Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

16 May 2014

Selamat Hari Guru ... Abah!

"Kamu semua, pergi letak balik buah kuini bawah pohonnya!" arah Cikgu M dengan tegas. Disebelah beliau berdiri Guru Disiplin, Cikgu Z dan Ketua Murid ... mereka semua berdiri didepan pintu pagar masuk ke sekolah.
"Mamat mana yg beritahu cikgu ni   ..." rungut salah sorang dari kami sambil akur arahan Cikgu M. Waktu rehat selebihnya hari itu menyaksikan kami menerima syarahan kerana mengambil buah kuini tanpa izin tuannya serta keluar dari kawasan sekolah dalam waktu sekolah (waktu rehat masa tu).... juga tanpa izin.
.... Undur kebelakang 2 hari sebelumnya. Kawan-kawan sekelas asyik dok beritahu  ... buah kuini dari pokok besar di sebelah sekolah tu sedap dan manis sangat. Lalu ajak Mama ikut mereka kutip buahnya waktu rehat nanti. Hari pertama, Mama tak ikut! Takut serta ingat pesan ayah jangan ambil barang tanpa minta izin tuannya. Kalau tiada/tak tahu siapa tuannya,  pun jangan ambil ....
Tapi kawan2 dok pujuk, kata mereka, pokok tu tumbuh sendiri  .. Semua orang kg yg lalu lalang ambil buahnya. Mama yg tak pernah buat perkara begini, akhirnya tergoda dan kali pertama ikuti mereka (budak2 dari kelas lain pun ramai juga), terus kena tangkap!
Pun, kami dilepaskan dengan amaran keras agar tidak lagi megulangi perbuatan itu dan didenda cuci kawasan sekolah waktu rehat esok hari. Selepas nama kami diambil oleh Ketua Pengawas  ... Mama diarah Cikgu M masuk ke bilik guru!!
Tika itu, semua mata kini tertumpu pada Mama  ... sebenarnya masa kami semua kena tangkap pun, semua mata memang asyik dok  tertumpu pada Mama  ...
Sebabnya??  ..... Cikgu M ialah bapa Mama!!! Huhu  ...

Hari tu, budak perempuan berusia 11 tahun yg juga anak seorang guru  diSek. Keb. Sungai Bagan belajar erti menjaga nama baik keluarga, jangan jadi pak turut dan gadaikan jatidiri, patuhi peraturan yg dibuat utk kebaikan, belajar dari kesilapan dan jadi contoh yg baik terutama pada adik2 dan orang bukan Islam (sekolah Mama masa tu ada pelbagai kaum walaupun di Kelantan.)
Itulah antara kenangan2 hebat dengan Abah. Sesungguhnya dia seorang bapa dan guru yg hebat dimata Mama. Dibilik guru hari tu, ketakutan, sesalan dan perasaan malu yg amat seorang budak perempuan berusia 11 tahun lenyap saat Cikgu Mohamed bin Idris dgn berhemah dan perlahan memberitahu Mama, "Abah harap Noor belajar dari kesilapan hari ini dan tak mengulanginya lagi. Abah percayakan Noor."
Terimakasih Abah! Abahlah guru terbaik ... forever. I MISS YOU SO MUCH.  Moga roh Abah tenang dan damai di sana. Moga ALLAH snw ampunkan dosa2 Abah dan tempatkan roh Abah bersama2 orang2 yg beriman. Amiinn  ... Al-Fatihah.

2 comments:

Al-Manar said...

Masih ramaikah guru seperti ini?

muhaini said...

Alhamdulillah saya yakin masih ramai guru2 yg berdedikasi dan menganggap anak didik mereka umpama anak2 sendiri ... I'm seeing them a lot from my friends who are teachers and my kids teachers. I believe that if you think positive about other people, they'll react positively as your thoughts about them. Honesty shows ... :-)