"Mama! Adik banyak dosa ke?" lesu Amar bertanya ...
Begitulah Amar, setiap kali dia sakit ... dia ingat begitu!!
Semenjak Isnin lepas dia demam ... tak ke sekolah ...
Demam panas yg merisaukan kami semua ... tak pernah dia demam begini lama dan tinggi suhunya
Suhu yg cecah 39 C ... (normal sekitar 37 C)
Habis info pasal demam Mama googled ...
Melilau mata periksa setiap inci tubuh Amar ... sambil tak putus2 doa jgnlah jumpa simpton2 yg tak dingininya ...
(Fobia anak ke 2, Angah :'( yg meninggal tiba2 setelah demam seminggu jg buat Mama dan Ayahnya risau yg amat ... fikir yg bukan2 .. Naauzubillah!!)
3X ulangalik jumpa doktor ... ke spital besar aje belum laginya
Hari ni ... kalau suhu dia naik lg, cam semalam ... satu hari dah kebah, tiba2 maghrib ... panas pula .... memang kespitallah jawabnya ...
Tu yg lesu semua .... xde mood nak fb, blogging, sambut merdeka apatahlah lg ...
Pagi ni suhu badan dia cam normal ... Alhamdulillah. Lega!!
p.s. Amar cakap demam kali paling teruk dia rasa ... jd bila dia kaitkan demamnya dgn dosa dia, Mama dia yg tua ni terasa sangat. Adik yg baru 10 tahun didunia ... apalah sangat dosa banding ngan Mama yg dah lebih 50 tahun ni ... terima kasih Adik kerana sedarkan Mama. Mungkin Mama yg leka dan banyak dosa sebenarnya ... bukan Adik!!
Buat renungan ... Sempena Merdeka kali ini ... kata2 HAMKA dlm TAFSIR AL-AZHAR (Cetakan 1984);
"APABILA KITA TELAH REDHA MENERIMA KEHILANGAN KEMERDEKAAN! DI SAAT ITU PULALAH KITA MULAI BEBAS " - HAMKA, tafsir surah Yunus (m.s. 257)
"Agama, khususnya Islam, tidaklah dapat tegak pada jiwa umat yg terjajah." - HAMKA, tafsir surah At Taubah (m.s. 237)
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
31 August 2013
26 August 2013
Still pending ...
Semenjak berpindah ke rumah sendiri, 2 ekor kucing ni adalah pengunjung setia Rumah Biasa2 kami ... yg putih tu, jantan ... entah siapa tuannya. Tp comot sokmo, stray agaknya. Dan yg kelabu, ekor cam squirell tu, betina ... kucing jiran belakang rumah. Both datang sbb makanan always avilable dn Muaz n Amar suka manjakan mereka.
Kira cam kucing angkat je ... still no intention nak bela kucingnya, after Milo n famili (cerita2 mereka dlm N3s label 'kucing'). Lagipun, semenjak Mama lepasi 5 siri ni, cam mudah sangat allergik dgn kucing ... kalau petted n cuddled them ... mesti merah n gatal2 mata + bersin xhenti2 ...
Nak jadikan cerita, cam jodoh ngan kami pula ... petang semalam, Ecu (adik Mama) jumpa sikenit ni, menyorok dlm bonet kete dia, mengiau masa nak start kete, lepas Ecu n friends jamu selera kat kfc. Nak bawak balik rumah, dah ada lebih dr 10 ekor dah .. nak tinggalkan, sayang + kesian, sbb comel dan masih kecil. Sudahnya, tinggal dulu dirumah kami ... for the time being ... katanya.
Btw, as at this morning, Ayahnya, Muaz dan Amar ... sebulat suara nak bela. Hanya Mama yg still pending .......
p.s. ... tp hati dah cair dgn renungan mata dan comelnya dia ......

25 August 2013
Bila tua ... ginilah
Mereka pasangan yg dah bersara lama ... sudah lewati 70an usia. Bila anak lelaki mereka yg bakal menerima menantu pertama meninggal dunia. Segala beban urusan berkaitannya kini berpindah kepada mereka berdua.Semalam, majlis kenduri kawin cucu perempuan mereka itu ... kenduri cara orang lama, gotong royong masak sendiri ... berkumpul sanak saudara, tua muda, jauh dekat ... meriah sungguh suasana. Teringat hari perkahwinanan Mama, gitulah juga. Tapi masa tu Mok dan arwah Abah masih muda, 40 an usia. Tapi K. Moh dan Ustaz Ya ... 70an mereka. Lalu, pada hari kendurinya ... nenek terpaksa duduk dikerusi sepanjang masa, melayan tetamu yg bertandang tak hentinya. Datuk pula ... usai majlis sambut pengantin lelaki tengaharinya, terpaksa berehat dibilik hingga selesai majlisnya, wakilkan anak ganti dia ...
Pagi tadi ... kedua2 mereka tak nampak kelibat, jemaah subuh dimasjid seperti biasanya .... magrib dan isya' semalam pun takder juga. Rehatlah K. Moh dan Ustaz Ya ... moga hari ni dah sihat dan cegas semula. Awal Sept nak berarak ke Muar pula ... kenduri sebelah pengantin lelaki, mana boleh missnya ...
N, rakan lama Mama ... luahkan rasa risau jika dia dulu yg dijemput NYA. Siapalah yg nak jaga dan urus Cikgu M dia. Yg perlu 3X seminggu kehospital terima rawatan dialysis. Setiap hari jaga dan urus makan minum dan ubatan yg perlu diambil Cikgu M bg kencing manis dan darah tingginya. Anak hanya dua, yg sulung dah kerja ... nun jauh diibukota. Tak lama lg kawin, pasti ikut suami dia ... Yg bongsu, lelaki ... baru dpt tawaran masuk U, pun jauh juga. Dan suami (mana2 suami pun), xmau anak2 urus dia ... nak emak mereka juga ... xleh berenggang langsung bila mereka sakitnya. Dah camana? Bila N tanya bagaimana nanti Cikgu M kalau dia tiada?!!
Spontan Cikgu M jawab, baik kuburkan saja dia bersama2 N! Takder maknanya hidup lg kalau N tiada ...
Begitulah cinta orang tua ... kalau boleh, biarlah hidup dan mati ... bersama!!!
Lalu terfikir Mama ... bagaimana kami tua nanti (dah tua pun ... ni fikir bila tua sangat2 ... past 70, 80, 90??! maybe). Dulu masa early 30's, Mama accident ... gagah sekali Ayahnya dukung dan angkat Mama! Semalam, Mama jatuh (tersepak wire ... maklumlah mata pun dah kureng nampaknya), terjelepuk tepi meja ... sakitlah juga seketika. Muaz dan Amar yg tolong angkatnya ... Ayahnya hanya tanya kenapa? ok ke?! Bila Amar komen, "Apalah Ayoh ni, tak tolong pun angkat bini, Ayoh tak sayang Mama ko? (haha ... sibongsu yg lazer)". Tersengih Ayahnya sambil explain ..."Adik! Ayoh ni dah tua, sakit belakang ... susah nak bangun cepat2. Mujur Adik ada ..."
Bagaimana nanti bila suatu waktu ... hanya tinggal kami berdua? Bila Muaz dan Amar pun dah dewasa ... sapa jaga siapa? Sebab usia kami ... sebaya.
Jauh pulak menerawang ... ni kes boring dok sorang2lah ... baik gi basuh pinggan and enjoy life one day at a time ... at this ripe age of mine. Being healthy is a bonus enough ... Alhamdulillah!

21 August 2013
Buat sendiri roti kering ...
Ini roti kering yg Mama buat sendiri ... yg entah ke berapa kali, acap dah ekceli ...
Kali ni kes roti yg dibeli tak termakan dek kueh, biskut raya, open houses ... masih berkuasa,
Tak tau dah lepasi tarikh luputnya ke tidak (sbb tab dia, awal2 dah buangnya ... kat palstik dia xder pulak catitnya),
Tak beli kang ad pulak yg tanyanya ... (-_-')
Amar dan Muaz ... semenjak dua menjak ni, tak pandang pun kat roti ni ha ...
Buat bekal kat Amar, separuh balik rumah semula, separuh lg katanya kawan dia yg makannya ...
Dia pulun bihun sup ... kat kantin ... as usual!
Kalau buat puding roti, rasanya senasib bentuk asal roti tu juga ...
Nak buat breadcrumbs ... Mama tak pernah gunakannya
So, ginilah aje caranya ... keringkan, toast dlm oven sampai golden sedikit n simpan. Yg ngapnya ... only Mama. Tapi xkisah, sebab boleh simpan lama ... no worries it being stale, mouldy or past expiry date dia ...
Roti tu ikut sukalah nak potong shape apa ... yg penting, jemur (dlm rumah, suhu bilik biasa) at least 3 - 4 hari (ini tip Mama tanya dari kedai buat roti, utk pastikan roti garing & tahan lama, pastu kena pastikan balik2kan selang sehari agar roti keringnya sekata). Pastu, bolehlah bakar dlm oven, Mama guna temp. 180 - 200 C (ikut jenis oven ya) hingga perang sikit, pastu balikkan pula sebelah satu lg n bakar hingga perang (atau ikut suka nak segaring mana). Boleh juga sblm bakar, sapu majerin/mentega dan tabur gula ... pun best juga.
And the best part ...
Cicah dgn apa saja minuman panas ... teh tarik, teh o, kopi o, cappucino, milo, horlicks ... any time of the day ... hari hujan, lagi ler ... pasti nok sokmo!!
20 August 2013
Ini N3 Amar ... Jalan kaki
Tiba2 sakit perut masa kelas Fardhu 'Ain. xleh talipon Mama, public phon rosak. Kul 2 jln ke sek Bebe ... nampak Mama dan Bebe atas kete. Mama dan Bebe xpandang pun ... Adik nak panggil tp malu. Tengok Mama dan Bebe lalu depan Adik .... tinggal Adik!
Ada 2 orang abang tepi jalan sedang minum air warna pink. Sorang tanya Adik nak ke? Adik geleng kepala jer ... jalan balik ke sekolah Adik. Rehat kejap sbb perut sakit lagi. Kul 3 Adik fikir kena balik sendiri, jalan kaki. Adik pun mulalah jalan, slow2 ...
Sampai jalan besar, Adik ingat Mama ajar cara nak lintas jalan. Ini kali pertama Adik lintas jalan sendiri ... Adik tengok kanan, tengok kiri, pastu tengok kanan lagi ... bila betul2 takder kete ... Adik pun lintaslah ... cepat2, tp xlari ... beg berat, takut jatuh. Pastu Adik jalan tepi2 ... dahaga sangat tp Adik xberhenti.
Adik xrasa takut pun jalan sorang diri. Adik rasa macam pengembara ... ramai jugak orang tengok dan senyum kat Adik. Adik senyum balik, tp Adik xcakap pun. Mama pesan jgn cakap dgn orang yg kita xkenal. Masa Adik sampai lorong utk ke rumah Adik, dekat sekolah Tok Janggut, ada sorang Pakcik yg baru sampai rumah dia. Dia datang cepat2 dekat Adik dan tanya duduk mana? Adik pun cakaplah nama taman rumah Adik. Pastu dia hulur duit RM4 pd Adik, pesan kalau Adik letih, rehatlah dulu. Adik amik duit tu dan cakap terima kasih (Adik xnak amik, tp Adik takut Pakcik tu malu pulak ...). Dari lorong tu nak sampai rumah ... Adik kena lalu 3 hutan (hutan sekunder je ... tp utk budak 10 tahun, yg 1st time jalan sorang diri laluinya ... its big matter). Adik rasa takut juga sbb bunyi macam2 masa lalu ikutnya. Pastu Adik jumpa @ nampak tupai terbang, tupai biasa, biawak, tikus gergasi (telinga dan ekor di warna pink, badan & jalan dia mcm kucing), burung mcm2 kaler ... Wah! Memang Adik rasa macam pengembara sangat ... Adik rasa seronok .... Adik rasa takut sikit jer.
Adik sampai rumah kul 4 ptg ... Adik rehat jap atas tangga sbb penat dan kaki Adik rasa cam jelly jer. Tiba2 perut Adik sakit balik, Adik terus ke tandas bila Bebe buka pintu. Mama dok dlm bilik dia masa tu. Adik rasa Mama mesti marah kat Adik nih!
p.s. rasanya semua dapat teka reaksi Mama sebaik Muaz sampaikan berita Amar dah balik dr sekolahnya ...balik sendirian, jalan kaki sendirian ... panas terik pulak tu ... dan ... lintas jalan besar sorang2 ...
Syukurlah dia selamat sampai rumah. Its a nearly 2 km walks home .. alone for this manja boy. Zaman skrg ... takut Mama bila fikirkan kemungkinan2 nya .... Naauzubillah!
"Adik! Don't ever do THAT again!!! Pleasee ...."

19 August 2013
5 Syawal 1434H ... melawat Ja
Setelah sekian lama, akhirnya Mama gagahkan juga diri ini melawat Ja ... anak kawan Mama yg pernah Mama ceritakan dlm N3 sebelum2 ni. Masa sampai rumah Hani, Tuhan saja yg tahu betapa berdebarnya hati ini ... bermacam2 yg bermain diminda Mama. Bila kata macam2, memang macam2 ... doa tak putus2 agar Allah permudahkan segala.
Sebaik melangkah masuk, tercari2 Mama wajah Hani disekian ramai yg datang sblm Mama. Tuhan! Terpana Mama melihat Hani ... terang susut sungguh dia, amat ketara dari waktu kita berjumpa bulan 3 lalu, masa kenduri kawin doter Mama. Pun senyum manis masih terukir diwajahnya (Tuhan juga Maha Mengetahui hatinya) ... Terus Hani dan Papanya bawa Mama jumpa Ja ...
Ja ... tak terkata Mama pertama kali lihat dia. Hampir saja Mama menangis di situ ... jika tidak kerana telah janji sblm ini utk kuat ... utk Ja, Mummy Ja, Papa Ja ... semua yg sayang Ja, hujan agaknya dlm bilik tu .. hari tu. Menahan sebak sekuat hati melihat Papa dan Mummy Ja beritahu, "Ja, Antie Muni, kawan Mummy datang ni .. " membelai manja puteri mereka ... membetulkan kerudung yg menutupi auratnya, memaklumkan perkembangan terkini Ja ... menahan air mata yg mula bertakung dari jatuh, menahan getar suara yg sebak sangat, berlagak kuat depan ke tiga2 mereka ... payahnya! Sungguh! Hampir saja kantoi lakonan kuat Mama ... tapi mujurlah ada lg tetamu yg sampai. Lalu Papa dan Mama Ja tinggalkan Mama berdua dgn Ja ... ketika itulah Mama teraba2 tisu yg dah dispare dlm henbeg ... kesat mata dan hidung. Amik peluang cakap2 dgn Ja ... gosok tangan dan pipinya, betulkan tudung Ja ... tisu dlm beg tak cukup pula ... reuse ajelah apa yg ada. Bila tetamu lain masuk bilik Ja, pura2 tengok tin susu yg Ja minum jenama apa ... tilik2 apa yg ada di atas meja sebelah Ja ... betulkan spec dan henbeg Mama ... pastu cepat2 minta izin kluar bilik ... menjamah sedikit juadah raya yg ada.
Alhamdulillah ... Sempat Mama jumpa Mak Mertua Ja, serta anak2 Ja ... Imaad dan Iyaad ... yg besan Hani setiap hari akan bawa dua anak comel ini melawat ibu mereka ... anak2 yg masih tak mengerti apa2 ...
Bila melihat Ja dan Hani dgn mata kepala sendiri ... Tuhan! Betapa beratnya dugaan yg ditanggung mereka ... tidak termampu mahu menggambarkannya ... Saat meninggalkan Hani dan Ja ... Mama hanya mampu memeluk erat rakan Mama ini, beritahu Ja, "Auntie Muni balik dulu ...", luahkan kata2 semangat, doa moga Allah berikan yg terbaik buat keluarga ini dan janganlah diduga lagi dgn dugaan yg tak mampu ditanggung ibu yg mulia ini ... hanya DIA yg Maha Mengetahui ... mengapa semua ini terjadi ... mengapa pilih Ja dan keluarga Hani ...
Hanya DIA!

Projek KH Amar ....
Ini projek KH (Kemahiran Hidup) Amar ...
Kotak buku ni semua kawan2 sekelas dia dah hantar pd cikgu KH, tp disebabkan Amar seminggu x ke sekolah hari tu (rujuk N3 ni), maka dia perlu siapakan dlm tempoh cuti raya selama 2 minggu tu ... kotak tu jer yg dia sempat siapkan disekolah ... pasang, pakukan dan cat hitam. (cam xpercaya dia boleh buat kotak tu sendiri ... quite neat his workmanship ... and am glad his KH teacher lets the kids handle their own works!!)
p.s. Anum ... like Mak Lang's like nephew tak?

Haa ... nama lagi cuti, cuti sakanlah Amar ... 10 hari berkampung dirumah nenek dia dgn sepupu2nya ... xhingat dah kat Mama dia nih!! projek KH dia apatah lagi ...
Dan ptg Sabtu, baru nak mula. Baru nak cari idea camana nak hias/decorate kotak buku tu!!! Dan cer teka pada siapa dia minta khidmat nasihatnya?? Yup!! betul ... kalau teka Mama, kalau teka Muaz ... sorilah. Siteruna, Mr. Cool pun punya masaalah dia sendiri juga (hihi ..). So, Mama ni jugalah yg kena teman (+ tolong juga sikit2, ... walaupun awalnya xnak tolong ... sapa suruh cuti raya lama2 sampai xhingat projek KH n homeworks BI dia ... kesian pulok tengok terbongkok melukis ... huhu)

At last, jam 10.30 mlm siaplah projek KH tu ... Mama beri idea tangan 3D tu ... yg ghosts tu, idea dia n lukisan dia sendiri (which Mama fikir creative sangat ... tak sangka sunggoh!) Bulan tu jer yg Mama touch-up (simply can't resist bab lukis2 ni ...)
Esoknya berkobar2 bawa ke sekolah, nak hantar pd cikgu ... utk pemberian markah (which he hopes to get an A). Unfortunately semalam cikgu KH dia cuti lagi ... tp Amar cakap kawan2 sekelas puji lawa esp tangan 3D tu (sorang kawan dia cakap, mcm tangan mak awak jer ... hahaha)
p.s. Anum ... like Mak Lang's like nephew tak?
15 August 2013
Cornflakes Madu ... satu kemestian
Cornflakes madu ... biskut wajib setiap raya. 'A MUST' kata
omputeh. Ia antara 3 biskut raya keluarga Mama - selain semperit dan marmar carrie.
Rasanya Mama mula membiskut ni semasa kami menetap di Kuantan, sejak beli oven ... kalu xsilap sekitar tahun 1986, 87. Oven SANYO yg dibeli masa tu ... masih setia membakar biskut dan kek ... masih utuh, sampai hari ni! Barang dulu2 memang tahan lama pembuatannya ... serius!
Resipinya pula, dah tak ingat sumbernya. Tapi itulah resipi Cornflakes Madu yg jadi pujaan (hehe) dan kegemaran semua dlm famili Mama ... dan yg paling laku setiap raya. Selain senang buatnya, membakarnya pun tak amik masa yg lama. Sekotak cornflakes (jenama Kellogg's) yg 325gm, siap dlm masa sejam jer ... dan hasilnya pun lumayan - 2 balang besar! Ngap nya? Sekelip mata jika satu keluarga mengadapnya ... mak mertua lalu pon xsodarr (^___^) hihi!
BISKUT CORNFLAKES MADU
1 kotak besar cornflakes (Mama guna brand Kellogg's) - ramas sedikit, jgn hancur tau ..
120 gm mentega
60 gm gula kaster (tambah jika suka manis leting!)
100 ml atau 1/2 cawan madu (Mama guna brand Capilano)
- jika suka boleh tambah cincangan ceri merah, hijau, kismis, kekacang ... anggaran 2 sudu makan @. (Mama tak tambah sbb anak2 xsuka ... dikutip buangnya! huhu)
1. Masukkan mentega, gula kaster dan madu kedlm periuk dan panaskan di atas api sederhana. Kacau hingga mentega cair dan gula larut. Biarkan mendidih seketika, angkat dan sejukkan sebentar.
2. Campurkan bahan2 lain ke dlm mangkuk dan tuang larutan mentega + gula + madu perlahan2 dan gaul sebati.
3. Sudukan adunan ke dlm mangkuk kertas kecil hingga habis.
4. Bakar 150 - 160 C, 5 - 8 minit atau keperangan.
** Biarkan biskut yg baru dikeluarkan dr oven didlm dulang pembakar +/- 5 minit sblm disejukkan atas redai kek sbb biskut baru masak masih lembik. Biar ia sejuk dan mengeras sedikit supaya tidak berderai bila di alih utk disejukkan sepenuhnya sblm disimpan di dalam balang.
p.s. yg pasti Mama kena make sure 1 balang @ special perlu ada utk ...
- Ecu (adik Mama),
- Syahin & Epiq (anak sedara & cucu sedara)
14 August 2013
Syawal 1434H ... Monolog diri
Ramadhan yg berlalu ... banyak mengajar erti sabar dan redha
Belajar berpuashati dgn apa yg ada ...
Bila Syawal menjelma ... leka seketika
Diri masih dihinggap penyakit lama ...
Mengharap orang lain begitu dan begini!
Kecewa, luka, sakit hati ... bila mereka tidak spt yg diingini ...
Sendiri yg resah, sedih, ternanti2!
Walhal ... semua itu mainan minda sendiri,
... yg rupanya masih belum sepenuhnya diubati
... zikrullah, puasa, solat, sedekah, ibadah ... belum sebati dlm diri
Mungkin keikhlasan semua itu wajar disoali,
Sebelum diri disoal DIA di sana nanti ... dari asyik mengharap, menerima ... sejauh mana kita telah memberi ...
Yup! Sepi yg agak lama ini ...
Kerana hati banyak berteka teki ... antara nafsu dan realiti
Dan! tika diri ini ...
- berhenti mengharap ...
- berhenti menghukum ...
sebaliknya ..
- belajar memberi ...
- belajar menerima semua seadanya ...
DIA Yang Maha Besar, Maha Mengetahui, Maha Pemurah
... memudahkan, melapangkan, melancarkan segala urusan
yg selama ini terasa asing, susah, terpinggir ... memudahkan segala
... lalu diri yg hina dan lemah ini, tersedar ... terjaga
bahawa sering berkeluh kesah, berburuk sangka, menuduh dan mengandaikan yg tiada ... akan begitulah jua hasilnya,
Bukankah Allah telah beritahu ... kita seperti apa yg kita sangka!?
Dan bila diri ini berlapang dada, berbaik sangka dgn segala ketentuan dari NYA ...
Alhamdulillah ... ok semua! Kadang2 lebih dari apa yg dijangka!
Begitulah diri ini ... terlalu fanatik dgn kelebihan diri,
Hingga mengandaikan orang lain yg tidak sealiran diri ini ...
Seperti terpesung, tergelincir, terbabas, ...
Astagfirullah ... lupa diri sendiri yg terbabas, ...
Menghukum makhluk Allah begitiu, begini ... hanya milik DIA
Ampunkan daku Ya Allah ... kerana setiap pengakhiran maklukNYA
... hanya ENGKAU yg menentukannya ...
baik sekarang, belum tentu baik juga akhirnya!
entah yg buruk, jahat sekarang ... dgn Rahmat dan RahimNYA ..
berakhir dlm penuh keimanan ...
Yup! Syawal ... Insya Allah ... titik mula jihad diri, dakwah diri
Moga belum terlambat lagi ...
Amiinn!!!
Rasanya masih belum terlewat mengucapkan
'SALAM AIDILFITRI' serta maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga di sini (Pasir Puteh, Kelantan) ...

02 August 2013
Dah nampak sikit hasilnya ...
Mama ni bukannya jenis yg 'green fingers' ... asal tanam apa pun menjadi semua. Banyak kali dah sebelum2 ni cuba tanam itu dan ini ... tak brape menjadi. Jadi size XS .. bukan XL ... bantut jer. Yg 'gol' xsah cerita ... Bukan xbubuh baja dan siramnya ... tak mau dia, 'tangan panas' agaknya!
Pun ... kita jgn pernah menyerah ... kena terus usaha, hingga jaya ... kalau xjadi juga, kita gagal setelah gigih mencuba ... tak kiralah dlm apa jua benda ... hatta cubaan tanam sayur/bunga pun ... huhu!
Bila dah dok rumah sendiri, semangat nak tanam itu dan ini makin menjadi. Pandan yg hari tu kuning jer daun nya, Alhamdulillah ... merimbun hijau. Dah tuai hasilnya. Begitu juga serai dan kacang botol ... gembira! Daun bawang ... Mama tanam 'in stages', agar tak putus bekalan. Kalau beli bawang kat kedai, pasti Mama amik juga yg dah bertunas, utk ditanam ... cepatlah dapat hasilnya. Kadang2 tuan kedai beri percuma jer ... (^_^)
Rendang daging tahun ni, dah menanti daun kunyitnya. Betik ... nampak ok tumbesarnya. Cili unggu dan daun pudina pun elok cambahnya ... Alhamdulillah! Rasanya dah boleh progress tanam bendi dan sawi pula ... dah pun beli benihnya. Lepas raya ... itu projeknya. Juga ... DIY baja kompos. Jangan angan2 mat jenin udah!!! ^___^
Insya Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)