Pages

Labels

Ceritalah (243) Me (144) diari ibu (137) kucing (69) Amar (62) Resipi (62) Pesanan (61) Rumah Biasa2 (36) Kebun Biasa2 (31) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Cucu (4) Lukislah anakku (4) Haji (3) Migraine and I (3) Kawan (2) ipoh (2) Nature (1)

08 July 2017

Kenduri jauh kali ni ....

Dua jemputan kahwin dari ex boss serta rakan sepejabat suami masa dia bujang dulu, masing2 di Bangi dan Serdang menyaksikan kami sekeluarga ke ibu kota setelah sekian lama.
Ia juga sebagai alasan untuk menjenguk cucu2 ... bak kata pepatah, "Pucuk dicita ulam mendatang" ... 😆😄.
Kami 'pittstop' di Maran ... bermalam di sana ... melepas rindu dendam pada 2 cucu (mak dia anak ke 2 Mama). Tengahari esoknya ke KL ... sedih pula nak berpisah dgn cucu2 ... apakan daya.
Malam itu dan malam keesokkannya (malam ni lah tu) keletihan ... letih 'makan langsat dan jem' ...
Begitulah kami setiap kali datang KL ...
Macam tak sah kalau tak sesat dan meredah kesesakan lalulintas ...
Kata anak menantu ... hujung minggu laani dan sehingga akhir Syawal ... sana sini sibuk dengan 'open house' Raya serta kenduri kendara. Kami antara yg tolong meramaikan trafik hujung minggu ... hehe.
Menantu sulung tak menang tangan terima tempahan Laksa Johor  (menantu orang Johor) untuk 'Rumah Terbuka Raya' ... Sedabg dia dok 'bersilat' didapur ... Mama cuma dapat pandang aje. Nak menolong tak retinya ...

Set Laksa Johor Rumah Terbuka menantu Mama

"Tak apa Mama. Rehat je ... L dah biasa. Kacang jer ni" menantu 'asured' Mama. Walhal melihat dia bagai 'Lipas Kudung' buat kerja ... jelas peluh dan keletihan diwajahnya.
Moga Allah murahkan rezeki mereka semua ... anak2 cucu2 menantu2 Mama serta diberiNYA kesihatan yg baik. Aamiinn ...
Esok nak balik dah ... tapi sebelum tu nak 'dating' sarapan pagi dengan anak ke 4 menantu (orang Ipoh) cucu2 pula ...
Mereka semua suruh tinggal lama sikit ... yg Maran pun suruh singgah 'otw' balik. Entahlah ... walaupun hati nak begitu, fikiran asyik dok teringat Rumah Biasa2 kami ... kucing2 dan pokok tanaman yg ditinggalkan ... (p.s. rasa mak ayah kita dulu pun gini juga ... !!)

No comments: