Begitulah ibaratnya apa yg sedang dilalui sahabat Mama ....
Hati ibu mana yg tidak resah gelisah, cemas dan sedih, melihat anak yg dikasihi terlantar diwad ICU ... dlm keadaan koma pula ...
Hati nenek mana yg tidak hiba dan luruh, melihat cucu yg dilahirkan sempurna ... namun setitik susu ibu belum dirasainya ... tiada dakapan, belaian dan ciuman mesra darinya ....
Hati suami mana yg tidak keruan ... melihat tulang sulbinya .... terlantar, tidak bersuara .... bagai puteri beradu lena ...
"Bangunlah nak .... ini mumi!"
"Ummi ... bangunlah Ummi! Adik nangis nak susu!"
"Sayang! I miss you ...."
... 4 hari sudah berlalu .... dia masih begitu .... kritikal di ICU ....
Komplikasi selepas lahirkan anak ke 2
Mama turut rasakan debaran, kesedihan dan pengharapan sahabat Mama, yg juga teman blogger, Hani , Aku kah Itu?
Lalu, Mama mohon sesiapa juga yg membaca N3 ini, agar dapatlah kiranya doakan Saidatul Hafeeza, anak sahabat Mama ini agar sembuh segera. Hanya inilah yg mampu Mama bantu ... doa, memohon pertolongan Allah SNW ... meraih belas ehsan dariNya ... sbgaimana firman Allah yg bermaksud;
"Berdoalah kepada Ku maka Aku akan perkenankan." (Al-Mukmin: 60)
Kita tidak tahu doa siapakah yg akan dimakbulkanNya ... kita berusaha, Dia jualah yg menentukannya. InsyaAllah makbul. Amiin ... Jika ada kelapangan, hadiahkanlah juga bacaan Yaassin buatnya ...
" Ya Allah! Hilangkan penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sembuhan yg tidak meninggalkan sebarang penyakit. " - doa dlm hadis yg dinyatakan oleh Imam Tirmizi.
2 comments:
sehari dua ni baru buka blog. baru terbaca N3 ini. Alhamdullilah, terima kasih Tuhan,Tuhan temukan Hani dengan seorang sahabat yg sebegini. Terima kasih Muni atas doa2 itu dan terima kasih kerana N3 ini. Cukup terharu bila tahu ada yg ambik peduli nasib hani dan keluarga.
Tuhan saja lah yg membalas budi baik Muni. Thank you again.
Itu ajalah yg mampu bantu. Alhamdulillah dgn perkembangan terkinj Pija walaupun masih blm sedar. Syukur jg kerana N3 ni ramai yg baca dan moga seramai itu jglah yg doakan Pija. Moga Allah dengar dan makbul doa kami buat Pija. Hani pun jagalah kesihatan ya!
Post a Comment