Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

31 May 2013

Di Pulau Pinang ...

Kenduri ...
Kenduri sepupunya Mama diadakan diKompleks Sukan Balik Pulau. Tempat yg strategik kerana suasana yg nyaman dan luas serta ample parking ... Memandangkan sepupu Mama ni dilahirkan, membesar, bersekolah, bekerja dan berkeluarga di sini ... maka tetamu yg berkunjung dari awal, jam 12 pagi hingga jam 4 ptg (kami bergerak ke Seb.Perai time tu), tak putus2. Full house ... Melayu, Cina, India dll .... semua ada! Mesra ... Satu pemandangan yg sinonim dgn P.Pinang  ...
Mak Mama ... dialah yg paling seronoknya. Dapat jumpa sanak sedara serta rakan2 lama ... Dia, bila mai Penang, teruih transform, sebaik menaiki bas, Rabu lepas ... cakap Penang!! Dan dah sampai sana, lagilah. Jadi orang Penang semula .... lupa loghat Kelate, gebang tak ingat anak cucu .... Amar pun terpinga2 bila neneknya speaking Penang dgn dia ... haha. Biaq pi lah Amar ... asal Mok bahagia. (^_^)
Mok, kakak2nya & pengantin

DiSeberang Jaya, kami terus ke Sunway Carnival ... tak mau Amar dan Muaz rasa cam takder maknanya ke P.Pinang kali ni ... tak gi mana2. Of coz ... mereka terus tuju Toy'R'us ... layan ajelah while Ayahnya round2 cari hotel penginapan area situ! Yup!! Seperti dijangka ... fullhouse! So, naik kereta terjah aje dari satu hotel ke satu hotel .. lagi! (  ... yg mahal, 5 bintang cam bazir pulak ... nak tidur jerr ... ) dan dlm hati tak putus2 doa agar ada tempat tidur malam ni ... Alhamdulillah, kul 8 mlm, dapat last room kat Lodge 18, depan Dewan Ahmad Badawi. The 2 guys had a blast in the bathtub ... ala2 swimim pool ... mandi manda. Haha ... Kami dinner kat gerai area TESCO, sedap!!! (p.s.  Mmg makanan panas kat Penang ni sentiasa penuh pinggan ker? Bihun sup, nasi goreng tu ... gaya utk 2 org ... apapun, habis sbb lapar yg amat! Burrpp!! ... Alhamdulillah!)

Otw balik Kelate ....

Seawal 8 pagi dah checkout. Was caught in thus sea of green bikers! (Note: found out from Star 29/05/13 ...  its Go Green  Bicycle Campaign sempena Customer Month ... aiming to promote healthy living n cleaner environment. Mama LIKES!)


Kami breakfast roti canai n mee goreng mamak + teh tarik di Restoren Nasi Kandar Nashmir, Bandar Perda, Bukit Mertajam. Then ke Nash Donut & Bakery ... dimana donutnya ala2 Dunkin Donuts atau Big Apple ... buat bekalan nanti. Mak oii! Berpinar mata nak pilih perasa apa ... haha. Bila buka atas kereta ... aduii! yg coklat yg banyaknya (xder hadiah teka siapa yg pilihnya ... huhu). Apasal la Mama x pilih yg perasa durian tu ...
Perjalanan pulang yg santai ... walaupun kenderaan banyak didua2 hala. Alhamdulillah selamat sampai waktu magrib di Rumah Biasa2 kami setelah berhenti sana n situ, kerap kali ... utk longgarkan sendi2 yg mudah nak jem kalu duduk/berdiri berlama2  ... huhu. Tiba2 rindu nak jalan2 lagi  ....
... RnR Puncak Titiwangsa ... tak jemu singgahinya. MasyaAllah, terasa bagai dipuncak dunia ...


30 May 2013

Ke Pulau Pinang ...

Sebaik cuti sekolah bermula  ... kami sekeluarga menghala ke utara.
Sepupu Mama  kat Balik Pulau  .... tempat pertama ... membuka tirai kenduri kendara .... yg sememangnya sinonim dgn cuti sekolah!
Semenjak berpindah ke Kelantan (dari P.Pinang tahun 2009), inilah trip  sulung ke sana  .... ia mengundang seribu nostalgia ...
Konon nak bertolak awal pagi ... kul 11.00 baru flag-off (kira pagi jgk ... selagi blm tgh ... huhu). Sebaik melepasi pekan Jeli dan memasuki lebuhraya timur-barat, sikecik nak terkucil lakkk. Berhenti entah apa nama tempatnya utk ..... (tst), hanya kami disitu. Best jugak! Udara yg nyaman dan air yg jernih dan sejuk  ....
Sepanjang perjalanan merentasi Banjaran Titiwangsa, kenderaan punyalah banyak  ... bertali arus! Ngupenye bukan kami saja pembuka tirai jalan2 cuti sekolah. Hehe!
Kami singgah makan diKepala Batas ... pastu ke sekolah lama Muaz jap. Memori setahun di sini. Berkejar nak elak waktu orang kluar pejabat ... ngam2 sbb lps tu berderet kereta Q di jeti feri.
Menaiki feri ke pulau. Dari jauh nampak kereta2 bergerak perlahan dari kedua2 hala di atas Jambatan Pulau Pinang (cam info trafik pulak ... ) (^_^)

Kami rancang ke Balik Pulau melalui Feringgi, terperangkap dlm jem yg amat sebaik masuki jalan bandar menghala ke sana. Berhenti tanya polis yg ada di mana2, rupanya sambutan Wesak! Semua jalan bandar tutup  ... nasihati kami ambil jalan tengah (melalui USM) utk ke sana. Sesat lagi sebab banyak dah berubah dlm tempoh 4 tahun kami tinggalkan P.Pinang. Dah jam 5.30 ptg, terus singgah solat kat masjid USM. Sempat tengok majlis akad nikah pasangan Melayu dgn India Muslim. Wow! Amar tanya ... orang India (sbb rata2 diorang speaking Tamil) boleh masuk masjid ke? His first brush with Malysian multi-racial and inter-marriage. Glad coming here  .. Amar n Muaz learned a lot about MUHIBBAH! 1MALAYSIA!

Mula2 kononnya tak nak susahkan sepupu yg sure sibuk giler dgn urusan majlis kenduri (been there, so faham sangat) ... cari homestay/penginapan kat pekan Balik Pulau ... kehulu kehilir, hingga jam 10.00 mlm. Tu pun lepas tanyakan jemaah masjid tempat singgah solat dan gerai tempat kami makan. Tapi semua tempat yg kami pergi/call  .... dah penuh! Fully booked! Aduii! Kami dah penat yg amat (maklum dah lebihi 5 siri), Amar asyik tanya bila nak sampai  ... huhu. Ya Allah! Permudahkanlah dan bantulah kami cari penginapan malam ni  .... itu sajalah yg mampu doa. Tiba2 Sepupu call, tanya kat mana? Bila terpaksa beritahu situasi kami, dia pun cakap nak beritahu ada satu homestay yg dia booked, available, sbb satu rombongan pengantin lelaki tak jadi datang. Alhamdulillah!!! Lega yg amat  ... kebetulan adik Mama sekeluarga dari KL (yg dah lama tak jumpa) pun tercari2 tempat menginap. Itulah percaturan Allah snw .... yg tak terduga dek akal manusia. Hilang penat Amar dan Muaz bila jumpa sepupu2 mereka .... entah pukul berapa tidur, xtau ... sbb Mama yg penat gilerr dah zzzzzzz.
p.s. pengajaran ... laen kali kalu nak round2 musim cuti sekolah, booking penginapan awai2 no! Huhu  ... Tqvm sepupu ... (memang kena kutuk sakan kat dia, nak booking cakap xyah! Mujur ada mujur! Haha ...)
Wokeh! Setop sini dulu. Dah berjela N3 kali ni ... cam balas dendam lama tak on9 jer .... hihi



23 May 2013

Sabarlah Sahabat ku ....

Berat mata memandang .... berat lagi bahu yg memikulnya ....
Begitulah ibaratnya apa yg sedang dilalui sahabat Mama ....
Hati ibu mana yg tidak resah gelisah, cemas dan sedih, melihat anak yg dikasihi terlantar diwad ICU ... dlm keadaan koma pula ... 
Hati nenek mana yg tidak hiba dan luruh, melihat cucu yg dilahirkan sempurna ... namun setitik susu ibu belum dirasainya ... tiada dakapan, belaian dan ciuman mesra darinya ....
Hati suami mana yg tidak keruan ... melihat tulang sulbinya .... terlantar, tidak bersuara .... bagai puteri beradu lena ...
"Bangunlah nak .... ini mumi!"
"Ummi ... bangunlah Ummi! Adik nangis nak susu!"
"Sayang! I miss you ...."
... 4 hari sudah berlalu .... dia masih begitu .... kritikal di ICU ....
Komplikasi selepas lahirkan anak ke 2
Mama turut rasakan debaran, kesedihan dan pengharapan sahabat Mama, yg juga teman blogger, Hani , Aku kah Itu? 
Lalu, Mama mohon sesiapa juga yg membaca N3 ini, agar dapatlah kiranya doakan Saidatul Hafeeza, anak sahabat Mama ini agar sembuh segera. Hanya inilah yg mampu Mama bantu  ... doa, memohon pertolongan Allah SNW ... meraih belas ehsan dariNya ... sbgaimana firman Allah yg bermaksud;

"Berdoalah kepada Ku maka Aku akan perkenankan." (Al-Mukmin: 60)

Kita tidak tahu doa siapakah yg akan dimakbulkanNya ... kita berusaha, Dia jualah yg menentukannya. InsyaAllah makbul. Amiin ... Jika ada kelapangan, hadiahkanlah juga bacaan Yaassin buatnya ... 

" Ya Allah! Hilangkan penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sembuhan yg tidak meninggalkan sebarang penyakit. " - doa dlm hadis yg dinyatakan oleh Imam Tirmizi.

Meroti ... pertama kali

Roti  ... memang dah lama idam nak buatnyo. Jeles betui kalu tengok bloggers yg sukses dlm hal roti meroti nih!! (Aiseh! Bahasa loghat camca marba hari ni  ... dah hagin cam tu hari ni, biaq pi lah no  ... p.s. kes esok nak ke utara, kenduri kendara dah bermula ... haha)
Koleksi resipi roti xsah kira banyaknya  ... tapi nak mencuba, TAKUT!! Takut x menjadi .... Memandangkan esok nak bercuti 2 - 3 hari, dan tepung roti yg Mama beli minggu lepas belum terusik lagi (dulu pernah sekali beli, konon2 nak buat roti ... last2 berulat tepung tu ... huhu). So, pagi tadi nekad nak menguli ... apa nak jadi, jadilah!! Mama jumpa resipi yg amat sehati sejiwa dgn Mama yg bukan expert memasak ni ... very simple and no fuss resipi!!! Dan, watdouno (hihi) ... MENJADI ROTI PERTAMA KALI MAMA NI!!! Tu yg nak tayang sedunia ... hari ni juga ... ROTI MAMA! tadaa ....!!!





OK! Mama snap gambar roti ni guna tab, sbb tu nampak x yummy!  (salahkan tab lak ... )




Dgn gunakan sebijik sukatan resipi Puan Rafidah dari blognya di sini, RBR Bakery Mama dapat sediakan 3 jenis roti
- roti sosej, roti cheese dan roti garlic.
... abaikan rupa roti yg xberseni tu & yg sedikit terhangit. Maklumlah 1st timer ... huhu



p.s. lain kali Mama kena kurangkan sukatan gula sbb agak manis utk roti guna sosej n garlic spread yg kebetulan ada lebihan dlm petiais. Kalau utk buat bun manis, ok dah sukatan tu.

Memandangkan Pn. Rafidah tak nyatakan suhu dan tempoh bakarnya, Mama pun rujuklah pada blogger yg tak kurang hebatnya, Pn. NoorMasri dari blognya Dapur Digital. Roti2 yg dia buat, woh! Sunggoh mengancam ... idea roti garlic dan cheese tu juga dari blog dia. Mama amik suhu 180 C, dan tempoh bakar 15 - 20 minit.

Terima kasih banyak2 buat Pn. Rafidah dan NoorMasri atas ilmu meroti. Pastinya akan buat lagi  ...

22 May 2013

Bawang Putih, Bawang Merah ...

Ni bukan nak cerita pasal filem Bawang Putih, Bawang Merah  ... filem klasik terbitan tahun 1959 tu  ... yg cam Cinderella Malaysia tu ... (suka cerita tu sbb akhirnya yg baik dibalas baik: Bawang Putih dapat kawin dgn Putera Raja, dan ibu dan adik tirinya, Bawang Merah yg jahat dan dengki ... mujur Bawang Putih ampunkan, sbb Putera dah murka kerna tipu dia ...)
Sebenarnya nak tayang bawang putih dan bawang merah yg Mama tanam ...
Wordless Wednesday kan!! Hehehe ....



Hmmm! Wondering whether garlic shoots @ daun bawang putih taste as good as spring onions @ daun bawang??!!

p.s. ni update Misi 5A Amar ... so far dah 3A ... not bad! Alhamdulillah .... (^_^)

20 May 2013

The story of kindness ...

A lady was walking out of a shopping complex ... empty handed ... for she was only window-shopping ... one of her favourite way to de-stress, usually after a hard difficult day at work. She always did this before going home ... a 1/2 hour theraphy that works and helped her to face her family with renewed zest!
However, that evening ... while she was about to cross the complex busy entrance road ... which was smack infront of the complex exit-door ... Seeing a car was approaching quite fast, thus she stalled ... to let it pass. Suddenly, out of nowhere, one cute little chinese girl, maybe about 3 or 4 ... gleefully running stray from her parents or maid, whatever ... straight into the oncoming car! For sure the driver won't be able to see the little girl until its too late  ... Unthinkingly, the lady crossed the street just infront of the little girl ... thingking, I'm bigger, taller ... sure the driver can see one! (Huhu ... ) And out of the corner of her eyes, she saw a young man, scooping the girl into his hand ... also in-time ... as the car screeched to a halting stop ... in-time to avoid knocking the crazy lady!
"Woi! Buta ka!! (Are you blind!) Gila ka! (Crazy) Crossing street like that! Aiiyaa!! ... bla bla bla"
... are all what the lady can hear as she stood there, transfixed with shocked and bliss that the little cute girl is ok! Alhamdulillah! She whispered slowly to herself and set aside to give way to the still angry and mumbling driver.
Still shaking, slowly she walked away towards her car ... as she witnessed the little girl parents and fellow shoppers, all cheering, congratulating, thanking and praising the young man for his heroic act.
She felt so sad and frustrated because the young man get all the credits for saving the little girl. She sat inside her car, sulking and pondering over the incident  ... feeling remorse and angry at the same time ... until a light tap on her car window bring her to her senses!
"Akak! (Sis), thank you for saving the girl's life. I'm sorry to get the credit gor your unselfish act but I know Allah will rewards you for your sincere deed. InsyaAllah! Assalamualaikum ...."
That nite, the lady pondered over what the young man said to her. Yes! He did made her day ... but most of all, his word about 'sincere' lashed at her like a whip! It hit her hard ... Yup! She wasn't that sincere after all in saving that girl's life (tho' she thought she was ... at first) ... for she was looking for people praises after that!! For she was sad and angry that the young man got the credit instead of her ... MasyaAllah! That young man gesture had indeed bring her to her senses ... Astagfirullahhalazim! ... Ya Allah! Forgive me ... thankyou for guiding me ...

That lady was me  ... and the incident really happened, circa early 90's in Kuantan, Pahang!!

Our beloved Prophet Muhammad (peace be upon him) has said this once:
"Allah will help a person as long as he helps his brother." (Muslim)


Treat everyone with kindness, even those who are rude to you ...
not because they are nice, but because you are!

p.s. Thank you young man, wherever you are ... May Allah Bless you always ...

18 May 2013

Selamat Hari Lahir Amar ....

Hari ini ... 18 Mei ... genaplah usia Amar 10 tahun.
Biasanya Mama atau Ecu (adik Mama, mak sedara Amar  ...) order kek utk besday boy!!
Tapi tahun ni Amar xmau kek kedai  ... icing banyak dan manis sangat ... katanya!
Dia mahu kek Dragon Ball .... mahu Mama yg buatkannya ...
Duduk pekan kecik, manalah nak cari edible picture Dragon Ball Adik oii!!
Errmmm! Takpelah  ... Mama buatlah kek coklat yg Adik suka ... lemah jer bunyinya ... kesian pula
Awal pagi Mama pun buatlah kek coklat  ... tercongok Amar duk depannya bila Mama angkat kluar dari oven ...
"Mama bubuh sos coklat ... pastu Mama hiaslah sikit, tulis Hepi Besday ye!" dgn mata bulat penuh harapan Amar bersuara
Lalu Mama cakap, kena tunggu kek sejuk dulu ... sambil dlm kepala ligat dok mikir camner nak hias kek coklat ni ... gembirakan besday boy Mama!!
Well  ... Desperasi sumber Inspirasi ... hehehe!
Giniah rupa Kek Coklat Dragon Ball Z ... special dari Mama buat Amar! Bolehlahkan  ....




p.s. mujur ada figurine Dragon Ball yg Mak Lang Amar (adik Mama yg duk KL) beli masa g Jepun dulu. Resipi kek coklat kegemaran Amar, sila lihat sini dan sos coklatnya pula Mama amik dari blog KNJ N3 Kek coklat utk Hari Guru. Terima kasih Kak Nik Ja  ... sos yg sedap!!!

16 May 2013

Amar - Misi 5A

Teruja dgn komik Misi 8A dan Misi 10A  nukilan dua beradik Afiq dan Nazry ... sibongsu Mama, Si Amar begitu bersemangat sekali utk jadi pelajar cemerlang .
Wah! Syabas Afiq dan Nazry kerana berjaya meniup semangat kpd Amar uk menjadi pelajar y berjaya. Punyalah semangat dia studi dgn bantuan idola aka mentor dia, Bebe Muaz! Kembang berbunga2 hati Mama dan Ayahnya lihat mereka dua beradik studi ... xpayah doh Mama dok pokpet pokpetnya ... bebel suruh studi utk periksa. Dgn hanya dua komik tu ... Amar dah amat teruja. Siap target 5A utk tiap kali periksa. Nak dapat top 5 pula  .... ohhh! terharunya. Terima kasih banyak2la kpd dua beradik Afiq dan Nazri dan penerbit PTS Pop  .... kerana anda semua berjaya menyampaikan apa yg Mama impikan sekian lama .. SEMANGAT INGIN BERJAYA!!!
Ni bukan dok studi .... Amar bizi sedia hadiah utk
guru2 kesayangan dia .... which is TODAY!
Alhamdulillah!

p.s. Gitulah .... belajar esp untuk menghadapi ujian/peperiksaan ... adalah bagaikan satu beban yg amat berat dilaksanakan. Ia satu rutin yg maha boring  .... ULANGKAJI!!!! Buat homeworks pn macam pahat dgn tukul  ... Itulah. Siapa? (·_·')  ... Mama ... dulu2, masa students ...huhu.

Oh ya  ... tak lupa Mama ucapkan buat semua guru2 Mama, guru2 Ayahnya dan guru2 anak-anak Mama  .... SELAMAT HARI GURU & TERIMA KASIH CIKGU ATAS SEGALA2NYA  ... SELAMA2NYA.  Juga buat kawan2 Mama serta adik Mama, Munif ... u're the best! (jgn lupa bawa beg besar hari ni ... senang nanti nak carry hadiah2 yg anak didik beri!!! eeeiiii ....best nyer!)

12 May 2013

Berbudi ...

Banyak cara nak berbudi ni ...
Cam Mama (puji diri lak hari ni ..)
Berbudi pada tanah  ... walaupun bukan 'green fingers' ... tak ruginya
Mula dgn yg senang tumbuh, cepat tuai hasil  ... keperluan wajib Mama

Tu dia ... berderet atas tangga dapur ... semaian Mama. Anak pokok celagi @ asam jawa, avocado dan betik! Dah ready utk pindah ke tapak tetapnya. Huhu  .... suspen, hidup membesar ke idaknya!
Nampak tak daun kesom dan daun bawang? Hehe ... satu pokok daun bawang dah masuk dlm cucur bawang pagi tadi ... bangga! Tuaian pertama ... diRumah Biasa2 kami ... Alhamdulillah!
Walaupun cuma daun bawang, bila tanam sendiri, lihatnya bertunas dan menjadi .. susah nak luah rasa syukur, puashati .... ye lah ... bagi surirumah cam Mama ... dah save duit dapur yg hubby beri. Bolehlah menabung ... manalah tau, dpt melancung ke tempat idaman hati nanti ... InsyaAllah. Serai, pandan, kunyit, cii ... dah tanam, dah nampak potensi .... next, pokok asam limau, kasturi, purut dan semestinya pokok kari!!! Nanti nak gi nurseri ....
Ni pulak cerita Si Meow (tak bagi nama lagi  .... bagilah cadangan kalau sudi ^_^). Awal pagi semalam ... nampak tak gambar yg atasnya? Mama blurrkan isi perut yg terburai tu  ... yuckkk! Agaknya dia bawa mlm sebelumnya ... tanda terimakasih kat Mama (gitulah cara kucing balas budi) .. sbb beri makan kat dia tapi dek Mama tak muncul2 amiknya... perut dah lapar, mana nak tahan godaannya .... dialah yg ngapnya .... tinggalkan sisa2 berterabur atas beranda depan tu ha ... Hiiii!!! Geli ada, seriauu pun ya .... kesian kat burung tu. Lumrah hidup ... itulah! Amboi! Amboi! Lena nampak tidur bawah kereta kita ... kekenyangan lah tu .... Hmmm! Apa2 ajalah meow .... asal bahagia!
Tu lah ceritanya .... nanti Mama update lagi pasal projek tani Mama ya ... Camlah berekar projeknya .... hihi!

09 May 2013

Amar .... Juara cuti

Sejak memasuki alam persekolahan  ... rekod kedatangan ke sekolah Amar boleh dikatakan .... okeyy lahhh!!!! Aikk! Cam bunyi tak OK jer  ....
Tu lah ... Mama, bila fikirkan Amar ... agak risau. Dalam adik beradik dia, Amarlah yg paling kerap tak pergi sekolah. Sebulan, nak 100% kedatangan ... susah! Ada jer alasan/sebab yg buatkan dia tak dapat ke sekolah. Yg paling kerap ialah batuk, demam dan selsema .... diikuti lelah (mild dah sekarang ... Alhamdulillah).
Itu yg genuine (haha!) Eh! Ada ke yg tak genuine?
Kalau tetiba sakit kaki, sakit tumit, sakit kepala, sakit perut ... yg tiba2 jer awal pagi ... boleh gerenti itu yg tak genuine ... hehehe. Ada le sebabnya tu ... biasanya ~ tak siap homeworks, hari tu ada guru garang, atau kena buli! (skrg x lagi .... dah besar, tinggi ...)
Cam bulan Mei ni, dah 2X tak gi sekolah ... minggu lepas, 2 hari .. demam. Semalam dan hari ni ... tangan kanan pulak sakit! Gara2 kena tackle masa main bolasepak waktu PJ hari Selasa lalu. Tangan sakit, xleh angkat ... Alhamdulillah tak patah/seliuh ... lebam jer. Pun masa Mama pergi ambil dia di sekolah, dia beritahu ... kawan yg tackle tu dah minta maaf, Cikgu dah sapu ubat ... kawan tolong bawa beg sekolah (yg beratnya 12 kg ... huhu) ... gitulah exlanation dia ... takut Mama marahkan dia, kawan yg tackle dan guru PJnya agaknya. Adik! Mama dah biasa ... era abang2, kakak dia sekolah dulu ... lebam, luka ... perkara biasa ... adat bermain. Gitulah ....
Isnin depan peperiksaan penggal akan bermula ... Mama doa agar tangan kanan yg sakit tu ok ... sbb skrg nak menulis, xleh lama2 ... sakit! Rasanya kena pergi klinik juga ... just to be sure .... InsyaAllah tak apa2 ...
Teringat kata2 nenek Mama ... anak bongsu ni ibarat buah hujung julai ... paling akhir ... selalunya banyak penyakit ... dah buah2 lain dah dapat dulu zatnya ...
Entah, mungkin ada betulnya kata2 nenek tu. Mama kandungkan Amar pada usia 43 tahun .... dah berumur, badan pun xmuda dan kuat lagi ... mungkin itu sebabnya juga ... pun Allah SNW lebih mengetahui sebab Dia kurniakan Amar pada kami, pada usia lewat begitu ...
Tatkala abang2 dan kakaknya dah dewasa, tinggalkan kami ... Amar dan Muazlah penyeri kini ... Mama dan Ayahnya tidak sunyi ... masih ada mereka berdua ... buatkan kami masih semangat dan berusaha ... marah, ketawa ... dan kadang2 rasa muda! Tee Hee ...
Ehh! Dah lari tajuk pula ... !!

p.s. kadang2 bila sebulan tu kesihatan Amar ok, cam nak pecah rekod 100% kedatangan ke sekolah bulan tu ... ada jer sebab buat dia kecundang, buat rekod kedatangan merah lagi ... kadang2 penyebabnya pun tak logik lagi tak terfikir akan terjadi ... cam satu hari tu ... tiba2 terpijak lebah (mana dtg entah!) ???!!! Kena sengatlah tapak kaki tu .... meraung kesakitan ... satu kena sengat, satu kena injection ... kat tapak kaki yg kena sengat tu .... woh! Mama pula yg tutup mata masa kat bilik kecemasan tu ... Amar! lagi la ... dah lihat Mama dia yg bukan menolong tapi mencemaskan lagi keadaan ... huhu. Apa raaa ... Ayannya sibuk parking kereta, tu yg Mama kena masuk dlm sana .... lain kali, Mama drive pula!! Kesian Amar .... (-_-')

08 May 2013

Ketupat Sotong Kelantan upah mengundi ...

Mama dan anak2 mengundi ditempat yg sama ...
Ia pengalaman kali pertama anak2 Mama  ... tentunya mereka teruja ...
Lepas beratur (lama jugaklah ... huhu), Alhamdulillah ... selesai juga
Jalankan tanggungjawab pada negara ... Dan buat kali pertama, dakwat dicalit sbg buktinya!! (^_^)

Dan sebelum anak2 bertolak pulang ke KL  .... Mama buat  Ketupat Sotong ... upah jalankan tanggungjawab mengundi. Hehe!  Acah jer tu. Sebenarnya anak2 bersungut nak makannya. Kebetulan masih dlm musim sotong dan dah lama tak buatnya ... dapatlah semua merasa dan buat bekalan juga. Ini resipi Mak Mama ... dah berguru dgn dia sebelum ni .... kegemaran semua, senang jer buatnya ... Mama share resipinya kot2lah nanti ada yg tringin nak buatnya.



KETUPAT SOTONG KELATE

Bahan2nya:

1 kg sotong sederhana besar
Beras pulut secukupnya
(Mak Mama anggar satu sudu besar utk 1 ekor)
1/2 kg santan pekat
300 gm nisan/gula melaka
(Mama cairkan terlebih dahulu & tapis)
3 - 4 helai daun pandan
1 sudu besar halba
garam secukup rasa


Cara buatnya:

1. Basuh beras dan toskan airnya. Rendam beras pulut dgn 1/2 cawan santan pekat + air secukupnya (agak2 meliputi beras) + secubit garam selama +/- 30 minit.
2. Bersihkan sotong dan toskan. Dalam periuk utk memasak, alas dgn daun pandan.
3. Isi beras ke dalam sotong, lebihkurang 2/3 penuh, masukkan kepala sotong dan kemaskan dgn lidi. (kepala sotong akan halang beras dari terkeluar).
4. Atur sotong atas daun pandan tadi, tuang lebihan santan rendaman dan masukkan santan pekat + 1 cawan air dan halba. (Pastikan aras santan menutupi sotong).
5. Tudung periuk dan rebus dgn api sederhana hingga santan mendidih.
6. Masukkan nisan tadi, kacau rata, tudung periuk dan masak lagi hingga kuah agak pekat. Masukkan garam secukup rasa. Kacau rata dan biarkan sebentar. Bila kuah agak likat dan berkilat, angkat.

p.s. Ketupat sotong Kelate guna nisan, manakala Ketupat sotong Ganu guna gula pasir .... Jika yg Kelate warna purple gelap, yg Ganu pula ... putih lemak. Gitulah perbezaannya ...

04 May 2013

Esok mengundi ... Mama very happy!

Kreekk! .... Kraakk! ....
Gitulah silih berganti ... bunyi Rumah Biasa2 kami
Tatkala Mama bersendiri  ... seolah2 turut mengeluh  ... sunyi!
Tapi ... hari ini, dan hingga hari mengundi ...
Tidak kedengaran ... lagi
Riuhnya rumah kami ... anak2 balik nak mengundi ..
Dapur beroperasi ... tak henti2
Pintu aisbox ... buka tutup ... silih berganti
Mesin pam air ... overtimelah 2, 3 hari ni ...
Semua bizi ... di Rumah Biasa2 kami ...
Mama hepi ... Ayahnya hepi ...
Amar dan Muaz ... lebihlah lagi ...
Anak2 yg balik  .... makan tak henti2 ...
Kalau cam ni ... kami disini xkisah jika ... hari mengundi lebih dari sehari
Mama lebih suka dengar suara anak2 lagi ...
Dari Kreekk! Kraakk!! nyanyian sepi Rumah Biasa2 ini ....

Tiba2 teringat lagu ini ...
"MARILAH MARI ... PERGI MENGUNDI
JALANKAN KEWAJIPAN ... PADA NEGARA"

WELL! ... SELAMAT MENGUNDI  SEMUA !!!