Hmm ... punyalah manja dan cerewet dia ...
Makan ... ikut selera, tak suka ... tak bersentuhlah makanan tu
Ikan rebus ... atau ... 'raw'
Kalau rebus ... kena pisahkan dari tulangnya
tempat kegemaran PYO "sini sejuk & nyaman Mama weh!" |
Air ... kena 'fresh' aka tukar sokmo!!
Makanan kucing hanya jenama 'SmartHeart' .... yg lain, xmau dia!
Setiap pagi ... mengiauww nak masuk bilik, lompat atas katil ...
Minta dibelai dia ... sambil mengiauww2 manja (tak faham pun Mama apa yg PYO kata ... huhu)
Lepas tu ... dok tepi, tunggu Mama sudah solat, terus lari ke dapur
Isyaratlah tu ... "My breakfast Mama," (cam orang preggie jg dia ... nak makan sokmo tp sikit2 jer )
'pose' kegemaran sejak akhir2 ni |
Hubby pun dah 'extra caring' kat PYO (sebelum ni bukan minat sgt kat kucing ... jarang nak belai dan main dgn mereka, takat tegur2je ... hihi)
La ni, balik kerja, PYO dulu yg ditegurnya ... bini no. 2 dah ... haha!
Dua tiga hari ni PYO resah ke sini sana, dok mencari tempat sesuai nak beranak agaknya ...
Kejap dalam kotak, kejap bawah katil, kejap dalam almari (yg ni zon larangan ya PYO ... no entry), kejap belakang sofa ...
Dah Mama sediakan kotak untuknya ... tapi tak tahulah
PYO lebih tahu tempat yg sesuai dan selamat buat anak2nya nanti.
Hingga tarikh tu ... ikut ajelah kerenah PYO!
p.s. sebelum ni, pantang pintu atau jendela terbuka ... zapps!!! PYO meluru keluar. Suka benar main kat luar sana. Setiap petang jenuh kena kejar dan tangkap dia masuk rumah. La ni, pintu luas terbuka, dia buat derkk jer. Asyik memerap dlm rumah. Jadi awal pagi dan petang Mama kena teman dia 'exercise' kat laman. Kalau Mama tak turun, dia setakat dok kat beranda aja ... manja sungguh!!
No comments:
Post a Comment