Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

15 August 2013

Cornflakes Madu ... satu kemestian


Cornflakes madu  ... biskut wajib setiap raya. 'A MUST' kata
omputeh. Ia antara 3 biskut raya keluarga Mama - selain semperit  dan marmar carrie.
Rasanya Mama mula membiskut ni semasa kami menetap di Kuantan, sejak beli oven ... kalu xsilap sekitar tahun 1986, 87. Oven SANYO yg dibeli masa tu ... masih setia membakar biskut dan kek ... masih utuh, sampai hari ni! Barang dulu2 memang tahan lama pembuatannya ... serius!
Resipinya pula, dah tak ingat sumbernya. Tapi itulah resipi Cornflakes Madu yg jadi pujaan (hehe) dan kegemaran semua dlm famili Mama  ... dan yg paling laku setiap raya. Selain senang buatnya, membakarnya pun tak amik masa yg lama. Sekotak cornflakes (jenama Kellogg's) yg 325gm, siap dlm masa sejam jer ... dan hasilnya pun lumayan - 2 balang besar! Ngap nya? Sekelip mata jika satu keluarga mengadapnya ... mak mertua lalu pon xsodarr (^___^) hihi!

BISKUT CORNFLAKES MADU

1 kotak besar cornflakes (Mama guna brand Kellogg's) - ramas sedikit, jgn hancur tau ..
120 gm mentega
60 gm gula kaster (tambah jika suka manis leting!)
100 ml atau 1/2 cawan madu (Mama guna brand Capilano)
- jika suka boleh tambah cincangan ceri merah, hijau, kismis, kekacang ... anggaran 2 sudu makan @. (Mama tak tambah sbb anak2 xsuka ... dikutip buangnya! huhu)

1. Masukkan mentega, gula kaster dan madu kedlm periuk dan panaskan di atas api sederhana. Kacau hingga mentega cair dan gula larut. Biarkan mendidih seketika, angkat dan sejukkan sebentar.
2. Campurkan bahan2 lain ke dlm mangkuk dan tuang larutan mentega + gula + madu perlahan2 dan gaul sebati.
3. Sudukan adunan ke dlm mangkuk kertas kecil hingga habis.
4. Bakar 150 - 160 C, 5 - 8 minit atau keperangan.

** Biarkan biskut yg baru dikeluarkan dr oven didlm dulang pembakar +/- 5 minit sblm disejukkan atas redai kek sbb biskut baru masak masih lembik. Biar ia sejuk dan mengeras sedikit supaya tidak berderai bila di alih utk disejukkan sepenuhnya sblm disimpan di dalam balang.

p.s. yg pasti Mama kena make sure 1 balang @ special perlu ada utk ...
- Ecu (adik Mama),
- Syahin & Epiq (anak sedara & cucu sedara)

No comments: