lepas merasa nanas yang ditanam Amar, sibongsu, sekitar tahun 2020. Bulan Februari tahun ni empat pokok keluar putik.

Buah nanas pokok yang depan rumah, tepi pagar  ... hilang tanpa kesan. Masa tu kami ke Kuantan. Balik2 tengok tinggal pokok aje. Buah entah ke mana. Nak kata tupai, berat weh nak diangkut sebiji macam tu. Kalau makan, pasti ada kesan atau sisa kulit bertaburan. Kami niat sedekah, dah bukan rezeki kami. 

Dua biji ni, Alhamdulillah rezeki kami. Manis sunggoh. Syukur. Dan, dah pun ditanam semula jambul2 tu  ... kata member, nanas Md2 sebab lihat daun2 tak ada duri. 

Jadi tinggal sepohon je lagi. Rasanya minggu depan dah boleh ambil sebab dah nampak sedikit warna kekuningan.

Masa PKP buat batas khas untuk pokok2 nanas. Yang depan tu tanam 2021/2022. Yang belakang tu, tahun 2023. 

Ada terbaca, nak nanas berbuah cepat, tabur penggalak nanas pada perdu daun masa pokok berusia sekitar 6 bulan. Tak rugi mencuba kan  .... 🤔


p.s. Hari ni 01 hb Julai, genap 8 tahun cucu sulung doter Mama.

SANAH HELWAH HILMAN. MOGA JADI ANAK YG SOLEH DAN BERJASA. AAMIINN.  🎉🎂😘😘😘 

26 June 2023

Hiatus

Assalamualaikum.
Back again after 20 months hiatus 🥲.
A lot happened since then ...

- We finally moved into the endemic phase after the scary Covid 19 Pandemic. Alhamdulillah. 
- 15th GE and a new PM.
- My Mr. Cool finally graduated and will start working soon 🥰.
- Welcoming our 9th grandson, Umar, who turns 1 on the 6th of June this year.
- Celebrating Eids and life as usuals 😁.

And of course  .... realising that me and my other half are not getting any younger. After sixty, we noticed that with each passing year, there's a significant difference/change in term if physical wellbeing and health.
I tell you  ....
A mere task of moving a few potted plants/pruning branches/moving lawns/even 'dukung cucu' (examples), is enough to render yours truly reeking with 'minyak angin whatsoever' during bedtime. Mind you, even with that precautions, you'll still wake-up the next day aching and crammed all over 🤣🫢 (p.s. it sometimes lasted for days). Aigooo!
And being forgetful, sometimes!! ... can be very scary and frustrating (no jokes).
Bearing that in mind, Mokcik decided that the hiatus for this blog is over.
While she is still sound and able 😅, the memories and stories should be put here.
For remembrance and reference.
Her passage of time.
Insyaallah.


Pic. While waiting for today's 'date with doctor'!

p.s. Jotting down every appointments,  invitations, events on the whiteboard is a must ... ('tu pun ada jugak kadang2 yg terlepas pandang' 😪)