Sejak awal tahun perasan mata macam tak terang fokusnya ... dua2; jauh dan membaca; terutama mata sebelah kanan. Tak selesa jika lama2 fokus pada satu2 aktiviti ... membaca, tengok henpon, tengok tv, tengok pemandangan ... itu antaranya. Satu lagi, 'floaters' juga makin ketara.
Pagi semalam, ke Rosmadi Optometrist dipekan kami. Buat pemeriksaan mata dan saraf. Saraf dan salur darah sekitar mata ... OK. 'Floaters' pula tidaklah serius dan disebabkan oleh faktor penuaan, bukan sebab lain. Alhamdulillah.
Cuma ... 'power' kacamata naik lagi, terutama sebelah kanan. Patut la ... 'Power' membaca dan 'Astigmatism' juga naik, sedikit!!!
Masaalah pertama ... tempoh siap kacamata untuk 'lens' dan 'power' baru ialah SEMINGGU!. Maka berkira2 lah Mama samaada nak buat kacamata baru (maknanya 'frame' baru) atau guna yg sediaada. Jika guna yg sediaada, maknanya tak ke mana2 la jawabmya seminggu tu. Mustahil .... haha!!
Masaalah kedua ... biasanya untuk buat kacamata baru, 'lens' akan lebih mahal dari 'frame' sebab nak yg ringan, anti calar, anti silau, anti biru, auto gelap bila tengah panas .... fuhhh!! Napok gayo kena tunggu pencen Ayahnya masuk dulu lah 😅
p.s. layanan ke dua2 staff sangat professional dan baik. Mama dan Ayahnya memang 'regular customers' mereka.
No comments:
Post a Comment