Melukis, antara aktiviti masa lapang Mama dari kecil. Arwah Ayah lah yang memupuk kesukaan ini. Dia suka melukis, dan 4/6 adik beradik Mama suka melukis.
Pun, ia menjadi tidak relevan bila mula bekerja, berkeluarga dan sering berpindah randah. Tolong anak-anak dalam subjek Lukisan mereka, itu sahaja.
Wabak Covid 19 dan PKP mengubah segala. Dek tidak banyak pergerakan luar dan aktiviti terhad, medsos (FB, IG) menjadi tumpuan. Maka hobi yang sekian lama terpendam, tercungkil kembali .... Melukis dan jahitan sulaman!!
Alatan yang terperok dalam simpanan dicari. Sukanya masih ada lagi. Benang DMC memang tak jejas kualiti. Seingat Mama sisa dari tahun 80an dan yang dibeli diPasar Karat Ipoh (2007), ketika menetap di sana (RM0.50 selembar benang dijual. Mama borong sedozen 😅 sebab memang mahal kalau beli dikedai 'embroidery').
Bila minat, usia bukan penghalang. Walau hasil cuma biasa2, hati gembira dan puas. Tenang pun ya. 'Me Time' dan terapi diri cara Mama.
Ini antara hasilnya;
Sulaman:
No comments:
Post a Comment