Nanas ... antara buah2an kegemaran warga Rumah Biasa2.
Kebiasaannya, bila buah yang dibeli, elok dan manis leting isinya ... jambul nanas akan ditanam sekitar ruang yang ada dikeliling rumah.
Depan, kiri, kanan, belakang rumah ... akan ada kelibat pokok nanas π.
Lepas tanam, biar je gitu. Siram bila perlu. Baja? Seingat Mama la ... tak pernah! Tapi ada la sekali sekali letak sisa sayur, kulit bawang, kulit telur dan daun2 kering sekitar. Omputeh kata 'mulching'. Rasanya lah.
Biasanya dalam 2, 3 tahun dapatlah hasilnya. Lambat nanas ni nak rasa hasilnya. Tapi memang berbaloi ... bangga semacam bila tuai dan makan buah hasil tanam sendiri π€π .
Minggu lepas merasa nanas yang ditanam Amar, sibongsu, sekitar tahun 2020. Bulan Februari tahun ni empat pokok keluar putik.
Buah nanas pokok yang depan rumah, tepi pagar ... hilang tanpa kesan. Masa tu kami ke Kuantan. Balik2 tengok tinggal pokok aje. Buah entah ke mana. Nak kata tupai, berat weh nak diangkut sebiji macam tu. Kalau makan, pasti ada kesan atau sisa kulit bertaburan. Kami niat sedekah, dah bukan rezeki kami.
Dua biji ni, Alhamdulillah rezeki kami. Manis sunggoh. Syukur. Dan, dah pun ditanam semula jambul2 tu ... kata member, nanas Md2 sebab lihat daun2 tak ada duri.
Jadi tinggal sepohon je lagi. Rasanya minggu depan dah boleh ambil sebab dah nampak sedikit warna kekuningan.
Masa PKP buat batas khas untuk pokok2 nanas. Yang depan tu tanam 2021/2022. Yang belakang tu, tahun 2023.
Ada terbaca, nak nanas berbuah cepat, tabur penggalak nanas pada perdu daun masa pokok berusia sekitar 6 bulan. Tak rugi mencuba kan .... π€
p.s. Hari ni 01 hb Julai, genap 8 tahun cucu sulung doter Mama.
SANAH HELWAH HILMAN. MOGA JADI ANAK YG SOLEH DAN BERJASA. AAMIINN. πππππ
No comments:
Post a Comment