Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

24 July 2023

Tak menjadi

Begitulah  ....

Bila lama tak mem'baking' *, kek cawan yang dibuat untuk program baca Yaasin Persatuan Hawa taman kami Jumaat lepas tak berapa menjadi. 

Program pukul 3 petang. Pukul 1.30 baru kelam kabut nak buat! Sebab konsep 'potluck'. Mula2 ingat nak beli jerr. Hari Jumaat, kueh2 cepat habis bila pergi lambat dan nak kuantiti banyak. Itu yang 'U-turn' buat sendiri. 

Begitulah juga dengan aktiviti persatuan. Program2 yang dibuat selalunya kurang meriah kehadirannya. Majlis kali ini pun sama  ... muka sama. Yang prihatin akan maklum dalam grup wassap persatuan tak dapat hadir. 

Husnuzon pesan Pengerusi. Sebab cuti hujung minggu di sini. Tentu masing2 ada hal yang tak dapat dielakkan dan lebih utama  ...

Tugas kita sebagai AJK, buat aktiviti demi ukhwah dan kebajikan hawa taman ini. Kita dipilih, maka jalankan tugas seikhlas hati. Siapa hadir dan tidak hadir  ... itu pilihan masing2. Kita sudah laksanakan sebaik mungkin amanah yang diberi. Selebihnya serah pada Allah snw.

Itulah ceritanya bila berpesatuan. Selaku salah sorang AJK, lelah terubat bila aktiviti/program yang direncana berjaya dan dapat sambutan. 'Down' jugak lah bila sambutan tidak seberapa. Tapi bila ingat pesan Pengerusi  ... Insyaallah akan usahakan selagi khidmat diperlukan, selagi daya  ...


antara yg hadir ... tuan rumah yg berdiri tu.

Ini pula antara juadah jamuan hari tu. Mi kari dan nasi himpit serta air, tuan rumah yang sedia. Ahli2 pula bawa kek, kueh mueh.


Yang dijangka hadir dalam 30 orang. Yang hadir separuh aje. Maka dapatlah tapau balik aneka juadah yang berlebihan 😅. 

p.s. * maaf campur aduk BM dan BI, Manglish dan orang Malaysia berpisah tiada. Alasan menyedapkan hati sendiri.

No comments: