Ini kena 'undur' ke belakang ... (tak ingat tahunnya ... huhu), tapi Mama ingat masa tu kat Ipoh dan Anas beriya-iya minta Mama buat 'open-house' raya untuk kawan-kawan dia.
"Buat nasi dagang Mama ...!!"
Ngupenya (loghat Perak sikit) Anas nak kenalkan kami, keluarganya pada 'Si Dia' yg turut sama dalam ramai-ramai kawan persekolahan dia tu ...
(Anas hanya 'hint' kat Mama hanya selepas kawan-kawan dia balik .... pun tika itu, nasihat Mama, dua2 belajar dulu hingga habis, baru boleh 'serius')
Alhamdulillah ... dua2 dah tamat belajar. Anas dah setahun bekerja ... dan FH pula, baru tamat, konvo pun dok lagi ... InsyaAllah, rezeki ketentuanNYA ... dah usaha, adalah tu!!
01 Rejab 1435H |
Buat WMA dan FH, bagaimana pesanan Mama pada K.Cik (kakak Anas) dan MH semasa mereka bertunang dulu di blog Mama ;sila baca N3nya sini ; begitu jugalah pada WMA dan FH.
p.s.
Terimakasih buat rombongan dari KL yg memberi sokongan moral kepada kami berlima dari Kelate.
Terimakasih tak terhingga buat keluarga FH yg meraikan kami begitu mesra dan hidangan yg sedap sungguh. Semua pihak kami memujinya ... yg ladies suka pecal the most!! (beritahu mak FH ya ... nak resipi)
Moga ikatan keluarga dan ukhwah yg terjalin, kekal selamanya ... Amiinn.
2 comments:
Alhamdulillah... Lega dgr. ^_^
Actually, lauk sume katering drpd tok penghulu Batu Gajah. Pecal tu mmg fav ramai. Klu order makanan dgn pakcik tu, pecal dia mmg wajib utk kami. Nani mesti simpan kuah pecal tu dlm frezer. Tahan sebulan. Bila nk hangatkan je. Hehe
Nanti nani usahakan dpt resepi ye.. Insya Allah ^_^
Nasib baik dah melepasi zaman2 mengidam ... Hehe
Post a Comment