Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

19 May 2014

AMAR ... best birthday ever since 2009

Yesterday  ... Amar turns 11.
We threw a surprised birthday treat for him  ... (for he kept hinting about Sunday being the day he was born for days a week before ... haha)
We made-don't-know  ... like 'no big deal' about it. No hint, intention or whatever about celebrating his 'born-day'  ... hihi.
We didn't even wish him 'Happy Birthday' yesterday morning  ... (except his father after sending him to school and off to work)
.... Alhamdulillah, on Sunday Amar has his Fardu 'Ain classes, which will saw him at school until 4.30pm ....
... meaning ample, infact ... plenty of time to do-whatever-necessary  ... Mama and KCik (pheww)
Ecu was tasked with fetching Amar from school  ... hehe
Tho' it was raining cats-and-dogs at 4.30pm, and birhday-boy was wet the moment he stepped inside the house ...
The look on his face upon seeing the lighted birhday cake, the burst of birthday song for him  .... priceless!!!
When Amar blew the candles  ... everybody cheered and clapped  .... Alhamdulillah!!

... happy face that tells all (^__^)
Amar whispered to Mama that this is his best birthday ever  ... since 2009. Alhamdulillah Adik  ... Mama am very happy to hear that. Regardless what, you are always my baby OK!!. So, on your born-day, (^__^), Mama, Ayoh, Abe, KCik, Anas, Muaz and everyone who love you  ... We all wished you only the very best in life dear ... dunia akhirat. Aminn  ...

p.s. Sadly, 18 May is also the day his brother, Angoh passed away peacefully 5 years ago. So 18 May saw us, happy for Amar  ... yet sadly missing Angoh ... at the same time.
(Al - Fatihah to my dearest 2nd son, Wan Mohd Munzir  ... May Allah blessed your soul, forgives you, grant you Jannah and in peace there  ... Aminn. We all miss you so much)

16 May 2014

Selamat Hari Guru ... Abah!

"Kamu semua, pergi letak balik buah kuini bawah pohonnya!" arah Cikgu M dengan tegas. Disebelah beliau berdiri Guru Disiplin, Cikgu Z dan Ketua Murid ... mereka semua berdiri didepan pintu pagar masuk ke sekolah.
"Mamat mana yg beritahu cikgu ni   ..." rungut salah sorang dari kami sambil akur arahan Cikgu M. Waktu rehat selebihnya hari itu menyaksikan kami menerima syarahan kerana mengambil buah kuini tanpa izin tuannya serta keluar dari kawasan sekolah dalam waktu sekolah (waktu rehat masa tu).... juga tanpa izin.
.... Undur kebelakang 2 hari sebelumnya. Kawan-kawan sekelas asyik dok beritahu  ... buah kuini dari pokok besar di sebelah sekolah tu sedap dan manis sangat. Lalu ajak Mama ikut mereka kutip buahnya waktu rehat nanti. Hari pertama, Mama tak ikut! Takut serta ingat pesan ayah jangan ambil barang tanpa minta izin tuannya. Kalau tiada/tak tahu siapa tuannya,  pun jangan ambil ....
Tapi kawan2 dok pujuk, kata mereka, pokok tu tumbuh sendiri  .. Semua orang kg yg lalu lalang ambil buahnya. Mama yg tak pernah buat perkara begini, akhirnya tergoda dan kali pertama ikuti mereka (budak2 dari kelas lain pun ramai juga), terus kena tangkap!
Pun, kami dilepaskan dengan amaran keras agar tidak lagi megulangi perbuatan itu dan didenda cuci kawasan sekolah waktu rehat esok hari. Selepas nama kami diambil oleh Ketua Pengawas  ... Mama diarah Cikgu M masuk ke bilik guru!!
Tika itu, semua mata kini tertumpu pada Mama  ... sebenarnya masa kami semua kena tangkap pun, semua mata memang asyik dok  tertumpu pada Mama  ...
Sebabnya??  ..... Cikgu M ialah bapa Mama!!! Huhu  ...

Hari tu, budak perempuan berusia 11 tahun yg juga anak seorang guru  diSek. Keb. Sungai Bagan belajar erti menjaga nama baik keluarga, jangan jadi pak turut dan gadaikan jatidiri, patuhi peraturan yg dibuat utk kebaikan, belajar dari kesilapan dan jadi contoh yg baik terutama pada adik2 dan orang bukan Islam (sekolah Mama masa tu ada pelbagai kaum walaupun di Kelantan.)
Itulah antara kenangan2 hebat dengan Abah. Sesungguhnya dia seorang bapa dan guru yg hebat dimata Mama. Dibilik guru hari tu, ketakutan, sesalan dan perasaan malu yg amat seorang budak perempuan berusia 11 tahun lenyap saat Cikgu Mohamed bin Idris dgn berhemah dan perlahan memberitahu Mama, "Abah harap Noor belajar dari kesilapan hari ini dan tak mengulanginya lagi. Abah percayakan Noor."
Terimakasih Abah! Abahlah guru terbaik ... forever. I MISS YOU SO MUCH.  Moga roh Abah tenang dan damai di sana. Moga ALLAH snw ampunkan dosa2 Abah dan tempatkan roh Abah bersama2 orang2 yg beriman. Amiinn  ... Al-Fatihah.

15 May 2014

PYO ... bakal ibu kali pertama

PYO si mak buyung, semakin sarat mengandung!
Hmm  ... punyalah manja dan cerewet dia  ...
Makan  ... ikut selera, tak suka  ... tak bersentuhlah makanan tu
Ikan rebus  ... atau  ... 'raw'
Kalau rebus ... kena pisahkan dari tulangnya
tempat kegemaran PYO
"sini sejuk & nyaman Mama weh!"
Kalau 'raw' (mentah)  ... potong kecil2, cam mayang bawang ya!!
Air  ... kena 'fresh' aka tukar sokmo!!
Makanan kucing hanya jenama 'SmartHeart' .... yg lain, xmau dia!
Setiap pagi ... mengiauww nak masuk bilik, lompat atas katil  ...
Minta dibelai dia  ... sambil mengiauww2 manja (tak faham pun Mama apa yg PYO kata  ... huhu)
Lepas tu  ... dok tepi, tunggu Mama sudah solat, terus lari ke dapur
Isyaratlah tu  ... "My breakfast Mama," (cam orang preggie jg dia  ... nak makan sokmo tp sikit2 jer )
'pose' kegemaran sejak akhir2 ni
Dulu dia sarapan dari hubby, Muaz dan Amar  (^_^') ... tak aman kalau tak layan dia dulu  ... dok berbelit kat kakilah jawabnya!
Hubby pun dah 'extra caring' kat PYO  (sebelum ni bukan minat sgt kat kucing ... jarang nak belai dan main dgn mereka, takat tegur2je   ... hihi)
La ni, balik kerja, PYO dulu yg ditegurnya  ... bini no. 2 dah  ... haha!
Dua tiga hari ni PYO resah ke sini sana, dok mencari tempat sesuai nak beranak agaknya  ...
Kejap dalam kotak, kejap bawah katil, kejap dalam almari (yg ni zon larangan ya PYO  ... no entry), kejap belakang sofa ...
Dah Mama sediakan kotak untuknya  ... tapi tak tahulah
PYO lebih tahu tempat yg sesuai dan selamat buat anak2nya nanti.
Hingga tarikh tu  ... ikut ajelah kerenah PYO!

p.s. sebelum ni, pantang pintu atau jendela terbuka  ... zapps!!! PYO meluru keluar. Suka benar main kat luar sana. Setiap petang jenuh kena kejar dan tangkap dia masuk rumah. La ni, pintu luas terbuka, dia buat derkk jer. Asyik memerap dlm rumah. Jadi awal pagi dan petang Mama kena teman dia 'exercise' kat laman. Kalau Mama tak turun, dia setakat dok kat beranda aja  ... manja sungguh!!

08 May 2014

Gubahan hantaran ... DIY

Gubahan hantaran  ... pertunangan juga perkahwinan  ...
Waktu Mama dulu  ... semua Mak Mama yg buatkan sendiri.
Dari gubahan hantaran, bunga telur dan kek beraising  ... semua Mak buatkan. Dan pembantunya??? .... Mama!!!
Kata pepatah, 'Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi' ....
Benar! Kini sedikit dari kuah tu tumpah kat nasi Mama ... hehe!
Mama mengulanginya ketika anak2 mula membina keluarga mereka sendiri, memikir (berhari2 tau  ...) dan menggubahnya (biasanya 'desperasi sumber inspirasi'  ... last minute baru nak dtg idea!)
Hantaran2 untuk majlis Abe, KCik dan kini, Anas  ... Mama dan KCik (doter yg mewarisi kreativiti nenek dan datuknya) buat sendiri.
Gubahan yg mengambilkira perjalanan jauh - durability!
Coklat dan buah beli kat Ipoh  ...
Yg penting  ... kami suka yg ringkas dan sedap mata memandang. Tema dan warna  ... itu panduannya.
Masih ingat  ... masa Abe dulu, tema warnanya 'The Red Warriors' dan Hijau Pucuk Pisang!
Masa KCik  .... Burgandy dan Aqua Green.
Anas  ... masa tunang hari tu  .... Maroon!!
Kawin nanti  ... jgn tak tahu, riuh sakan doh dok bincang masa majlis tunang Anas kat Ipoh hari tu ... haha! (ginilah orang pompuan ... patutlah kedai kain cam Kamdar, Jakel, Salem Aziz, Zaleha ... makin banyak cawangannya ... hihi!)
p.s. WMA! FH! cepatlah 'decide' warna baju pengantin hari nikah, kenduri dan sebelah lelaki  .,. mak sedara2 dan sepupu2 WMA dah 'excited'  sangat nak gi shopping J.....l  tu   ... (^__^')

** masa susun gubahan buah2an, epal merah tu ingatkan Mama pd epal dlm cerita dongeng 'Snow White'   ... dan lupa pulak nak beritahu FH, yg warna warni cam 'batu akuarium' kat 'base' bekas coklat2 tu, gula2 sebenarnya   ... huhu!!

05 May 2014

Cincin tanda ... Dari Pasir Puteh,Kelate ke Pasir Putih, Ipoh


Ini kena 'undur' ke belakang ... (tak ingat tahunnya ... huhu), tapi Mama ingat masa tu kat Ipoh dan Anas beriya-iya minta Mama buat 'open-house' raya untuk kawan-kawan dia.
"Buat nasi dagang Mama ...!!"
Ngupenya (loghat Perak sikit) Anas nak kenalkan kami, keluarganya pada 'Si Dia' yg turut sama dalam ramai-ramai kawan persekolahan dia tu  ...
(Anas hanya 'hint' kat Mama hanya selepas kawan-kawan dia balik .... pun tika itu, nasihat Mama, dua2 belajar dulu hingga habis, baru boleh 'serius')
Alhamdulillah ... dua2 dah tamat belajar. Anas dah setahun bekerja  ... dan FH pula, baru tamat, konvo pun dok lagi  ... InsyaAllah, rezeki ketentuanNYA  ... dah usaha, adalah tu!!
01 Rejab 1435H
Perkenalan yg begitu lama antara mereka berdua, akhirnya diikat simpul dalam satu majlis yg meriah dirumah keluarga FH pada 01 Mei 2014 yg juga 1 Rejab 1435H   ... tarikh pilihan.
Buat WMA dan FH, bagaimana pesanan Mama pada K.Cik (kakak Anas) dan MH semasa mereka bertunang dulu di blog Mama ;sila baca N3nya sini ; begitu jugalah pada WMA dan FH.
p.s.
Terimakasih buat rombongan dari KL yg memberi sokongan moral kepada kami berlima dari Kelate.
Terimakasih tak terhingga buat keluarga FH yg meraikan kami begitu mesra dan hidangan yg sedap sungguh. Semua pihak kami memujinya  ... yg ladies suka pecal the most!! (beritahu mak FH ya ... nak resipi)
Moga ikatan keluarga dan ukhwah yg terjalin, kekal selamanya  ... Amiinn.