Pages

Labels

Ceritalah (247) Me (146) diari ibu (137) kucing (69) Pesanan (63) Resipi (63) Amar (62) Rumah Biasa2 (36) Kebun Biasa2 (33) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Cucu (4) Lukislah anakku (4) Haji (3) Migraine and I (3) Kawan (2) ipoh (2) Nature (1)

02 July 2017

Album Raya 2017


Keluarga kami:
... tambahan 3 menantu 6 cucu ... dikelilingi anak cucu cicit menantu ... Mak suka sangatlah tu 😍


Keluarga besar sebelah suami (3 Syawal):
... separuh je tu. Beginilah setiap tahun, pagi raya ke 3, berkumpul dirumah Abang ke 7 suami. Anak menantu cucu cicit ciat Wan Nawang dan Mek Som ... moga berterusan ikatan kekeluargaan ini.


Rakan2 sekolah Mama (4 Syawal 1438H):
... Sekolah Menengah Zainab, 'Class of 1977' ... persahabatan yg berusia 40 tahun. Masih utuh, mesra dan akrab seperti dulu. Masa merubah wajah, fizikal dan status kami. Ada yg bergelar Dato' Seri, ada Dato', ada Datin, ada doktor pakar, ada Professor Madya, ada Guru Besar, ada usahawan, jutawan ... dan ada juga yg biasa2 seperti Mama nih ... tapi rata2 ramai dah yang bergelar YB (Yang Bersara) ... nenek, granny, grandmummy, tokma ... namun semua itu bagai tidak ujud bila kami berkumpul begini. Terasa bagai masih dizaman sekolah lagi ... riuh rendah gelak ketawa peluk cium beramah mesra ... tak ingat usia dah hampir 60 angka. Hihi ...
Kalaulah anak cucu menantu tengok kami hari tu ... pasti terkejut sakan mereka. Itulah kami ... bila bersama ... 'forever friends, forever young'. Biarlah kami gembira sekali sekala dengan silaturrahim yang terbina sekian lama ... esok lusa siapalah dapat menduga ...


8 Syawal 1438H:
Sebaik anak cucu menantu terakhir bertolak pulang pagi tadi, sunyinya Rumah Biasa2 Kami ... tinggal kami menyulam kembali memori Syawal tahun ini. Mama sudah membayangkan kelibat mereka Raya AidilAdha nanti ... Insya Allah. Sabarlah duhai hati ....




No comments: